Tuesday 11 November 2014

Part 1: I Love You Till Jannah

Assalamualaikum.. hehe.. nie cerita yang aku tulis based on mimpi aku. So, maybe ada la sikit ayat yang agak tunggang langgang. HuHU. Macam biasa, ada yang part aku tambah and ada yang fully dari mimpi aku. Kalau sudi nak baca, baca la. If ada komen apa2, komen je. HEHE.


Part 1

“Juju ! tolong angkat semua nie, letak bawah khemah nah. Panggil budak-budak lain tolong sama,” kata Kak Nana kepadaku sambil menunjukkan barang-barang yang diperlukan untuk majlis berbuka puasa dengan anak-anak OKU keesokkan hari.

“Okeh, Kak Nana”, balasku pendek.

Kak Nana adalah seorang staff di tempat aku sedang praktikal sekarang dan minggu ini merupakan minggu terakhir aku dan Husna disini.

Setelah berhempas pulas menyusun barang dan mengemas di khemah tersebut. Aku dan beberapa budak praktikal yang lain sudah mula mahu beransur pulang. Tiba-tiba Kak Nana datang menemui kami semua.

“Nie jangan lupa ambil lauk di kafe. Ada Kak Nana simpan untuk hangpa. Kesian kat hangpa dok wat keja. Dah la bulan posa. Jangan lupa pi amek,”

“Yeay ! takyah masak !

“Jimat duit!!

Kami bersorak riang.

“Juju! Hang pi amek lauk tu sat. Aku nak pi masuk ofis sat,”arah Husna kepadaku.

“Okeh-okeh,”

Aku berjalan menuju ke kafe tersebut. Tiba-tiba aku ditahan oleh seorang lelaki.

“Hai, nak jumpa awak boleh?” tanya lelaki itu secara tiba-tiba.

“Hah? Err. Mintak maaf la saya nak cepat nie,”

“Takpe sekejap je,”

“Aaaa. Ehem. Camni la. Saya jumpa awak kat café nanti eh,”

“Betol ni? Okeh-okeh. Saya tunggu awak kat sana,”dia membalas sambil tersenyum.

Aku tergamam seketika.

Hmmm. Tengok mukanya, memang aku tak pernah Nampak kat sini pown. Staff baru ke budak praktikal baru? Entahlah. Gaya rambut ala-ala kpop. Stail baju pown sama. Hmmm. Lantaklah. Malas nak fikir.

Aku berlalu pergi ke café. Sambil menyapa Osman yang sedang melepak diluar café, aku terus masuk ke dalam.

“Osman! Banyakknya lauk. Orang atas tak turun lagi ke?”

“La. Depa mana turun lagi. Bukan nak bukak posa lagi. Hang nie la,”

“Haha. Takpa la aku amek sikit dah la,”

“Amek ja,”

Sedang aku mengisi lauk pauk yang aku ambil ke dalam plastik, tiba-tiba aku ternampak lelaki tadi sedang menaiki basikal di belakang café dalam pusingan bulatan. Sambil menunggang basikalnya, dia membuat isyarat seolah-olah menyuruh aku datang berjumpa dengannya. 
Entah beberapa kali dia membuat pusingan itu, aku pown tak terkira.

Aku terus berlari menyorok di belakang Osman. Aku memberitahu kepada Osman tentang lelaki itu.

“Osman! Hang Nampak tak laki yang tengah naik basikal kat belakang tuh? Dia nak jumpa aku Osman. Aku takot wehhh. Huhu,”

“Ala dia nak ngurat hang la tu. Pi ja jumpa dia. Haha,”balas Osman sambil meninjau di belakang café.

“Ish! Hang nie!

Aku bangun dan berpura-pura tak Nampak lelaki itu. Selang beberapa lama, aku menoleh ke arah belakang café untuk melihat sama ada lelaki itu masih ada di situ atau pown tidak. Tetapi aku ternampak lelaki lain yang juga menaiki basikal. Tetapi lelaki itu kepalanya botak. Lelaki itu berhenti sambil mengutip sesuatu. Dan terus memakaikan di atas kepalanya.

Ehh, bukan lelaki tu ke yang nak jumpa aku tadi tu?

Laa, dia pakai rambut palsu rupanya. Hahaha. Aku ketawa geli hati. Patut la rambut kpop semacam. Hahaha.

Ketika budak-budak praktikal yang lain mula datang ke café, aku pown mula mencari jalan untuk melarikan diri. Aku menjenguk ke arah belakang café. Lelaki itu masih menunggang basikalnya.

Apabila aku melihat dia mula membelakangkan aku. Aku terus berjalan keluar dari café dan terus menuju ke ofis sambil berlari anak.

“Husna! Jom balik!

Aku terus menjerit sesampainya di ofis. Tetapi malangnya Husna tak ada.

Aku terus mengambil beg aku dan tiba-tiba aku tersedar yang telefon bimbit aku dan pass kad aku tak ada. Macam mana nak balik kalau pass kad tu tak ada. Tak boleh nak scan keluar la nanti.

“Alamak, mesti tertinggal dekat café tadi. Takkan aku nak pergi balik. Nanti laki tu ada macam mana. “

Dan nasib baik lah kebetulan pada masa itu, Kak Zati, staf merangkap supervisor aku dan Una sepanjang praktikal disitu hendak pergi ke café. 

“Jom!  ada sapa nak pi café?”

“Kak Zatiiii, nak pi café ka? Nak mintak tolong boleh?

“Ha, nak mintak apa?

“Tolong amek henset ngan  pass kami boleh. Kami rasa kami tertinggal kat cafe la. Boleh naaaaa. Hehe ,”

“Ha, yela-yela,”

Seketika kemudian,

“Jue. Henset hang dengan pass kad  hang ada laki pegang. Dia cakap kalau hang nak, hang kena pi amek sendiri,”

“La yaka? Sapa dia?

“Ntah. Kak pown tak kenai"

“Awat tertinggal apa plak. Pi amek cepat. Nak balik dah nie,” tiba-tiba Husna mencelah. Entah dari celah mana dia datang aku pown taktau.

“Hala,”

Sesampainya aku di café, aku ternampak lelaki itu sedang memegang henset dah pass kad aku.

“EHEM! Saya nak amek henset saya dengan pass kad saya balik,”kataku sambil cuba menahan ketakutan. Takut sebenarnya. Takut lelaki itu marah disebabkan aku tak berjumpa dengannya.

“Tadi kata nak jumpa saya kat café. Tapi saya tunggu, awak tak mai-mai pown,”kata lelaki itu sambil memusing-musingkan telefon bimbit aku.

“Errr. Sebenaqnya saya memang takmau jumpa pown. Saya tak suka jumpa lelaki,”kataku kepada lelaki itu.

“Saya tunggu awak tau,”

“Saya takot. Saya tak kenal awak pown,”

Lelaki itu memberi aku pass kad aku tetapi telefon bimbit aku masih lagi dalam genggamannya.

Tiba-tiba dia menyuakan telefon bimbit aku. Aku ingin mengambilnya, tetapi dia menarik balik tangannya sambil tersenyum.

Aku mula naik geram.

Kali kedua dia menyuakan telefon bimbit aku, aku terus menangkap tangannya dengan kedua-dua tanganku. Cuba menarik telefonku. Dia pula terus mengenggam kuat telefonku sambil tangannya yang satu lagi mendarat atas tanganku.

Aku terkejut. Dia tersenyum.

Dia mula melepaskan genggamannya dan aku cepat-cepat merebut telefonku. Sebelum itu, dia sempat mencuit hidungku sambil berkata,

“Awak cute la,”

Aku terus mendengus dan berlalu pergi tanpa menoleh.

Tiba-tiba hensetku berbunyi. Ada mesej masuk. Nombor yang tak dikenali.

“awak marah kat saya ke? Maaf la. Awak nie garang la tapi cute. =P ”


Ahhh, sudah. Laki nie amek nombor aku plak. Arghhh!

Bersambung . . . . 

No comments:

Post a Comment