Friday 28 November 2014

Part 2: I Love You Till Jannah

Part 2

Seminggu telah berlalu. Aku kini bekerja separuh masa di sebuah kedai menjual alat telekomunikasi ataupown bahasa mudahnya, kedai jual henset di kompleks membeli belah terkemuka di tempatku.

Sedang aku menunggu pelanggan datang, tiba-tiba aku dihampiri dua orang budak perempuan yang masih lagi berpakaian sekolah.

“Selamat datang dik. Ada apa-apa kakak boleh bantu?”tanyaku sambil tersenyum.

“Hai kakak, kami nak mintak sesuatu boleh?”Tanya pula salah seorang budak perempuan itu.

“Ha? Mintak? Mintak apa?”

“Nak mintak tangkap gambaq akak. Hehe,”

“Nak gambaq akak? Nak buat apa?”

“Adalah,”

“Okeh. Done,”tiba-tiba kawan kepada budak perempuan tadi yang dari tadi tidak mengeluarkan suara mencelah.

“Dah? Okeh jom. Tenkiu akak,”kata budak perempuan yang asyik bercakap denganku tadi sambil tersenyum.

“Hah?” aku terkedu sebentar. Pening. Apa benda yang budak-budak nie buat nie?

“Akak! Mintak maaf la eh. Kami Cuma membuat apa yang di suruh je. Sebab kami dah amek upah. Sorry na,”kata budak perempuan itu lagi.

Aku jadi makin pening. Disuruh? Upah? Sapa plak suruh depa amek gambaq aku nie. Aku bukan segak pown. Haish!

Tiba-tiba hensetku berbunyi. Owh, whatsapp rupanya.aku terus membukanya.

Terbuntang mataku melihat mesej tersebut.

Gambar aku. Gambar aku yang budak-budak perempuan itu ambil tadi. Ada 5 keping semuanya.
Aku terus melihat nombor si penghantar mesej tersebut. Okeh. Aku dah tahu siapa punya keja nie.


<<QHASIFF!! Awak nie memang takde keja eh..suka ati awak je kan...>>

<<Hahaha..ehh, saya paling suka gambar nie tau..>>



Dia menghantar satu lagi gambar aku. Gambar aku sedang tersenyum semasa budak perempuan itu mula-mula datang. Oh ya, namanya Qhasif. Umurnya 25 tahun. Itu yang diberitahunya melalui mesej-mesejnya kepadaku.



<<Haha..See..comelnya..tapi saya comel lagi.. =P>>


<<Okeh..Jom..>>
<<jom?>>

<<jom jumpa..saya nak jumpa awak sekarang..>>

<<Yeke..Alhamdullillah2x..akhirnya nak jugak awak jumpa saya kan..>>

<<tunggu dekat tangga tepi lif..aras nie..>>

<<Okeh sayang.. =D =D>>
 



Setelah aku meminta izin kepada boss aku, aku terus berlalu pergi ke tempat yang dijanjikan.


Dari jauh aku sudah Nampak kelibat dia yang sedang menyandar di dinding sambil melihat hensetnya.

“Assalamualaikum. Sorry lambat sikit,”

“Wa’alaikumussalam. Takpa. Saya paham,”balasnya sambil mendongak kepalanya memandang aku dan tersenyum.

Aku mula pelik bila memandang wajahnya. Wajahnya pucat sekali. Bagaikan tiada darah. Takkan jumpa aku pown boleh pucat macam nie? Dengan dahinya berpeluh. Dah kenapa dia nie?

 “Eh jap, kenapa muka awak pucat nie? Tak sihat eh?”

“Ehh, takda apa la. Sihat ja,”balasnya sambil terus memalingkan mukanya ke arah lain.

Aku terus memandangnya.

“Muka pucat sangat tu. Takkan jumpa saya terus pucat muka tu? Berpeluh-peluh pulak tu”

“Haha. Awak dah makan? Jom kita makan?”

“Awak, saya Tanya nie. Awak sihat ke tak?”

“Sihat,”

“Yeke nie?”


Belum sempat dia menjawab, dia sudah mula rebah ke lantai. Nasib baik lah aku sempat menyambutnya. Aku terus menjerit meminta tolong orang yang lalu disitu sambil memanggil-manggil dia. Cuba untuk sedarkan dia.

Sudah hampir satu jam dia dirawat. Aku hampir-hampir menangis. Tak tahu nak buat apa. Ibu bapanya pown sudah sampai menunggu bersama aku di hospital. Aku hanya mampu menenangkan ibunya. Walaupown aku tak kenal ibu bapanya sekurang-kurangnya dapat la aku meredakan kesedihan mereka. Bapanya pula duduk berhadapan dengan kami sambil mulutnya tak henti-henti berzikir.

Seketika kemudian, doctor mula keluar dari bilik rawatan itu dan kami terus menerpa ke arah doktor itu.

“Anak puan tak ada apa-apa. Biarkan dia berehat dulu,”

“Terima kasih doctor,”balas ayah Qhasiff.

Aku menarik nafas lega. Ibunya terus memeluk aku dan aku membalasnya kembali.

“Jom, kita turun makan dulu. Jue ikut la sekali. Boleh jugak bersembang kenal-kenal sekali,”kata ayahnya kepadaku sambil tersenyum.

Aku hanya menangguk sambil memandang wajah ibu Qhasiff. Ibunya turut tersenyum.

Seusai makan dan bersuai kenal dan tentulah bercerita tentang perkenalan aku dengan Qhasiff, kami terus pergi ke bilik Qhasiff. Qhasiff masih lagi tidak sedarkan diri.

“Mak cik, pak cik. Pergilah rehat dan solat dulu. Biar saya tengokkan Qhasif,”kataku kepada ibubapa Qhasiff. Kasihan melihat wajah mereka yang kepenatan dan risau tentang keadaan anak mereka.

“Kalau macam tu, Mak cik dengan pakcik nak pergi solat dulu. Terima kasih ye,”kata mereka sambil berlalu pergi.

“Sama-sama mak cik, pak cik,”

Aku duduk dihujung katil sambil melihat Qhasiff. Perasaan aku bercelaru. Setelah mendengar cerita ibubapanya, aku tak pasti apa yang aku rasakan sekarang.

Menurut cerita ibubapanya, Qhasiff menghidap penyakit yang membawa maut. Mereka sendiri tidak pasti berapa lama lagi Qhasiff boleh bertahan. Katanya lagi, penyakit ini dikesan ketika Qhasiff sedang belajar di sebuah university. walaupown dia Berjaya menghabiskan pengajiannya, tetapi disebabkan kesihatannya yang semakin merosot, dia tak mampu bekerja. Dia hanya mampu membuat kerja-kerja yang tidak membebankan dirinya.

Dan dari ibu bapanya la, baru aku tahu semasa kali pertama aku berjumpa dengannya ketika majlis anak-anak OKU dulu, dia adalah salah seorang sukarelawan dan penjaga anak-anak OKU tersebut.

Memang patut la aku tak pernah berjumpa dengannya dulu.

Ibunya memberitahuku yang dia terkejut bila mengetahui Qhasiff berkawan denganku. Katanya, selama ini dia tidak pernah mendengar Qhasiff bercerita tentang perempuan atau berkawan dengan perempuan apatah lagi sejak dia disahkan menghidap penyakit itu. Di universitinya pula, dia memang tak berkawan dengan perempuan disebabkan dia mengambil jurusan kejuruteraan yang kesemua budak kelasnya lelaki. Tetapi sejak Qhasiff pulang dari sebuah majlis berbuka puasa di sebuah syarikat minggu lepas, dia ada memberitahu tentang seorang budak perempuan. Dan itulah pertama kali ibu Qhasiff mendengar Qhasiff bercerita tentang perempuan.

 Tiba-tiba aku terasa sesuatu bergerak. Mematikan terus segala ingatan aku tentang perbualan aku dengan ibu bapanya tadi. Aku memandang Qhasiff.

Dia tersenyum ke arahku.

“Qhasiff,”aku memanggil namanya sambil berjalan merapatinya.

“Hai sayang,”dia membalas panggilanku sambil tersenyum.

“ish! Sakit-sakit pown sempat lagi. Nie mak ayah awak ada kat surau. Solat. Nanti depa mai sini,”

“okeh sayang,”

“Kenapa awak tak bagi tahu saya yang awak sakit?”

“Saja. Awak?”

“hmm,”

“Kita kapel nak?”

“Ish! Dah sakit-sakit pown ada hati nak bercinta lagi. Gatai la awak nie,”kataku sambil mencucuk pinggangnya.

Dia cuba mengelak sambil tersenyum.

“Okeh, kalau macam tu kita kawen,”

Aku terdiam. Aku tak tahu nak menjawab ya atau tidak.


Bersambung....

No comments:

Post a Comment