Wednesday 17 September 2014

20 Facts about me

Assalamualaikum...

Sekarang nie ramai yang dok buat "20 facts about me" tu kan. Tapi yang tu kebanyakkannya di facebook. So, aku pown nak try la jugak. But, aku just buat kat sini je la. HEHE

  1. Aku nie jenis yang tak banyak cakap. Tapi sekali aku cakap banyak, sampai nak habis sora aku cakap. HAHA.
  2. Sebab aku nie tak banyak cakap. So, aku lebih suka mendengar. I'm good listener u know. HAHA. If ada apa-apa problems mai jumpa aku. InsyaAllah aku dengaqqqqq ja..HAHA
  3. Aku suka menulis. Tapi tu pown kalau tetiba ada ilham terlintas kat pala otak aku la.
  4. Makanan feveret aku LAKSA, TOMYAM and everythings yang mak aku masak. 
  5. Kalau makan kat luaq, aku selalu order makanan yang sama walaupown aku dok belek menu 2 3 4 5 6 7 8 kali. HAHA
  6. Aku lebih suka dok kat umah berbanding keluaq berjalan. MALAS sebenaqnya. And NO MONEY. HUHU
  7. Aku tak suka marah-marah orang. Sebab nanti lepas aku marah orang tu, aku akan rasa bersalah. Bila aku rasa bersalah, aku marah kat diri aku plak. SO, aku takmau marah.
  8. Aku tak suka menangis. Aku paling benci menangis.
  9. Aku tak reti luahkan perasaan aku. Aku suka pendam semua yang aku rasa. Aku stress, aku diam. Aku marah, aku diam. Aku sakit hati, aku diam. Aku sedih, aku diam. HUHU.
  10. Aku tak suka merajuk.
  11. Sebab aku tak reti memujuk. SERIUS. aku tak reti pujuk-pujuk orang nih. Thats why aku tak suka merajuk.
  12. Masa aku kecik-kecik dulu, cita-cita aku selalu berubah. Ikut mood aku. Sat nak jadi designer, sat nak jadi pelukis, sat nak jadi cikgu dan macam-macam lagi.
  13. Aku suka tidoq. Pantang ada masa aku mesti tidoq. HAHA.
  14. Aku tak boleh makan kacang. Nanti muka aku tumbuh jerawat. Tapi yang tu aku baru tau sekarang. HUHU. Patut la jerawat aku dok tumbuh ja.
  15. Haaa... Aku suka tangkap gambaq. Bukan gambaq aku ja la. Aku lebih suka tangkap gambaq orang lain. Sebab aku suka tengok ekspresi muka depa. Tak kira la sedih, gembira, sukaduka or apa-apa ja la. Aku suka moment-moment macam tuh.
  16. Hmmm..apa lagi ehh. Haaa.. Aku anak perempuan sulung.
  17. Anak no 4 dari 6 Beradik. HAHA
  18. Ciri-ciri bakal suami aku..hmmm..Aku tak pikir lagi sebenaqnya. Malas nak pikir lagi la. Tapi of course la nak yang baik, beragama, hormat orang tua, setia, sedap mata memandang dan yang paling penting, dia boleh terima kekurangan aku. HEHE. Ehhh, dah terpikir plak. HAHA.
  19. Aku lebih suka berkawan daripada berkapel. Sebab..hmm..sebab aku tak suka. Aku pown taktau pasaipa aku tak suka. HEHE. Bagi aku la kan, kalau hang nak kat aku kan. Pi jumpa family aku teruih. Lagi sweet kan. HOHO
  20. Pernah terrrjatuh cinta. Tapi sekali je. Masa mula-mula masuk unisza. Tapiiii bukan dengan MR.H yee. Orang lain. Dan perasaan tu masih ada. Tapi ini cuma cinta dalam hati je. Tak mampu luahkan. HUHU
Okeh. Tu je yang mampu aku pikiaq. And aku rasa yang tu facts pasal diri aku. KOT. HAHA. Sebenaqnya nak lari dari keserabutan final year nih. HUHU. Doakan aku berjaya yeee. Dan mampu grad dengan cemerlangnyaa.. HEHEHE.


No comments:

Post a Comment