Monday 29 December 2014

Stresssss!!!!

Assamualaikum..

Aku rasa memang kali nie exam yang paling mencabar dan menyakitkan hati! Dah jawab dua paper and dua-dua paper tu dah jadi hancuq..
lebuq..
berkecai..
berderai..
bertaburan di bawa angin..
huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuuuuuuuuuuuuu...

First paper exam aku hari ahad 28/12.
Food Product Developement. 

And then, ari nie plak,
Food Law and Regulations.

HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!

I'm so sad~~~~~~


Wednesday 24 December 2014

Pray For Pantai Timur

Assalamualaikum..

AllahuAkhbar..
AllahuAkhbar..
AllahuAkhbar..

Kali nie kat pantai timur banjir teruk sangat-sangat. Sebelum nie aku pernah merasa banjir tapi tak seteruk nie. Bila aku belajar kat Terengganu nie, baru aku rasa betol-betol banjir. Rumah aku kat Kulim tu tak pernah lagi banjir. Walaupun kat belakang rumah aku tu dah jadi macam tasik dah. Paling teruk pown, aku tak ingat tahun bila, masa tu memang banjir agak teruk. Lagi sedepa lagi je air nak masuk rumah aku. Nasib baik hujan berenti turun dan air cepat surut.

Kat tempat aku belajar nie, UniSZA, hampir setiap hujung tahun akan hujan lebat dan banjir. Dah memang musim dia. Masa tu aku kat Kampus Gong Badak. Selalunya time nak dekat final exam la yang selalu hujan lebat dan banjir. Sampai bila ada kelas terpaksa harung air banjir. Dan Alhamdulillah, bila dah pindah ke Kampus Tembila nie dah tak rasa banjir. Cuma hujan lebat dan angin kencang ja. Tu pown rasa nak melayang jugak badan nie.

Kawasan Berdekatan Asrama

Kawasan Asrama

Kawasan Asrama

Depan Asrama

Depan gym

Masa banjir gelombang pertama hari tu, Kampus Gong Badak memang teruk banjir. Sangat teruk. Sebelum nie takde la teruk macam tu. Sekurang-kurangnya air takde la setinggi tu. Sampai UMT pown air naik paras dada. Dekat Kampus Tembila pulak, kawasan luar kampus memang banjir, kami semua tak dibenarkan keluar dari kawasan kampus. Bandar Jertih pown banjir. Laluan nak pergi Besut dari kampus memang dah takleh lalu.

Dan sekarang banjir gelombang kedua pulak. Kali nie lagi teruk. Lagi dahsyat. Bila tengok gambar-gambar yang dipost dalam facebook. Mesej-mesej memohon bantuan. Keadaan mangsa-mangsa banjir tu. Ya Allah sangat-sangat sedih. Rasa sayu gila. Kesian tengok depa. Kalau ikutkan hati nak sangat pergi tolong selamatkan depa.

Kebetulan, salah sorang kawan sekelas aku, family dia terlibat dalam banjir nie jugak. Daerah Kuala Krai. Allahu. Lagi terasa. Sebak dengar dia cerita. Dia kata rumah dia air naik sampai bumbung dah. Tak sempat nak selamat barang-barang semua. Habis semua sijil-sijil, dokumen penting. Air naik cepat sangat. Dan dari hari mula rumah dia dinaiki air sampai sekarang dia selalu contact family dia. Tapi start hari nie, dia dah lost contact dengan family dia.

Dia dah call pusat gerakan banjir, dan dia diberitahu yang memang diorang sendiri pown dah lost contact. Semua hubungan dah terputus. AllahuAkhbar..

Sekarang nie memang bertawakal la. Harap-harap selamat semuanya..Amin..

Kami kat sini hanya mampu berdoa. Berdiri kat sebelah dia. Bagi kata-kata semangat. Dah la sekarang dengan nak hadap final exam lagi. Kena siapkan proposal FYP lagi. Memang berat sangat-sangat dugaan sekarang nie.

Mohon doakan mangsa-mangsa banjir di sini.
Doakan mereka semua selamat.
Doakan banjir ini cepat surut.
Doakan untuk Pantai Timur.

Kepada Nur Afza,
InsyaAllah semuanya akan selamat. Kami semua kat sini sentiasa mendoakan yang terbaik. Jangan risau kami semua ada dengan Afza. Anggap la semua nie dugaan dan ujian yang Allah hadirkan untuk kita. Allah tahu Afza kuat, sebab tu Allah uji Afza. Banyak-banyakkan berdoa, buat solat hajat. Mohon mereka semua selamat. Amin.

# gambar-gambar di atas diambil dari sumber Google dan facebook.

Monday 22 December 2014

no pain, no gain


No pain, No gain.
Be stronger!!


Sunday 21 December 2014

Hati

Assalamualaikum..


Hati.
Tolong jangan terjatuh.
Aku belum kuat.
Aku belum bersedia.

Hati. 
Jangan berpaling lagi.
Tetapkan yang SATU ini.
Jangan kau pandang yang lain.

Hati.
Moga kamu kuat.
Sebab aku perlu kamu
Untuk jadi lebih kuat.

Hati.
Aku mohon dengar kataku.
Aku mohon sama kamu.





Saturday 20 December 2014

Please..be strong!

Assamualaikum..

Be stronger.
Please.


Thursday 18 December 2014

POST 7: bahagia??

THURSDAY, 8 NOVEMBER 2012


Assalamualaikum..

7/10/2012
Rabu

- Semalam aku jumpa Mr.H..sepatutnya ari tu daa klaz mlm tp terpksa di batalkn..n then aku n suma bdk umah sewa aku decide nak g makan kat luar..n masa kat kedai makan tu aku terrjumpa dia..weee~~~..mula2 tu aku tak perasan pown..pastu una yg gtau..heee~~hepyyy...time tu dia kat belakang aku..bila tau aku terus tukaq tempat dengan kak ema..kononnya nnt nak usha dia...hahaha..gila gatai aku..yg bebudak len plak dok pelik tgok aku..awat yg hepy semacam je..pastu baru depa tau aku tgah usha someone..hahaaha...malu~~

-sepanjang aku dok kat situ..mata aku tak lepas dari nak tengok dia..rasa cam tak puas pandang dia sat je..nak pandang lama2.. tapi payah la sebab diorg suma ada..huhu..una lak tak habis2 nak usik aku..depa yg len dok tercari2 sapa yg aku usha tu..tp aku tak gitau pown..last2 sampai ke sudah depa taktau..hahaha

-yg beznya bila tengok depa ni dok selidik gak aku tengok sapa..nak tau gak sapa yg aku dok usha tu..hahaha..pantang mata aku kat len..suma pakat kalih nak tgok..hahaha..serius lawakk..

-tapi sku sangat hepy..aku taktau napa aku rasa hepy sangat2..bila nampak muka dia aku rasa cm bahagia je..hepy..ntah la..bila pkir blik..aku suka je..takkan la smpai nak rsa cmtu kan..hmmm...

Sunday 7 December 2014

Part 3: I Love You Till Jannah

Part 3

“Awak cakap taknak kapel. Kita kawen la,”

“Pergi la Tanya mak saya. Kalau dia bagi kawen, saya kawen la,”

“Okeh, nanti saya suruh mak ayah saya jumpa mak awak ehh,”

Aku hanya mampu tersenyum.

“ehh, mana rambut? Haha,”tanyaku setelah aku baru perasan kepalanya botak.

“owhhh, gelakkan saya eh. Takpela. Dah botak. Tak hensem dah,”

“Alalala, ciannya dia. Ala botak pown macho ape,”

“Yeke? Okeh. Taknak pakai rambut palsu dah,”

Aku hanya ketawa melihat tingkahnya sambil terngiang-ngiang ditelingaku permintaan mak Qhasiff tadi. Maknya sudah memberitahu aku yang Qhasiff selalu bercerita tentangku. Malah dia sudah menyuarakan hasrat untuk berkahwin denganku. Maknya juga memberitahu aku yangdia ingin Qhasiff bahagia sebelum Qhasiff dijemput pulang oleh Tuhannya.

Aku tahu Qhasiff sukakan aku. Sudah berapa kali dia memberitahu aku. Cuma aku menganggap itu hanyalah gurauan memandangkan Qhasiff agak nakal dan berperangai gila-gila.

Setelah ibu dan ayahnya berjumpa makku. Akhirnya kata putus telah dicapai. Aku dan Qhasiff akan dinikahkan hujung minggu ini. Di hospital. Disebabkan kesihatan Qhasiff yang belum lagi sihat sepenuhnya. Majlis kami hanya akan dihadiri oleh keluarga terdekat.

Mulanya makku menentang. Katanya dia taknak aku kahwin disebabkan rasa simpati dan  kesian sahaja. Setelah puas aku dan ibu bapa Qhasiff memujuk baru lah makku setuju.

Ya.

Memang mulanya aku setuju untuk berkahwin disebabkan aku simpati dengan Qhasiff. Dia juga berhak bahagia macam orang lain. Sekurang-kurangnya bila suatu hari nanti ditakdirkan dia pergi selama-lamanya, dia pergi dalam keadaan bahagia dan gembira macam orang lain.

Selesainya majlis pernikahan kami, aku duduk berduaan dengan Qhasiff. Manakala ibubapanya berada diluar bersama dengan keluargaku. Berbual mungkin.

“Terima kasih sayang,”

“Sebab?”

“Sebab sudi terima abang,”

Aku tersenyum lalu berkata,

“Sama-sama kasih abang. Jue janji Jue akan sayang abang sepenuh hati,”

“Haa, taknak panggil nama. Panggil sayang-abang eh. Cantik sayang hari ini. Macam princess,”

“Yela. Sayang memang cantik dari dulu lagi. Cuma orang je tak Nampak. Haha,”

“takpe. Biar abang sorang je Nampak,”katanya sambil tersenyum.

Dari saat Qhasiff melafazkan akad nikahnya dan aku sah menjadi isterinya. Aku sudah berjanji dengan diriku sendiri yang aku akan mencintai dan menyayangi Qhasiff sepenuh hatiku sebab dia suamiku. Aku akan bahagiakan dia walau apa pown yang terjadi. Walaupown aku sedar yang aku tak mungkin akan bersama dengannya selama-lamanya. Mungkin masanya sudah makin singkat.

Seminggu kemudian, Qhasiff sudah dibenarkan keluar dari hospital. Kami tinggal bersama di rumah ibu bapanya.

Kini enam bulan telah berlalu, Qhasiff makin lemah. Aku dapat rasakan yang dia akan pergi bila-bila masa je lagi. Sudah hampir seminggu Qhasiff terlantar dihospital. Doctor juga menasihati kami agar bersedia menghadappi segala kemungkinan.

Aku sentiasa berada disisinya. Dan Qhasiff masih lagi seperti dulu. Suka mengusikku, menyakatku dah selalu tersenyum walaupown dia sedang menanggung sakit.

Aku tak pernah menangis dihadapannya kerana aku tak mahu dia bersedih. Aku sentiasa ingatkan diri aku yang aku mesti kuat.

Dan akhirnya hari itu tiba juga.  Qhasiff pergi meninggalkan aku. Pergi meninggalkan dunia ini. 

Masih aku ingat lagi. Malam terakhir Qhasiff di dunia ini,

“Sayang,”panggil Qhasiff.

“ye abang. Abang nak makan ke? Nak minum? Sayang ambilkan eh,”

“tak-tak. Abang nak peluk sayang,”

Aku terus berbaring disebelahnya dan memeluk dirinya.

“Terima kasih sayang sebab sudi terima abang. Sudi jaga abang. Sudi sayang abang. Walaupown abang tak mampu nak beri apa-apa untuk sayang,”

“abang, jangan cakap macam tu. Sayang terima abang. Sayang memang betol-betol sayanggg kat abang. Sayang tak kisah pown janji abang ada dengan sayang, okeh?”

“Sayang tahu tak?”

“Ape?”

Dia merapati tubuhku lalu berbisik ditelingaku,

“I love you till jannah,”

“Me too. I love you more and more,”jawabku pula.

Dia tersenyum dan seketika kemudian, dia terus terlena sambil memelukku.

Dan pagi itu aku terjaga. Aku cuba mengejutkan dia tapi tiada reaksi. Lantas aku terus memeriksa nadinya. Tiada denyutan. Aku terus menjerit memanggil doctor.

Saat doctor keluar dan dari riak mukanya, aku tahu Qhasiff dah pergi tinggalkan aku.

Aku redha walaupown air mataku tak berhenti mengalir.

Sehari selepas Qhasiff pergi, adik Qhasiff, Qhairina datang kepadaku ketika aku mengemas bilik kami. Dia memberiku sepucuk sampul surat berisi pendrive. Didepan sampul itu tertulisnya “for my lovely super cutiey wife”.

Lalu aku pasangkan dalam laptopku. Didalamnya ada sebuah video. Qhasiff!

“Hai sayang, ehh bukan. Assalamualaikum sayang. Sayang sihat? Abang nak mintak maaf sebab mungkin masa sayang tengok abang dalam video nie abang dah takdak dah kat sisi sayang dan kat dunia ni. Abang buat video nie khas untuk sayang. Sayang tahu kan yang abang memang sayanggggg sangat kat sayang.

Sayang tahu tak? Masa first time abang jumpa sayang dulu. Abang dah jatuh cinta kat sayang. Abang tak pernah jatuh cinta kat mana-mana perempuan tau. Cakap dengan perempuan pown abang takot. Betol. Tak percaya Tanya ibu. Tapi bila abang jumpa sayang. Abang terus cakap dengan sayang. Masa tu abang cakap yang abang nak jumpa sayang kan. Tak  silap macam nie, “hai awak, saya nak jumpa awak boleh?”

Kan?kan?kan? abang pown taktau la camna boleh cakap camtu. Dah tu sayang pulak cakap boleh nak jumpa. Terus abang rasa berbunga-bunga hati abang. Tapi abang punya tunggu. Punya tunggu. Sayang tak mai pown. Dah la abang dok bagi hint dah suruh mai jumpa. Last-last tak mai pown. Nasib la abang jumpa henset dengan pass kad sayang. Memang masa tu abang rasa macam nak sakat sayang cukup-cukup. Hahaha.

Abang betol-betol suka tengok muka sayang masa gelabah. Comel sangat. Tapi dalam gelabah-gelabah pown garang jugak sayang nie. Itu pown dok cakap kata takot nak jumpa abang. Ish-ish. Yang part abang terpegang tangan sayang tu memang abang tak sengaja. Automatic reaction. Hahaha.

Seriously sejak jumpa sayang abang rasa hidup abang bahagia sangat. Abang tak sangka yang sayang akan terima abang sebab abang tahu yang abang takkan hidup lama. Sayang pown tahu kan. Kadang-kadang abang rasa rugi sangat. Kenapa la abang tak jumpa sayang awal-awal lagi. Tak puas hidup dengan sayang lagi.

Tapi sekarang abang dah tak ada dah. Abang harap sayang teruskan hidup sayang. Abang harap sayang bahagia walaupown bukan dengan abang. Jadi…Abang nak sayang kawen lagi. Sayang kan muda lagi. Jangan sia-siakan hidup sayang. Abang nak sayang bahagia.

Jangan lupa kawen tau. Hahaha. Walaupown nanti orang tu mungkin tak sehensem, tak macho macam abang. Hahahha. Okeh yang tu abang lawak ja. Haha.

Tolong jaga diri sayang yee.. dan tolong jaga mak ayah dan adik abang elok-elok ye.

Terima kasih kerana membahagiakan abang. Mengisi ruang dalam hati abang. Terima kasih sudi sayangkan abang, cintakan abang. Sayang tetap dalam hati abang selamanya. Terima kasih sayang.

I love you till jannah. Muahh!

Bye-bye sayang. Assalamualaikum..”

Tanpa aku sedar air mata aku mengalir laju. Tangisan ku semakin kuat. Aku benar-benar rindukan Qhasiff. Aku benar-benar sayangkan dia.

Andai abang bahagia. Sayang bahagia..

I love you till jannah too..

TAMAT.

*******************************************************************************

Okehhh. Ini cerita I dapat dari mimpi tau. Haha. Dan dalam mimpi takde la sedetail macam yang cerita atas nie. Dalam mimpi Cuma sampai setakat yang dia ajak aku kawen jek. Hahaha.

Tapi memang masa part mula-mula dia jumpa aku, dia suruh budak tangkap gambaq time aku keja part time dan masa dia pengsan masuk hospital ajak aku kawen tu ye. Memang dalam mimipi aku macam tu. Kira part mula sampai part dia ajak aku kawen tu memang dlam mimpi aku. Cuma ikutkan dalam mimpi aku bukan kat tempat praktikal aku. Tapi kawasan rumah aku. Sebab apa aku buh tempat praktikal aku sebab memang ada kaitan pown. Hahaha

Aku nak cerita pown satgi aku pening hgpa pown pening. Nama dia memang betol Qhasiff. Muka dia aku dah tak ingat Cuma gaya dia kpop stail. Maybe gaya kpop tu terbawak sebab kat tempat praktikal aku ada sorang abang nie yang aku paggil abang kpop. Haha. Sebab stail dia la. 

Btw mimpi nie memang sedih. Wuwuwuwu. Dia memang ada penyakit takleh hidup lama. Lepasdia ajak aku kawen tuh, aku tak sempat nak jawab apa-apa. Sebab aku terjaga terus. Hahaha.


Tu ja. Okeh . byeeee

Friday 28 November 2014

Part 2: I Love You Till Jannah

Part 2

Seminggu telah berlalu. Aku kini bekerja separuh masa di sebuah kedai menjual alat telekomunikasi ataupown bahasa mudahnya, kedai jual henset di kompleks membeli belah terkemuka di tempatku.

Sedang aku menunggu pelanggan datang, tiba-tiba aku dihampiri dua orang budak perempuan yang masih lagi berpakaian sekolah.

“Selamat datang dik. Ada apa-apa kakak boleh bantu?”tanyaku sambil tersenyum.

“Hai kakak, kami nak mintak sesuatu boleh?”Tanya pula salah seorang budak perempuan itu.

“Ha? Mintak? Mintak apa?”

“Nak mintak tangkap gambaq akak. Hehe,”

“Nak gambaq akak? Nak buat apa?”

“Adalah,”

“Okeh. Done,”tiba-tiba kawan kepada budak perempuan tadi yang dari tadi tidak mengeluarkan suara mencelah.

“Dah? Okeh jom. Tenkiu akak,”kata budak perempuan yang asyik bercakap denganku tadi sambil tersenyum.

“Hah?” aku terkedu sebentar. Pening. Apa benda yang budak-budak nie buat nie?

“Akak! Mintak maaf la eh. Kami Cuma membuat apa yang di suruh je. Sebab kami dah amek upah. Sorry na,”kata budak perempuan itu lagi.

Aku jadi makin pening. Disuruh? Upah? Sapa plak suruh depa amek gambaq aku nie. Aku bukan segak pown. Haish!

Tiba-tiba hensetku berbunyi. Owh, whatsapp rupanya.aku terus membukanya.

Terbuntang mataku melihat mesej tersebut.

Gambar aku. Gambar aku yang budak-budak perempuan itu ambil tadi. Ada 5 keping semuanya.
Aku terus melihat nombor si penghantar mesej tersebut. Okeh. Aku dah tahu siapa punya keja nie.


<<QHASIFF!! Awak nie memang takde keja eh..suka ati awak je kan...>>

<<Hahaha..ehh, saya paling suka gambar nie tau..>>



Dia menghantar satu lagi gambar aku. Gambar aku sedang tersenyum semasa budak perempuan itu mula-mula datang. Oh ya, namanya Qhasif. Umurnya 25 tahun. Itu yang diberitahunya melalui mesej-mesejnya kepadaku.



<<Haha..See..comelnya..tapi saya comel lagi.. =P>>


<<Okeh..Jom..>>
<<jom?>>

<<jom jumpa..saya nak jumpa awak sekarang..>>

<<Yeke..Alhamdullillah2x..akhirnya nak jugak awak jumpa saya kan..>>

<<tunggu dekat tangga tepi lif..aras nie..>>

<<Okeh sayang.. =D =D>>
 



Setelah aku meminta izin kepada boss aku, aku terus berlalu pergi ke tempat yang dijanjikan.


Dari jauh aku sudah Nampak kelibat dia yang sedang menyandar di dinding sambil melihat hensetnya.

“Assalamualaikum. Sorry lambat sikit,”

“Wa’alaikumussalam. Takpa. Saya paham,”balasnya sambil mendongak kepalanya memandang aku dan tersenyum.

Aku mula pelik bila memandang wajahnya. Wajahnya pucat sekali. Bagaikan tiada darah. Takkan jumpa aku pown boleh pucat macam nie? Dengan dahinya berpeluh. Dah kenapa dia nie?

 “Eh jap, kenapa muka awak pucat nie? Tak sihat eh?”

“Ehh, takda apa la. Sihat ja,”balasnya sambil terus memalingkan mukanya ke arah lain.

Aku terus memandangnya.

“Muka pucat sangat tu. Takkan jumpa saya terus pucat muka tu? Berpeluh-peluh pulak tu”

“Haha. Awak dah makan? Jom kita makan?”

“Awak, saya Tanya nie. Awak sihat ke tak?”

“Sihat,”

“Yeke nie?”


Belum sempat dia menjawab, dia sudah mula rebah ke lantai. Nasib baik lah aku sempat menyambutnya. Aku terus menjerit meminta tolong orang yang lalu disitu sambil memanggil-manggil dia. Cuba untuk sedarkan dia.

Sudah hampir satu jam dia dirawat. Aku hampir-hampir menangis. Tak tahu nak buat apa. Ibu bapanya pown sudah sampai menunggu bersama aku di hospital. Aku hanya mampu menenangkan ibunya. Walaupown aku tak kenal ibu bapanya sekurang-kurangnya dapat la aku meredakan kesedihan mereka. Bapanya pula duduk berhadapan dengan kami sambil mulutnya tak henti-henti berzikir.

Seketika kemudian, doctor mula keluar dari bilik rawatan itu dan kami terus menerpa ke arah doktor itu.

“Anak puan tak ada apa-apa. Biarkan dia berehat dulu,”

“Terima kasih doctor,”balas ayah Qhasiff.

Aku menarik nafas lega. Ibunya terus memeluk aku dan aku membalasnya kembali.

“Jom, kita turun makan dulu. Jue ikut la sekali. Boleh jugak bersembang kenal-kenal sekali,”kata ayahnya kepadaku sambil tersenyum.

Aku hanya menangguk sambil memandang wajah ibu Qhasiff. Ibunya turut tersenyum.

Seusai makan dan bersuai kenal dan tentulah bercerita tentang perkenalan aku dengan Qhasiff, kami terus pergi ke bilik Qhasiff. Qhasiff masih lagi tidak sedarkan diri.

“Mak cik, pak cik. Pergilah rehat dan solat dulu. Biar saya tengokkan Qhasif,”kataku kepada ibubapa Qhasiff. Kasihan melihat wajah mereka yang kepenatan dan risau tentang keadaan anak mereka.

“Kalau macam tu, Mak cik dengan pakcik nak pergi solat dulu. Terima kasih ye,”kata mereka sambil berlalu pergi.

“Sama-sama mak cik, pak cik,”

Aku duduk dihujung katil sambil melihat Qhasiff. Perasaan aku bercelaru. Setelah mendengar cerita ibubapanya, aku tak pasti apa yang aku rasakan sekarang.

Menurut cerita ibubapanya, Qhasiff menghidap penyakit yang membawa maut. Mereka sendiri tidak pasti berapa lama lagi Qhasiff boleh bertahan. Katanya lagi, penyakit ini dikesan ketika Qhasiff sedang belajar di sebuah university. walaupown dia Berjaya menghabiskan pengajiannya, tetapi disebabkan kesihatannya yang semakin merosot, dia tak mampu bekerja. Dia hanya mampu membuat kerja-kerja yang tidak membebankan dirinya.

Dan dari ibu bapanya la, baru aku tahu semasa kali pertama aku berjumpa dengannya ketika majlis anak-anak OKU dulu, dia adalah salah seorang sukarelawan dan penjaga anak-anak OKU tersebut.

Memang patut la aku tak pernah berjumpa dengannya dulu.

Ibunya memberitahuku yang dia terkejut bila mengetahui Qhasiff berkawan denganku. Katanya, selama ini dia tidak pernah mendengar Qhasiff bercerita tentang perempuan atau berkawan dengan perempuan apatah lagi sejak dia disahkan menghidap penyakit itu. Di universitinya pula, dia memang tak berkawan dengan perempuan disebabkan dia mengambil jurusan kejuruteraan yang kesemua budak kelasnya lelaki. Tetapi sejak Qhasiff pulang dari sebuah majlis berbuka puasa di sebuah syarikat minggu lepas, dia ada memberitahu tentang seorang budak perempuan. Dan itulah pertama kali ibu Qhasiff mendengar Qhasiff bercerita tentang perempuan.

 Tiba-tiba aku terasa sesuatu bergerak. Mematikan terus segala ingatan aku tentang perbualan aku dengan ibu bapanya tadi. Aku memandang Qhasiff.

Dia tersenyum ke arahku.

“Qhasiff,”aku memanggil namanya sambil berjalan merapatinya.

“Hai sayang,”dia membalas panggilanku sambil tersenyum.

“ish! Sakit-sakit pown sempat lagi. Nie mak ayah awak ada kat surau. Solat. Nanti depa mai sini,”

“okeh sayang,”

“Kenapa awak tak bagi tahu saya yang awak sakit?”

“Saja. Awak?”

“hmm,”

“Kita kapel nak?”

“Ish! Dah sakit-sakit pown ada hati nak bercinta lagi. Gatai la awak nie,”kataku sambil mencucuk pinggangnya.

Dia cuba mengelak sambil tersenyum.

“Okeh, kalau macam tu kita kawen,”

Aku terdiam. Aku tak tahu nak menjawab ya atau tidak.


Bersambung....

Tuesday 11 November 2014

Part 1: I Love You Till Jannah

Assalamualaikum.. hehe.. nie cerita yang aku tulis based on mimpi aku. So, maybe ada la sikit ayat yang agak tunggang langgang. HuHU. Macam biasa, ada yang part aku tambah and ada yang fully dari mimpi aku. Kalau sudi nak baca, baca la. If ada komen apa2, komen je. HEHE.


Part 1

“Juju ! tolong angkat semua nie, letak bawah khemah nah. Panggil budak-budak lain tolong sama,” kata Kak Nana kepadaku sambil menunjukkan barang-barang yang diperlukan untuk majlis berbuka puasa dengan anak-anak OKU keesokkan hari.

“Okeh, Kak Nana”, balasku pendek.

Kak Nana adalah seorang staff di tempat aku sedang praktikal sekarang dan minggu ini merupakan minggu terakhir aku dan Husna disini.

Setelah berhempas pulas menyusun barang dan mengemas di khemah tersebut. Aku dan beberapa budak praktikal yang lain sudah mula mahu beransur pulang. Tiba-tiba Kak Nana datang menemui kami semua.

“Nie jangan lupa ambil lauk di kafe. Ada Kak Nana simpan untuk hangpa. Kesian kat hangpa dok wat keja. Dah la bulan posa. Jangan lupa pi amek,”

“Yeay ! takyah masak !

“Jimat duit!!

Kami bersorak riang.

“Juju! Hang pi amek lauk tu sat. Aku nak pi masuk ofis sat,”arah Husna kepadaku.

“Okeh-okeh,”

Aku berjalan menuju ke kafe tersebut. Tiba-tiba aku ditahan oleh seorang lelaki.

“Hai, nak jumpa awak boleh?” tanya lelaki itu secara tiba-tiba.

“Hah? Err. Mintak maaf la saya nak cepat nie,”

“Takpe sekejap je,”

“Aaaa. Ehem. Camni la. Saya jumpa awak kat café nanti eh,”

“Betol ni? Okeh-okeh. Saya tunggu awak kat sana,”dia membalas sambil tersenyum.

Aku tergamam seketika.

Hmmm. Tengok mukanya, memang aku tak pernah Nampak kat sini pown. Staff baru ke budak praktikal baru? Entahlah. Gaya rambut ala-ala kpop. Stail baju pown sama. Hmmm. Lantaklah. Malas nak fikir.

Aku berlalu pergi ke café. Sambil menyapa Osman yang sedang melepak diluar café, aku terus masuk ke dalam.

“Osman! Banyakknya lauk. Orang atas tak turun lagi ke?”

“La. Depa mana turun lagi. Bukan nak bukak posa lagi. Hang nie la,”

“Haha. Takpa la aku amek sikit dah la,”

“Amek ja,”

Sedang aku mengisi lauk pauk yang aku ambil ke dalam plastik, tiba-tiba aku ternampak lelaki tadi sedang menaiki basikal di belakang café dalam pusingan bulatan. Sambil menunggang basikalnya, dia membuat isyarat seolah-olah menyuruh aku datang berjumpa dengannya. 
Entah beberapa kali dia membuat pusingan itu, aku pown tak terkira.

Aku terus berlari menyorok di belakang Osman. Aku memberitahu kepada Osman tentang lelaki itu.

“Osman! Hang Nampak tak laki yang tengah naik basikal kat belakang tuh? Dia nak jumpa aku Osman. Aku takot wehhh. Huhu,”

“Ala dia nak ngurat hang la tu. Pi ja jumpa dia. Haha,”balas Osman sambil meninjau di belakang café.

“Ish! Hang nie!

Aku bangun dan berpura-pura tak Nampak lelaki itu. Selang beberapa lama, aku menoleh ke arah belakang café untuk melihat sama ada lelaki itu masih ada di situ atau pown tidak. Tetapi aku ternampak lelaki lain yang juga menaiki basikal. Tetapi lelaki itu kepalanya botak. Lelaki itu berhenti sambil mengutip sesuatu. Dan terus memakaikan di atas kepalanya.

Ehh, bukan lelaki tu ke yang nak jumpa aku tadi tu?

Laa, dia pakai rambut palsu rupanya. Hahaha. Aku ketawa geli hati. Patut la rambut kpop semacam. Hahaha.

Ketika budak-budak praktikal yang lain mula datang ke café, aku pown mula mencari jalan untuk melarikan diri. Aku menjenguk ke arah belakang café. Lelaki itu masih menunggang basikalnya.

Apabila aku melihat dia mula membelakangkan aku. Aku terus berjalan keluar dari café dan terus menuju ke ofis sambil berlari anak.

“Husna! Jom balik!

Aku terus menjerit sesampainya di ofis. Tetapi malangnya Husna tak ada.

Aku terus mengambil beg aku dan tiba-tiba aku tersedar yang telefon bimbit aku dan pass kad aku tak ada. Macam mana nak balik kalau pass kad tu tak ada. Tak boleh nak scan keluar la nanti.

“Alamak, mesti tertinggal dekat café tadi. Takkan aku nak pergi balik. Nanti laki tu ada macam mana. “

Dan nasib baik lah kebetulan pada masa itu, Kak Zati, staf merangkap supervisor aku dan Una sepanjang praktikal disitu hendak pergi ke café. 

“Jom!  ada sapa nak pi café?”

“Kak Zatiiii, nak pi café ka? Nak mintak tolong boleh?

“Ha, nak mintak apa?

“Tolong amek henset ngan  pass kami boleh. Kami rasa kami tertinggal kat cafe la. Boleh naaaaa. Hehe ,”

“Ha, yela-yela,”

Seketika kemudian,

“Jue. Henset hang dengan pass kad  hang ada laki pegang. Dia cakap kalau hang nak, hang kena pi amek sendiri,”

“La yaka? Sapa dia?

“Ntah. Kak pown tak kenai"

“Awat tertinggal apa plak. Pi amek cepat. Nak balik dah nie,” tiba-tiba Husna mencelah. Entah dari celah mana dia datang aku pown taktau.

“Hala,”

Sesampainya aku di café, aku ternampak lelaki itu sedang memegang henset dah pass kad aku.

“EHEM! Saya nak amek henset saya dengan pass kad saya balik,”kataku sambil cuba menahan ketakutan. Takut sebenarnya. Takut lelaki itu marah disebabkan aku tak berjumpa dengannya.

“Tadi kata nak jumpa saya kat café. Tapi saya tunggu, awak tak mai-mai pown,”kata lelaki itu sambil memusing-musingkan telefon bimbit aku.

“Errr. Sebenaqnya saya memang takmau jumpa pown. Saya tak suka jumpa lelaki,”kataku kepada lelaki itu.

“Saya tunggu awak tau,”

“Saya takot. Saya tak kenal awak pown,”

Lelaki itu memberi aku pass kad aku tetapi telefon bimbit aku masih lagi dalam genggamannya.

Tiba-tiba dia menyuakan telefon bimbit aku. Aku ingin mengambilnya, tetapi dia menarik balik tangannya sambil tersenyum.

Aku mula naik geram.

Kali kedua dia menyuakan telefon bimbit aku, aku terus menangkap tangannya dengan kedua-dua tanganku. Cuba menarik telefonku. Dia pula terus mengenggam kuat telefonku sambil tangannya yang satu lagi mendarat atas tanganku.

Aku terkejut. Dia tersenyum.

Dia mula melepaskan genggamannya dan aku cepat-cepat merebut telefonku. Sebelum itu, dia sempat mencuit hidungku sambil berkata,

“Awak cute la,”

Aku terus mendengus dan berlalu pergi tanpa menoleh.

Tiba-tiba hensetku berbunyi. Ada mesej masuk. Nombor yang tak dikenali.

“awak marah kat saya ke? Maaf la. Awak nie garang la tapi cute. =P ”


Ahhh, sudah. Laki nie amek nombor aku plak. Arghhh!

Bersambung . . . .