Thursday 21 November 2013

Tolonggg Sayyaaa T.T

Assalamualaikum . .

Sejak aku masuk Nuffnang nih makin rajin plak aku meng'update' blog yer . HEHE . Takdak la sebab boring gak sebenaqnya . Lagi satu aku tengah dok pelik pasai problem blog aku nie . Problem dia, pasai apa aku takleh nak follow orang lain guna blog aku sendiri . Err . . hangpa paham tak ?

Macam nie cerita dia , sebelum nie okey ja aku nak follow orang lain guna blog aku . Tapi masa balik cuti sem ari  tuh , aku tolong adik aku buat blog kat dia . Memang berhari-hari jugak la aku tolong buat and renovate kan sekali blog dia . Memang aku tak bukak la blog aku . Pastu bila aku nak follow blog orang lain guna aku punya blog , tak boleh . Dia keluaq profile blog adik aku . HUHU .

Contoh macam nie kan , step biasa nak follow orang kan . Bila tekan kat "Join this site" tu , dia akan keluar camni kan .

Kat situ keluar profile adik aku . Sekarang nie kalo aku nak follow orang pown aku kena buat manually . Macam pi kat blog list ehh bukan . Kat reading list tuh , add url blog orang yang aku nak follow tuh . Tapi macam tuh dikira dah follow ke ? ?

HUHUHU . Aku dah taktau nak buat camna . Bila aku try nak sign in as different user . Yang ada kat bawah sekali tuh .


Tak boleh . Keluar camnie . 

*klik untuk besarkan

HUHU . Camna ehh . Tolongggg . Tolongggg sayaaaaa T.T

Wednesday 20 November 2013

Blogwalking- ish! spoil la!

Assalamualaikum . .

Okeh . Hari nie juz nak citer pengalaman aku berblogwalking kat blog-blog orang . Cewahhhh . Bajet macam blog aku nie baguih sangat kan . HAHA . Sebenaqnya kalo aku rasa boring or malas or takdak idea nak tulis apa kat blog . Aku suka terjah blog orang, konon-konon jadi silent reader ar . HEHE . 

Kalo ada blog yang macam menarik jer dan ada isi yang mampu menarik aku untuk baca entry-entry dia yang sterusnya, memang aku akan follow dan baca . Dan sememangnya jadi salah satu blog yang aku akan terjah tiap kali online . HEHE . 

Kalo aku blogwalking nie kan , aku suka baca pasal review depa dalam produk-produk kecantikan . If kalo aku nak cari info or testimoni pasal satu-satu produk tuh , aku lebih suka cari kat blog . Sebab selalunya blogger nie akan test dulu baru depa buat review . Haaa , so kita sendiri boleh tau or namapak la betol ke kesan produk tuh . 

Kadang-kadang aku suka gak bila depa citer pasal lifestyle depa . Tapi tengok gak la kisah depa camna . HEHE . 

Tapi ada setengah benda yang buat spoil mood aku bila aku terjah blog .


1. Lagu mp3 . Minta maaf ehh . Bukan nak kondem ke ape ke . Cuma macam aku nie bila terjah blog tuh , aku suka terjah banyak blog jadi aku akan buka banyak tab . So , bila ada 2-3 blog tu ada lagu , jadi bercelaru kemain lagi . Last-last aku mutekan speaker tuh . Hah, amannn . Kalo ada yang boleh pause tu maybe ok lagi la macam bawah nie . Tapi jenuh kelam kabut jugak nak cari butang tuh sebab cinonet je. HUHU . Tapi bukan tak bagi hangpa pasang . Terpulang la pada hak masing-masing . 


2. Loading lambat . Yang nie memang boleh membunuh kesabaran ar .  Kadang-kadang bila dah setel baca 4-5 entry 3-4 blog dah , yang blog tuh loading tak abeh-abeh lagi . Last-last terus tutup jek . Tajuk dah menarik dah tapi spoil mood nak baca . Sedihkan . 




3. Background . Ada sesetengah blog nie , background dia rasa macam tak sesuai la . Sebab ada yang seolah-olah tenggelamkan tulisan . Bila nak baca terkebil-kebil nak tengok huruf satu-satu . Selalunya background yang transparent and gambaq yang dia guna plak macam tak kena . 


4. Font dan warna . Yang nie pown mainkan peranan jugak nih . Sebab bila font kecik sangat rasa macam pening je nak baca . HUHU . Warna plak ada yang guna warna teranggg sangat sampai bila tengok kat tempat lain rasa bersilau jek . HUHU . 


5. Pop up window . Haaa . Yang nie selalunya blog-blog yang selalu buat pasal info, gosip, berita semasa . Bila buka ja , keluaq window suruh like fesbuk la , follow twitter la . Kalo takmau like kena tunggu sampai beribu-ribu saat . Jenuh la . Bukan tak boleh tapi bila sekali buka dah like , pastu buka entry lain plak kena like jugak,padahal dah like dah . Dah tu kena unlike , pastu like balik . Kira keja dok like unlike je la kalo buka blog tuh . Haishh~ spoil la camnie .


Okeh . Setakat nie yang tuh je kot yang aku boleh citer sebab selalunya ada banyak blog yang cantik-cantik . Lagiii cantik dari blog aku . Jeless tengok . HUHU . Tapi takpe la aku dah puas hati dengan blog aku nih . Sebab aku jenis suka yang simple-simple jek . HUHU . Ingat nak renovate lagi tapi takdak masa yang sesuai lagi . 

Eh , yang aku teguq nie bukannya nak kondem-kondem hangpa tau . Cuma nak bagitau je la . Terpulang la . Blog hangpa kan .  Cuma bagi aku benda nie maybe boleh spoilkan mood aku nak baca entry blog hgpa ja . Maybe mood aku je la kott . Orang lain taktau la . Jangan marah laa ea . HEHE .

 Yela , sebab blog aku pown bukannya lawa , hebat sangat pown . Follower pown 3 orang jek . HUHU . Dan maybe takdak orang pown nak baca entry aku nie . Hmm . Tapi kalo ada yang nak tegur pasai blog aku pown boleh . Takpa . Mana tau ada yang boleh diperbaiki lagi . 

Okeh . Tu je yang nak citer . HEHE . 
Sehingga berjumpa lagi . 
sumber gambar: Google

Saturday 16 November 2013

Throwback! First year part 2

Assalamualaikum . .

Hari tu throwback part 1 kan, okeh la nie part 2 plak .  Kat sini lebih banyak pasal dinner je . Hehe .

Potluck




With lecturer kesayangan ramai . Hehe .


Helmi

With ex-dean . Huhu

Mira yg garang~

Dinner Anugerah Dekan 
Tema: Back to school







Okeh . Sampai kat sini dulu . Nak gi cari gambaq banyak- banyak lagi . Huhu .





Thursday 14 November 2013

Throwback! First Year part 1

Assalamualaikum . .

Okeh . Hari nie, aku nak buat throwback sepanjang masa aku jadi student first year dulu . Masa zaman-zaman budak-budak nak menjadi lebih dewasa . Cewaaahhh . HAHAHA .

Firstly, nie masa gambar first kelas kami masa first year . Semua muka suci , bebudak-budak lagi . Hehehe .

Dunkins Donuts + Halfest

Tadaa!! 
Helmi jadi Duta sementara Dunkins Donuts . HAha . 


Cuma nak cakap, 
Helmi yang dulu, bukanlah yg sekarang~





Pertima + Pelabuhan Ikan Chendering





Okeh . Setakat nie dulu . Nanti sambung Part 2 plak . 
Hehehe . 

p/s: gambaq tak banyak sangat kat aku disebabkan laptop aku kena format. Huhu . Amek gambaq2 nie pown dari fesbuk kawan sekelas . Hehe .

Wednesday 13 November 2013

Kenangan - wishlist

Assalamualaikum . .

Hari nie chatting ngan kawan baik aku kat matrik , Nina . Rindu dia sangat-sangat . Huhu . Biasala time-time chatting-chatting nie la yang dok mula mengibau kenangan lama dulu . Hehe . Tadi sembang-sembang dengan dia pasal wishlist yang kami penah buat dulu . Konon-konon nanti lepas matrik dan masuk u nak buat apa . 

Aku tak berapa ingat sangat apa yang aku tulis . Dan ofkos la aku pown tak ingat Nina tulis apa kat wishlist dia . Aku pown takdak buku wishlist tu kat aku . Ada kat Nina . Dia plak taktau letak buku tu kat mana . Huhu . Tapi aku senaraikan je la apa yang aku ingat . 

1. Nak amek lesen moto n keta .
- sebab nanti boleh aku plak gi umah Nina sebab asyik dia ja mai umah aku . Huhu . La nie dah ade lesen, tapi mak aku tak bagi aku bawak keta gi umah dia. Sebab jauh katanya . huhuhuhuhu .

2. Nak masuk U sama-sama . 
- tapi sayang tak dapat . Huhu . Aku kat Timur, dia kat Barat .

3. Nak study betol-betol pastu nak sambung master phd suma . 
- yg nie kononnya takmau ulang kesilapan masa matrik dulu . Padahal dari spm dulu aku rasa asyik dok ulang takmau ulang kesilapan. Hahaha.

Yang nie paling tak leh blah . Haha .

4. Nak cari calon suami or boyfriend la masa second year . HAHAHAHA . 
- sebab masa nie dua-dua tengah single dan konon-kononya nak cari calon siap-siap, lepas study kawennn . Tapi sampai aku masuk third year tak cari-cari pown . Sama gak macam Nina . Dua-dua single . Hehe .

5. Hmmm . Jap . Haaa . okeh . Dah tak ingat . Huhu . 

Dalam semua list nie , yang part nak cari boyfriend tu yang paling aku ingat . HAHAHA . Rasa macam ntah apa-apa ja . Besa la tak matang lagi . Hahaha . Serius bila aku ingat mesti aku rasa nak tergelak guling-guling . Tapi Alhamdullillah, da gak dalam list tu aku dapat tunaikan . Hehe .

Sebenaqnya da banyak lagi yang aku list kan . Tak silap da la dalam 10 wish kot . Tapi tu la, tak ingat dah . Cuma sekarang nie apa yang aku nak sangat, aku rasa nak abehkan study aku dan dapat keja elok-elok . Bab-bab kawen aku tak pikir lagi . Ntah la . Biaqla abeh kan satu-satu dulu  kan . 

Okeh . Sampai disini saja .
Sehingga berjumpa lagi .
Bye~