Thursday 2 January 2014

Mamat Hensem Mata Cantik !!

Assalamualaikum . .

Tahun pertama

"Juju! Ko dapat sama kilang dengan aku ehh," Terjah Hanem tiba-tiba seusai kelas MR.T.

"Hah! Kilang apa? Yang kita kena jadi anak angkat tu ka?" tanyaku pula.

"Yela. Ko nie ." Balas Hanem.

"Yela tu kot . Kilang Hock Ki Seng kan . Dekat ja kat rumah aku . "

"Haaa . Betul-betul! Dekat ekk? Okeh aku dok rumah ko nanti. Bhahaha."

"Weeeeeeehhhhh!! Aku dapat kilang Hock Ki Seng !! Sapa dapat sekali ngan aku wehhhh," rengek Majiah tiba-tiba.

"Kami pown". Jawab aku dengan Hanem serentak.

"Yaka?! Yeaaayyyy!!! Ada geng!! Sorak Majiah kegembiraan.

Aku, Hanem dan Majiah terpilih untuk menjadi anak angkat di sebuah kilang. Semua budak kelas aku terlibat dalam program ni masa cuti semester seminggu lagi. Masing-masing dapat tempat yang berbeza. Sebenarnya, aku pun tak pasti dan tak tahu plak kilang pun ada ambil anak angkat. Setahu aku kalo macam program anak angkat tu ye la. Ada family angkat macam family kita jugak. Nie, kilang? Hurmm .

Seminggu kemudian, kami semua berangkat ke kilang masing-masing. Aku, Hanem dan Majiah tinggal dekat homestay yang sudah ditempah khas untuk kami. Walaupun rumah aku dekat je dengan kilang tuh. Tapi sebagai menghargai usaha pihak yang menempah tempat penginapan kami, so, aku pun tinggal dengan diorang. Heehe.

Tiba hari yang dijadualkan, kami pun pergi la melawat kilang tu . Rupa-rupanya kilang tu buat produk untuk pembungkusan makanan. Sebagai contoh bekas makanan, polystryne makanan dan yang sama waktu dengannya. Kami dibawa melawat ke seluruh kilang. Tapi ada something pasal kilang nie yang lain dari yang lain. Mungkin.

Sebab masa kami pergi melawat bahagian production kilang tu, nampak macam dua orang pekerja tengah dok melambung-lambung something. Macam sorang lambung, sorang lagi sambut dan sebaliknya . Setiap seksyen macam tu. Cara yang sangat unik dan pelik. Semua pekerja ada tempat masing-masing dan semua berpasang. Lelaki sahaja.

<'Peliknya cara diorang kerja'.> Gumam hatiku.

"Weh, aku tengok macam pelik ja cara diorang. Seram wehh", kata Hanem tiba-tiba.

"Tau takpa wehh", jwabku pula.

"Cik bertiga nak try tak?" tanya seorang penyelia yang ditugaskan untuk mengiringi kami sekaligus menerangkan kepada kami tentang kilang tersebut.

"Saya nak try!" kata Majiah sambil tersenyum.

Aku dan Hanem hanya berpandangan sesama sendiri. Tak percaya sebenarnya.

"Hanem jom arr, hehehe" ajak Majiah.

Hanem menurut dan aku pula menahan senyum.

"Weh besttt!" Hanem mula teruja.

"Gila la weh. First time aku tengok orang kerja macam ni," balas Majiah pula.

Aku cuma tergelak melihat aksi mereka.

"Cik nak melawat kilang nie tak?", sapa salah seorang pekerja tadi.

Aku menoleh ke arah suara itu. Terpaku aku seketika bila memandang wajah empunya suara itu.

< 'YA, ALLAH ! HENSEMNYA BAQ HANGGGG !!! Mata dia cantik gilaaaaa'>

"Cik?"

"Ehh ye ye, boleh je", jawabku sambil tersenyum malu.

<Aduhhh, awat dia nie hensem sangattttt . Cayaq tengok dia senyum. Rasa macam hati aku dah jadi ayaq dah niee.'>

"Jom cik", katanya sambil tersenyum padaku.

<'ahh, melting!'>

"Okeh jom", balasku pula.

Dia membawa aku melawat kawasan kilang yang belum sempat aku lawati tadi. Sambil itu, dia menerangkan padaku tentang setiap tempat yang dia bawa aku. Aku cuma mengangguk dan tersenyum sahaja tatkala kami berpandangan. Aku bahasakan dia Mamat Hensem Mata Cantik sebab aku tak tanyakan namanya langsung.

Kemudian, kami sampai ke satu tempat yang seperti  tempat rehat untuk pekerja .  Dia menyuruh aku menunggu  disitu , manakala dia pulak hilang entah kemana.

<Hmm..>
<Cantik jugak tempat rehat nie.>
<Dah macam ala-ala warung pulak.>
<Dengan kerusi kayu dari batang pokok.>
<Hmm.>
<Cantikk !>

Tiba-tiba sahaja dia sudah berada di depanku. Ditangannya ada sesuatu. Polystryne putih berbentuk love.

"Nah! Untuk awak", katanya padaku.

"Ohh," hanya itu yang terucap di bibirku.

Aku tersenyum sambil memandang dia. Aku lihat mukanya merah. Menahan malu mungkin. Aku tersenyum lagi. Hatiku rasa berbunga-bunga. Meskipun aku tidak pasti apa maknanya. Kami berjalan lagi. Tapi kali ini tiada suara yang menemani. Masing-masing diam.

Kemudian, kami turun ke bawah . Berjumpa Majiah dan Hanem . Dan beredar bersama-sama ke ruang makan di kilang itu. Kami duduk di sebuah meja bulat disitu. Aku berhadapan dengan Mamat Hensem Mata Cantik itu. Di sebelah Mamat Hensem Mata Cantik pula, ada seorang perempuan cantik dan seorang lelaki . Manakala Majiah dan Hanem bersebelahan denganku. Mulut mereka tidak berhenti bercerita. Terseyum aku melihat gelagat mereka.

"Kenalkan ini Kakak saya," kata Mamat Hensem Mata Cantik itu kepada kami semua. Memperkenalkan perempuan cantik disebelahnya itu.

<Ohh, perempuan cantik itu kakak dia rupanya.>

Kami tersenyum sambil memperkenalkan diri masing-masing. Aku memandang dia. Dia memandang aku tapi lain pandangannya. Seolah-olah sedang menanti sesuatu dari aku.

<Kenape plak la dia pandang aku macam tuh>
<Haish>
<Nak tanya dia ke?>
<Hmmm>
<Tapi malu la. Kakak dia ada. Nanti kata apa pulak>
<Nak mintak nombor dia tak eh>
<Nanti mesej jela. Boleh gak tanya kenapa dia bagi aku love tuh>
<Hehe>
<Tapiiiii camna nak mintak nombor dia>
<arghhhh>

Tiba-tiba Mamat Hensem Mata Cantik itu memberi aku sesuatu. Selotape bulat besar. Dia menyuruh aku membuka selotape tu. Aku memandang ke sekeliling. Masing-masing sedang riuh bersembang dan tidak memandang ke arah kami. Bagaikan hanya kami berdua sahaja yang berada di situ.

"Buka la selotape tuh", arah dia kepadaku.

"Okeh", balasku perlahan. Bimbang didengari.

"Eh!", lantas aku memandang dia.

<Macam taau-tau ja aku nak nombor dia>
<Hehe>

"Ambik nombor tuh, then antaq mesej kat saya", katanya kepadaku.

Aku cuba untuk memotong selotape itu. Namun tak berjaya. Berkali-kali aku cuba putuskan. Gagal. Akibatnya nombor dia sudah tidak jelas lagi.

<Alamak! nombor dah hilang!>
<Camna ni??>
<Ish ! Aku ingat nak potong je selotape yang tertulis nombor tuh>
<Takot nanti Hanem dengan Majiah perasan>
<Alaaa>

Aku memandang dia. Dia hanya melihat aku. Kosong.

"Takpe la. Biar saya je antaq mesej kat awak. Haish!" katanya kepada aku. Mungkin geram agaknya melihat aku terkial-kial nak memotong selotape itu.

<Laa, dah ada nombor aku ke?>
<Nape la tak mesej terus tadi?>


Hensetku bergetar. Lantas aku ambil lalu kubuka mesej yang aku terima.


"Takpe la kalau taknak kat saya . Saya dah lama perhatikan awak . Tapi takpe la .Saya tau saya nie sape . Budak kilang je . Awak tu budak U . Takpe saya paham . "

Lepas aku membaca msej tu, aku terus memanggil dia datang dekat aku .

"Kejap, datang sini jap",

Depan-depan kakak dia aku panggil .

"Tadi saya ada cakap apa-apa ka? Tak kan . Abeh tuh yang buat ayat macam tuh pasai pa ? Masa awak bagi love tuh kat saya, saya sedih ke ? Muka saya ada rasa menyampah ke? Saya senyum kan . Maknanya saya suka la ", kataku kepadanya.

Terus dia tersenyum .

<Ahhh . . melting . >

Aku nampak dia seolah-olah malu dan cuba untuk kembali ke tempatnya. Tapi aku menghalangnya dengan menarik bajunya.

"Jangan nak cakap macam tuh lagi ", kataku.

Dia angguk sambil senyum .

<Melting lagii >

Tiba-tiba kakak dia berkata,

"Dah okay ? Ha, kalo dah okay, jaga leklok ."

Dia senyum  mendengar kata-kata kakaknya .
Aku ? Lagi la . Berbunga-bunga hati aku . HAHA .

Tiba-tiba hensetku bergetar lagi. Kubuka mesej yang diterima.

"Garangnya . Tapi takpe, saya tetap suka awak . (^^,)"

Bibirku terus mengukir senyum sambil memandang dia . Dia turut membalas senyuman ku . Terasa bagaikan aku berada di dunia yang penuh dengan coklat . Manisss sangat . Hatiku bagaikan ditumbuhi bunga-bunga yang mekar mewangi . Bunga-bunga cinta barangkali ?

Lepas makan, kami pergi keluar untuk bermain  ala-ala mini game . Sebagai salah satu cara untuk merapatkan silaturrahim.

Aku suka sangat masa tuh . Ternampak kegembiraan Mamat Hensem Mata Cantik itu ketika seronok bermain. Bila nampak dia gelak and senyum . Cair terus hati aku . HEHE .

<Bahagianyaaaaaaa>
<I think I'm fall in love already ! >

Tahun Kedua

Sudah hampir setahun aku, Hanem dan Majiah menjadi anak angkat di kilang itu. Setiap tahun kami kena pergi melawat kilang tersebut. Tapi kali ini, cuma aku seorang je yang dapat pergi. Sebab Majiah dengan Hanem ada hal katanya. So, diorang wakilkan aku . Lagipown aku yang paling dekat .

Aku jumpa dia lagi . Memang harapan aku nak jumpa dia lagi. Rindu. Tapi muka dia nampak seperti ada masalah . Air mukanya nampak keruh. Suasana kilang itu pun tak macam masa aku datang mula-mula dulu . Suram . Sunyi.

"Ada masalah ke?" aku tanya dia.

Tapi dia tak menjawab . Diam je . Langsung tidak memandang aku. Dan langsung tak ada senyum manis dia . Macam dulu .

Tiba-tiba aku  ternampak kakak dia di luar . Kakak dia pun nampak macam tak terurus . Nampak macam serabai sangat . Pakaiannya kotor dan rambutnya serabut sangat. Aku keluar pergi mendekati kakak dia .

Aku tanyakan soalan yang sama . Kakak dia hanya memandang aku . Kemudian, tertawa dan tersenyum sendirian . Aku bingung .

<Apa dah jadi ?>

Tiba-tiba Mamat Hensem Mata Cantik itu sudah berada di sebelah aku . Dia terus mengarah kakak dia masuk ke dalam . Tak dipedulikan aku langsung . Tapi kakak dia taknak . Kakaknya menjerit-jerit merengek meminta untuk belikan dia sesuatu . Tak aku pasti benda apa . Tiba-tiba ,

"Ada duit ? Aku nak pinjam " .

Dia bersuara juga . Aku cuma mengangguk perlahan . Aku buka dompetku dan memberi duit kepadanya . Tapi belum sempat aku menutup dompetku semula. Tiba-tiba kakaknya terus meragut dompetku dan mengambil semua duitku . Tergamam aku seketika . Kakaknya terus melarikan diri .

Dia cuma melihat dan berlalu pergi . Hatiku panas tiba-tiba . Panas dengan tingkahnya yang langsung tak mempedulikan apa yang terjadi . Aku ambil dompetku dan terus pergi ke arah dia .

"Apa yang dah jadi nie sebenarnya ? Kenapa kakak awak jadi macam tuh ?"

Diam .

"Kenapa awak diam je nie? Kenapa awak biar kakak awak macam tuh? Kenapa?"

Diam . Lagi .

"Awak tahu tak yang kakak awak dah ambil semua duit saya ? "

Diam .

Aku dah mula hilang sabar .

"Awak tahu tak saya dah tak ada duit nak balik U nanti? Dengar tak?!

Tiba-tiba dia melemparkan duit yang dia pinjamkan dari aku sebentar tadi ke lantai .

"Nah , ambil la balik duit ko".

Tu je . Tak pandang aku langsung . Perlahan-lahan aku melangkah ke arah duit itu . Lantas ku kutip dan ku pandang wajahnya . Langsung tak ada riak rasa bersalah . Bagaikan tiada perasaan . Kenapa ?

Aku terus berlalu pergi . Pergi dengan air mata yang mengalir . Pedih rasanya .

Tahun ketiga


Tahun nie aku kena pergi lagi ke kilang itu . Tapi nasib baik aku bukan keseorangan . Majiah dan Hanem turut serta . Dan tahun ini mungkin yang terakhir . Kebetulan dah ada budak baru yang diambil untuk menjadi anak angkat kilang itu . Lagipun, aku taknak terkenang lagi kisah dulu .


Sampainya disana, kami bersembang-sembang berkenalan dengan adik-adik baru kami .

Seusai makan , kami berkumpul beramai-ramai di ruang lobi kilang itu. Dia berhadapan denganku . Aku perasan mukanya masih tetap hensem seperti dulu . Matanya masih cantik dan masih mampu memanah hatiku seperti dulu . Cuma aku perhatikan, yang raut wajahnya lebih matang . Pakaiannya nampak kemas dan segak . Yang itu tak seperti dulu .

"Okeh, sekarang kita nak buat ape?" .

Lamunanku terhenti tiba-tiba apabila mendengarkan suara kakaknya . Ohh ya. Kakaknya sudah kembali seperti masa kami mula-mula berjumpa dulu . Kemas dan cantik . Aku pown tak pasti apa yang terjadi pada kakaknya dulu .

"Kita main game!" Jerit Hanem . Diikuti sorakan riang dibelakang .

"Okeh!! Setuju!! . Ehh , kita nak main game ape?" tanya Majiah pula .

"Hmm . Apa kata kita main game yang masa mula-mula kita main dulu . Kita suruh Juju dengan adik akak main dulu . Diorang terer main game tuh dulu. Okeh tak?"

Aku cuma memandang dia . Melihat reaksi dia . Dia  pun sama memandang aku . Tapi riak wajahnya seolah-olah bagaikan orang yang tiada perasaan . Pandangan matanya kosong . Tapi masih mampu mendebarkan aku .

"Ehh , takpela kak . Saya rasa tak sihat la ." Jawabku pula . Kebetulan, hari tu hari first period aku . Bila-bila masa sahaja sengungut ku akan menyerang.

"La, yeke . Kenape?"

Tiba-tiba Hanem membisikkan sesuatu di telinga kakak Mamat Hensem Mata Cantik itu .

"Ohh. Takpe la. Juju pergi la rehat di atas."

Aku mengangguk dan bangun melangkah pergi ke tingkat atas. Menuju ke tempat itu.

Tempat yang dulunya dia pernah berikan aku kenangan yang cukup manis sudah berubah wajahnya . Tiada lagi kerusi kayu . Sudah digantikan dengan sofa empuk berwarna merah . Mungkin untuk menjaga kebajikan pekerjanya yang berhempas pulas bekerja .

Sampainya di situ, aku terus merebahkan diri diatas sofa empuk itu dan terus melelapkan mata . Seketika kemudian, seorang lelaki datang . Mamat Hensem Mata Cantik .

Dia berhenti sebentar di atas tangga seolah-olah sedang menunggu sesuatu . Terdengar derapan tapak kaki ketika itu . Ohh , Adik Baru rupanya . Dia datang membawa sehelai selimut dah segelas air kosong panas untukku . Mesti Kakak Mamat Hensem Mata Cantik yang menyuruhnya . Mamat Hensem Mata Cantik itu menahan Adik Baru itu . Kemudian, hanya tinggal Mamat Hensem Mata Cantik bersam sehelai selimut dan segelas air . Adik Baru melangkah pergi .

Aku masih lagi terbaring terlelap diatas sofa . Langsung tidak menyedari apa yang berlaku . Mamat Hensem Mata Cantik mula merapati aku . Diletaknya selimut dan gelas air tadi diatas meja . Mamat Hensem Mata Cantik merebahkan punggungnya di sebelahku .

Matanya . Matanya yang cantik itu memandang aku . Terus memandang aku . Aku langsung tak menyedarinya. Langsung tak menyedari Mamat Hensem Mata Cantik sedang memandangku . Tertidur aku tanpa mengetahui apa-apa.

Mamat Hensem Mata Cantik berterusan memandang aku .

**********************************************************************

Okehhh . Sampai setakat itu sahaja . HAHA . Sebenaqnya ini cerita aku pasal mimpi aku masa sehari sebelom exam Enterpreneurship ngn Fiqh Islami tuh . Malam tuh aku mimpi jatuh cinta dengan mamat hensem mata cantik ! Weeee~~~~ HAHA !

Nampak tak betapa terujanya aku . HAHA .

Dalam mimpi tuh aku taktau Mamat Hensem Mata Cantik tu nama apa . So, aku panggil dia Mamat Hensem Mata Cantik ! Sebab apa? Ofkos la mata dia sangattttt cantik okehhhh . Muka dia plak sangaaaaatttt HENSEM ! Bila dia senyum terasa cair abeh hati aku . HAHA . Over !

Yang pastinya dalam mimpi tuh ada aku, Hanem ngan Majiah . Kilang tuh plak dekat kawasan daerah rumah aku . Cuma dia macam berbeza sikit la . Besa la dalam mimpi . HEHE . Nama kakak mamat tuh aku taktau termasuk jugak Adik Baru . Sebab tuh aku buh nickname depa camtuh . Bukan nama sebenaq yee . Aku pown tak pasti Kakak Mamat Hensem Mata Cantik tu kerja apa sebenaqnya kat kilang tuh. Termasuk jugak la Si Mamat Hensem Mata Cantik tuh. Misteri kan. HAHA.

Dan mesti hangpa pelik why dalam cerita tuh ada tahun pertama, tahun kedua dan tahun ketiga kan. Nampak pown macam tergantung jek kan. Sebabnya dalam mimpi aku macam tuh. So, memang cerita ini based on mimpi aku. So, aku cerita camtuh je la. HEHE. 

Tapi sayangnya aku dah tak ingat muka Mamat Hensem Mata Cantik tuh macam mana . Dah muka pown aku tak ingat , ofkos la mata dia pown aku dah tak ingat . HUHU . Yang pasti aku suka gilllaaaaaa tengok dia senyum . Dan mata dia yang cantik tuh . Dalam mimpi tu je la. HEHE . Melting weh !

Bangun pagi tersenyum je aku . HAHA . 

Ehh, tapi dalam cerita kat atas tu takdak la detail sampai macam tuh . Dialog tuh pown sebenaqnya tak wujud pown.  Aku ada la tambah-tambah jugak bagi jalan cerita dia nampak macam best sikit . HEHE . Part mesej tuh betol. Semuanya aku amek 100% dari mimpi aku. Just tambah dialog and ayat kasi best sikit. HEHE.

Ehh, kilang Hock Ki Seng tuh tak wujud tau kat tempat aku. Aku saja ja buh nama tuh. Sebab taktau nak bagi nama apa kat kilang tuh. Kat Kuala Terengganu nie ada la Hock Ki Seng. Tapi supermarket la. HAHA.

p/s: kat mana la nak cari Mamat Hensem Mata Cantik tuh eh . HIHI . 


Wednesday 1 January 2014

Sayonara 2013~ Annyeong 2014!

Assalamualaikum . .

Ari nie dah masuk ari kedua tahun 2014 . Kejap je kan masa berlalu . Tuptup dah setahun dah . Dah bertambah umor setahun lagi . Macam-macam yang terjadi masa tahun 2013 tuh .

Ada maniss sweet sweet sangatttt . .
Ada pahit kelat kelat . .
Ada tawar takde gula . .
Ada masin kaw kaw . .
Ada masam masam buah pelam . .
Ada macam macam rasa . .

Tapi semua tuh . .
Bagi aku satu pengalaman yang takkan dapat dilupakan . .
Bagi aku satu hadiah kenangan yang tetap tersimpan dalam hati . .

Besa la kan hidup di dunia nih . Tak best ar kalo takde yang mencabar kan . HEHE .

Setakat yang aku ingat kisah-kisah yang terjadi masa tahun 2013 nie :

Aku still duduk rumah sewa , tak dapat asrama . HUHU .

# Gaduh-gaduh ngan myBezfriend. HEHE .

Aku tak dapat balik masa kawan baik aku masa sekolah kawen . HUWAAA . .

Kucing kesayangan aku MEK AU pergi tinggalkan kami sekeluarga . HUHU .

Aku masuk acara merejam lembing dalam SAF kat u aku . Dan berjaya pacakkan lembing . Ada improvement la dari tahun lepas. HEHE .

Abang aku kawen . Dapat kak ipaq lagi sorangggg~ Hepyyy~

# Jumpa MR.H banyakkkk kalii . Paling bez masa pesta konvo baru-baru nie. HIHI.

Aku berjaya bawak kereta kat Terengganu ! HOHO .

# Dan sekarang kat umah plak aku berjaya jugak pujuk mak aku bagi aku bawak kereta . Walaupown amek masa jugak nak pujuk pujuk tuh . HEHE .

# Result sem 4 aku sangat terukkk . Harap sem nie dapat improve . Tapi aku asyik leka jek . HURMM .

# Hurmm . Ape lagi ek . Ntah la . Dah tak ingat dah . HUHU .

Aku dah jadi makin pelupa sejak umor makin meningkat nie . HUHU . Takpe la nanti kalo aku dah ingat aku update lagi . HEHE .

Owhh ya . Lupa lak .

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA !!
SEMOGA BAHAGIA SELALU. 
SEMOGA MAKIN BERTAMBAH IMAN. 
SEMOGA SUCCES SELALU . 

p/s: orang lain selalu post pasai azam baru sempena tahun baru . Aku ? Err. Azam aku sama ja macam tahun lepas . Kot . Selagi tak tercapai . HEHE .