Part 2
Seminggu telah berlalu.
Aku kini bekerja separuh masa di sebuah kedai menjual alat telekomunikasi
ataupown bahasa mudahnya, kedai jual henset di kompleks membeli belah terkemuka
di tempatku.
Sedang aku menunggu
pelanggan datang, tiba-tiba aku dihampiri dua orang budak perempuan yang masih
lagi berpakaian sekolah.
“Selamat datang dik. Ada
apa-apa kakak boleh bantu?”tanyaku sambil tersenyum.
“Hai kakak, kami nak
mintak sesuatu boleh?”Tanya pula salah seorang budak perempuan itu.
“Ha? Mintak? Mintak apa?”
“Nak mintak tangkap gambaq
akak. Hehe,”
“Nak gambaq akak? Nak buat
apa?”
“Adalah,”
“Okeh. Done,”tiba-tiba kawan kepada budak perempuan tadi yang dari tadi tidak mengeluarkan suara mencelah.
“Dah? Okeh jom. Tenkiu
akak,”kata budak perempuan yang asyik bercakap denganku tadi sambil tersenyum.
“Hah?” aku terkedu
sebentar. Pening. Apa benda yang budak-budak nie buat nie?
“Akak! Mintak maaf la eh.
Kami Cuma membuat apa yang di suruh je. Sebab kami dah amek upah. Sorry
na,”kata budak perempuan itu lagi.
Aku jadi makin pening.
Disuruh? Upah? Sapa plak suruh depa amek gambaq aku nie. Aku bukan segak pown.
Haish!
Tiba-tiba hensetku
berbunyi. Owh, whatsapp rupanya.aku terus membukanya.
Terbuntang mataku melihat
mesej tersebut.
Gambar aku. Gambar aku
yang budak-budak perempuan itu ambil tadi. Ada 5 keping semuanya.
Aku terus melihat nombor
si penghantar mesej tersebut. Okeh. Aku dah tahu siapa punya keja nie.
<<QHASIFF!! Awak nie memang takde keja eh..suka ati awak je kan...>>
|
|||
Dia menghantar satu lagi
gambar aku. Gambar aku sedang tersenyum semasa budak perempuan itu mula-mula datang.
Oh ya, namanya Qhasif. Umurnya 25 tahun. Itu yang diberitahunya melalui
mesej-mesejnya kepadaku.
|
||||
<<Okeh..Jom..>> | ||||
<<jom?>> <<jom jumpa..saya nak jumpa awak sekarang..>> <<Yeke..Alhamdullillah2x..akhirnya nak jugak awak jumpa saya kan..>> <<tunggu dekat tangga tepi lif..aras nie..>> <<Okeh sayang.. =D =D>> |
Setelah
aku meminta izin kepada boss aku, aku terus berlalu pergi ke tempat yang
dijanjikan.
Dari
jauh aku sudah Nampak kelibat dia yang sedang menyandar di dinding sambil
melihat hensetnya.
“Assalamualaikum.
Sorry lambat sikit,”
“Wa’alaikumussalam.
Takpa. Saya paham,”balasnya sambil mendongak kepalanya memandang aku dan tersenyum.
Aku
mula pelik bila memandang wajahnya. Wajahnya pucat sekali. Bagaikan tiada
darah. Takkan jumpa aku pown boleh pucat macam nie? Dengan dahinya berpeluh.
Dah kenapa dia nie?
“Eh jap, kenapa muka awak pucat nie? Tak sihat
eh?”
“Ehh,
takda apa la. Sihat ja,”balasnya sambil terus memalingkan mukanya ke arah lain.
Aku
terus memandangnya.
“Muka
pucat sangat tu. Takkan jumpa saya terus pucat muka tu? Berpeluh-peluh pulak
tu”
“Haha.
Awak dah makan? Jom kita makan?”
“Awak,
saya Tanya nie. Awak sihat ke tak?”
“Sihat,”
“Yeke
nie?”
Belum
sempat dia menjawab, dia sudah mula rebah ke lantai. Nasib baik lah aku sempat
menyambutnya. Aku terus menjerit meminta tolong orang yang lalu disitu sambil
memanggil-manggil dia. Cuba untuk sedarkan dia.
Sudah
hampir satu jam dia dirawat. Aku hampir-hampir menangis. Tak tahu nak buat apa.
Ibu bapanya pown sudah sampai menunggu bersama aku di hospital. Aku hanya mampu
menenangkan ibunya. Walaupown aku tak kenal ibu bapanya sekurang-kurangnya
dapat la aku meredakan kesedihan mereka. Bapanya pula duduk berhadapan dengan
kami sambil mulutnya tak henti-henti berzikir.
Seketika
kemudian, doctor mula keluar dari bilik rawatan itu dan kami terus menerpa ke arah
doktor itu.
“Anak
puan tak ada apa-apa. Biarkan dia berehat dulu,”
“Terima
kasih doctor,”balas ayah Qhasiff.
Aku
menarik nafas lega. Ibunya terus memeluk aku dan aku membalasnya kembali.
“Jom,
kita turun makan dulu. Jue ikut la sekali. Boleh jugak bersembang kenal-kenal
sekali,”kata ayahnya kepadaku sambil tersenyum.
Aku
hanya menangguk sambil memandang wajah ibu Qhasiff. Ibunya turut tersenyum.
Seusai
makan dan bersuai kenal dan tentulah bercerita tentang perkenalan aku dengan
Qhasiff, kami terus pergi ke bilik Qhasiff. Qhasiff masih lagi tidak sedarkan
diri.
“Mak
cik, pak cik. Pergilah rehat dan solat dulu. Biar saya tengokkan Qhasif,”kataku
kepada ibubapa Qhasiff. Kasihan melihat wajah mereka yang kepenatan dan risau
tentang keadaan anak mereka.
“Kalau
macam tu, Mak cik dengan pakcik nak pergi solat dulu. Terima kasih ye,”kata
mereka sambil berlalu pergi.
“Sama-sama
mak cik, pak cik,”
Aku
duduk dihujung katil sambil melihat Qhasiff. Perasaan aku bercelaru. Setelah
mendengar cerita ibubapanya, aku tak pasti apa yang aku rasakan sekarang.
Menurut
cerita ibubapanya, Qhasiff menghidap penyakit yang membawa maut. Mereka sendiri
tidak pasti berapa lama lagi Qhasiff boleh bertahan. Katanya lagi, penyakit ini
dikesan ketika Qhasiff sedang belajar di sebuah university. walaupown dia
Berjaya menghabiskan pengajiannya, tetapi disebabkan kesihatannya yang semakin
merosot, dia tak mampu bekerja. Dia hanya mampu membuat kerja-kerja yang tidak
membebankan dirinya.
Dan
dari ibu bapanya la, baru aku tahu semasa kali pertama aku berjumpa dengannya
ketika majlis anak-anak OKU dulu, dia adalah salah seorang sukarelawan dan
penjaga anak-anak OKU tersebut.
Memang
patut la aku tak pernah berjumpa dengannya dulu.
Ibunya
memberitahuku yang dia terkejut bila mengetahui Qhasiff berkawan denganku.
Katanya, selama ini dia tidak pernah mendengar Qhasiff bercerita tentang
perempuan atau berkawan dengan perempuan apatah lagi sejak dia disahkan
menghidap penyakit itu. Di universitinya pula, dia memang tak berkawan dengan
perempuan disebabkan dia mengambil jurusan kejuruteraan yang kesemua budak
kelasnya lelaki. Tetapi sejak Qhasiff pulang dari sebuah majlis berbuka puasa
di sebuah syarikat minggu lepas, dia ada memberitahu tentang seorang budak
perempuan. Dan itulah pertama kali ibu Qhasiff mendengar Qhasiff bercerita
tentang perempuan.
Tiba-tiba aku terasa sesuatu bergerak.
Mematikan terus segala ingatan aku tentang perbualan aku dengan ibu bapanya
tadi. Aku memandang Qhasiff.
Dia
tersenyum ke arahku.
“Qhasiff,”aku
memanggil namanya sambil berjalan merapatinya.
“Hai
sayang,”dia membalas panggilanku sambil tersenyum.
“ish!
Sakit-sakit pown sempat lagi. Nie mak ayah awak ada kat surau. Solat. Nanti
depa mai sini,”
“okeh
sayang,”
“Kenapa
awak tak bagi tahu saya yang awak sakit?”
“Saja.
Awak?”
“hmm,”
“Kita
kapel nak?”
“Ish!
Dah sakit-sakit pown ada hati nak bercinta lagi. Gatai la awak nie,”kataku
sambil mencucuk pinggangnya.
Dia
cuba mengelak sambil tersenyum.
“Okeh,
kalau macam tu kita kawen,”
Aku
terdiam. Aku tak tahu nak menjawab ya atau tidak.
Bersambung....