Showing posts with label memori. Show all posts
Showing posts with label memori. Show all posts

Wednesday, 1 January 2014

Sayonara 2013~ Annyeong 2014!

Assalamualaikum . .

Ari nie dah masuk ari kedua tahun 2014 . Kejap je kan masa berlalu . Tuptup dah setahun dah . Dah bertambah umor setahun lagi . Macam-macam yang terjadi masa tahun 2013 tuh .

Ada maniss sweet sweet sangatttt . .
Ada pahit kelat kelat . .
Ada tawar takde gula . .
Ada masin kaw kaw . .
Ada masam masam buah pelam . .
Ada macam macam rasa . .

Tapi semua tuh . .
Bagi aku satu pengalaman yang takkan dapat dilupakan . .
Bagi aku satu hadiah kenangan yang tetap tersimpan dalam hati . .

Besa la kan hidup di dunia nih . Tak best ar kalo takde yang mencabar kan . HEHE .

Setakat yang aku ingat kisah-kisah yang terjadi masa tahun 2013 nie :

Aku still duduk rumah sewa , tak dapat asrama . HUHU .

# Gaduh-gaduh ngan myBezfriend. HEHE .

Aku tak dapat balik masa kawan baik aku masa sekolah kawen . HUWAAA . .

Kucing kesayangan aku MEK AU pergi tinggalkan kami sekeluarga . HUHU .

Aku masuk acara merejam lembing dalam SAF kat u aku . Dan berjaya pacakkan lembing . Ada improvement la dari tahun lepas. HEHE .

Abang aku kawen . Dapat kak ipaq lagi sorangggg~ Hepyyy~

# Jumpa MR.H banyakkkk kalii . Paling bez masa pesta konvo baru-baru nie. HIHI.

Aku berjaya bawak kereta kat Terengganu ! HOHO .

# Dan sekarang kat umah plak aku berjaya jugak pujuk mak aku bagi aku bawak kereta . Walaupown amek masa jugak nak pujuk pujuk tuh . HEHE .

# Result sem 4 aku sangat terukkk . Harap sem nie dapat improve . Tapi aku asyik leka jek . HURMM .

# Hurmm . Ape lagi ek . Ntah la . Dah tak ingat dah . HUHU .

Aku dah jadi makin pelupa sejak umor makin meningkat nie . HUHU . Takpe la nanti kalo aku dah ingat aku update lagi . HEHE .

Owhh ya . Lupa lak .

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA !!
SEMOGA BAHAGIA SELALU. 
SEMOGA MAKIN BERTAMBAH IMAN. 
SEMOGA SUCCES SELALU . 

p/s: orang lain selalu post pasai azam baru sempena tahun baru . Aku ? Err. Azam aku sama ja macam tahun lepas . Kot . Selagi tak tercapai . HEHE .

Friday, 11 October 2013

Keinginanku~

Assalamualaikum . .

Sihat ? Aku sihat Alhamdullilah . Sebenaqnya aku taktau nak post apa kat sini . Kekeringan idea . Aku siap google nak cari idea tapi sikit pown takdak yang menarik hati aku . Ntah la . Boring sebenaqnya . Hurmmm .

Tapi takpa la . Aku nak cerita pasal keinginan-keinginan aku pada sewaktu dahulu . Ceeewaahh . Haha . Dulu aku ada la beberapa keinginan yang aku nak penuhi . Tapi selalunya kekangan masa dan beberapa sebab yang menghantui aku. Antaranya la kan :

Teringin nak buat cerita ala-ala novel.

Aku penah teringin nak buat novel . Tapi yang tu dulu la . Maybe sebab selalu dok baca novel kan . So, jadi teringin la nak buat cerita sendiri . Kan~ Tapi macam besa la bila idea mai je, mula la mengarang tuktaktuktak jari dok menaip kat keyboard . Lepas tu, kering idea terus mati kutu tak sambung-sambung dah citer aku tuh . Hahaha .

Dan lagi satu aku penah try dah karang satu cerita nih . Tapi cerita tuh dah hilang sebab laptop aku kena format . Huhu . Dan juga menjadi salah satu sebab aku terus hilang minat nak buat novel . Huhu . Sekarang nie dah takdak masa nak tulis-tulis novel ke cerita ke apa-apa ja la . Sebab dok sibuk buat lab report . Lab report dan lab report . Huhu .

Teringin nak menjadi seorang photographer .

Time aku matrik dulu, aku dan kawan baik aku Nina, sukaaaa sangat tangkap-tangkap gambaq . Nina la punca aku suka amek gambaq nih sebab dia pown pandai amek gambaq gak . Serius time tu kalau buat apa-apa tangkap gambaq . Dan aku suka tangkap gambaq candid dan ofkos la syok sendiri punya gambaq kann . .Elehh . .hgpa pown penah buat kannnn . . sekarang pown tengah buat kannnn . .

Time dulu-dulu tangkap gambaq guna enset ja . Tapi henset besa-besa la . Tak macam sekarang . Canggih-canggih benorrr , siap boleh edit bagai sampai muka hat berjerawat pown boleh nampak fulus mulus gitu haaa . Pastu siap ada aplikasi macam-macam contohnya Instagram la, nak edit2 kamera 360 la . Kira macam-macam la .Eh, macam dah lari tajuk . Okeh-okeh .

Tapi la nie aku macam dah tak minat nak tangkap gambaq dah . Maybe sebab dah lama tak pegang kamera dannn disebabkan aku cuma pakai henset yang cikai-cikai ja, kamera pown vga punya . So, memang dah tak tangkap-tangkap gambaq dah . Dulu pown pinjam henset sony Nina punya . Haha . Dulu kan henset sony, kamera dia boleh tangkap gambaq memang cantik-cantik walaupown cuma 2mp ja kan . Huhu .

Teringin nak main gitar.

Aku teringin nak main gitar sebab Nina jugak . Nina pandai main gitar dan dia penah main depan aku . Aku suka gila tengok jari jari depa bila main gitar . Dannn sebenaqnya sampai sekarang aku nak sangatttt main gitar . Aku suka la kalau aku da satu macam kemahiran yang aku boleh buat . Macam contoh main gitar la .

Maybe bagi sesetengah orang akan kata,

"Daghi hang dok teringin nak blajaq main gitaq, baik hang pi blajaq masak ka, kemas ghumah ka, takpown pi mengaji nuh. Dapat gak pahala ."

Tapi bagi aku , aku nak sebab . . alaa macam aku cakap kat atas tadi . Mungkin macam buang masa tapi aku suka . Sebenaqnya aku taktau nak explain macam mana . Huhuhu . Dan aku pown tak mampu nak beli gitar . Daripada aku perabeh duit beli gitar baik aku simpan kan . Ye dokk .


Teringin nak cipta lagu
Disebabkan aku teringin nak main gitar, jadi lahir la keinginan aku yang nie. Teringin nak cipta lagu . Jangan tanya aku sebab apa . Sebab aku sendiri pown tak paham kenapa aku nak cipta lagu . Padahal kalau nak nyanyi suara aku bukan sedap pownn . Ngaku awal-awal . Hehe .

Okeh . Setakat nie je la yang aku mampu nak cerita . Aku rasa ada banyak lagi . Tapi tak ingat plak . Tapi kalau nanti aku ingat, aku buat siri kedua plak . Hahaha . Till then . Byeee~

p/s: dari taktau nak tulis apa , dah berjela terus aku punya entry . Haha . Eh , awat intro aku macam skema je ayat . Hurmm . .

Sumber gambar: Google

Friday, 23 August 2013

Nie Kisah Cinta Mak Saya~

Assalamualaikum..

Tinggal beberapa hari ja lagi sebelum nak balik u dah . Huhuhuh . Tapi takpa la, cuti yang masih berbaki nie manfaatkan cukup - cukup . Nanti balik u jadi homesick lak kang . Sapa susah ? Aku jugak . Huhuhu . Ahhhh . La nie aku nak citer pasal kisah cinta mak aku . Hehehe . Tetiba teringat masa tengah sembang2 ngan mak arituh..

Aku da tanya mak, macam mana boleh kenal arwah ayah . And macam mana boleh kawen ngan arwah ayah .
Pastu terus nampak muka mak time tuh macam malu2 . Comell..

Mak mula2 macam berat gak nak citer kat aku . Tapiii nak tak nak kena cerite la kat aku .

Mak cakap masa mula2 dulu, mak tak kenal pown ayah . Tu suma keja tokwan . Mak dulu tak pikiaq sangat pown pasai kawen2 nih . Walaupown time tuh mak teh, adik mak dah kawen dah, dan dah ada anak 2 dah kott . 

Pastu da satu ari tuh, tetiba tokwan bagitau kat mak yang ada org dah mai merisik dah . Tok wan pown berkenan kat budak laki tu ha . Ayah la tuh . Hehehe . Mak tak cakap apa la . Terima je la . Sebab mak nie jenis dengaq cakap . Masa tu la tokwan bukak cerita yang sebelum ni pown da orang nak mai masuk meminang mak . Tapiii tokwan takmau sebab orang tu macam tak betoi cket . Bukan gila ehh . Tapii macam terencat cket . Huhuhu..

Kebetulan plak time tuh, da la pak sedara belah ayah nih tengah cari calon tuk ayah . Kenai plak ngan tokwan . Sooo, tokwan apa lagi terus la nak jodohkan mak n ayah . Depa pown bincang2 la sama2 depa nak jodohkan ayah n mak . Hehehe . Mak cakap tokwan terima sebab takot ngan orang yang nak kat mak tu . Orang tu iya2 sangat nak kat mak .

Mak plak memang taktau apa langsung, yang tokwan maybe kenai dah kott ngan ayah . Tu yang berkenan sangat ngan ayah aku tuh . Tapii aku taktau la . Aku tak penah tanya n takkan dapat tanya pownn . Huhuhuhu . 

Lepas tu kawen la ayah n mak . Mak cakap first time jumpa ayah time nak akad nikah la . 

Bila aku tanya macam mana perasaan mak bila menikah ngan ayah . Mak aku cakap

“ala, nak rasa apa..kawen ja la..hehe”

Tapi  tengok muka mak masa cakap tu macam bahagia gila . Tersenyummm n gelak2 je . Sangat2 bahagiaaa…

Pastu mak citer lagi, masa sebulan pertama lepas kawen tuh kan mak still dok umah tokwan lagi . Ayah plak dok kat umah dia la, sebab keja kat sana . Dan sepanjang sebulan tuh, ayah jarang gila nak mai jumpa mak . Sebab maluuuu . Hahahah . Kat part ni aku gelak gila2 . Sweet benorr ayah nih . Maluuu nak jumpa bini sendiri . Sampai tokwan pown dok pujuk dia . Hahaha . 

Pastu dah okeh dah lepas mak pindah dok ngan ayah . Hehehe . Masa lepas dapat abang yang sulung tuh . Mak aku selalu balik kampong n masa abang umoq nak dekat 2 tahun, dia takleh nak jalan lagi . Mak aku plak tak larat nak dukung . Yela dah besaq dah kott . Jenuhla mak aku nak dukung je kan . Dah la balik naik bas pastu nak jalan jauh lagi pi umah tokwan . 

Soo, mak n ayah akan pegang tangan abang sorang sebelah pastu pimpin abang  jalan sampai kat umah tokwan tuh . Macam dalam gambaq nih la . Kottt . :P


Sepanjang jalan nak pi umah tokwan tu ada sawah padi .  Sooo, aku bayangkan macam sweet jee mak n ayah wat camtu. Macam hepy family . Ditengah2 sawah padi berjalan berpimpinan tangan anak . Hehehehe..

Lepas2 tuh mak cerita plak  pasai kenakalan kami suma masa kecik2 . Tapi aku ja baik . Hahahahahaha..

Okeh . Pasai nakal2 tu xyah cerita la . Hehehhe . 

Okeh la . Setakat nih je dulu . Bye…

Assalamualaikum . .

Wednesday, 21 August 2013

Raya weh !

Assalamualaikum..

Walaupown dah berapa hari dah , hari raya dah berlalu, tapi kali nie aku nak cerita pasal sambutan hari raya dari aku kecik sampai la aku dah besaq . Dulu masa aku kecik2 dulu, perghh.. hari raya la hari yang paling ditunggu2 . Walaupown time tuh punya bukan main liat lagi nak posa. Besa la kan budak2 . Hehehe..Bagi aku suasananya tetap meriah walaupown ada perbezaannya . Tambah2 lagi beraya kat kampong kan .

Kampong aku nih luas, tapi bukan jenis rumah yang rapat2 dan banyak2. Tapi lebih kepada jenis berkelompok. Macam kat area rumah kami nie Cuma da dalam 8-9 buah rumah je. Dalam area nih, da satu kedai runcit , tokey dia laki bini yang kami panggil Tok Wan Kedai dan Tok Kedai . Depa dua orang nih yang paling tua kat kawasan tuh dan kami semua anggap macam ketua kampong la . Dan permulaan aku start posa penuh nih sebab Tok Wan Kedai la . Tak silap aku masa start aku umur 6 tahun aku dah posa penuh . Sebabnya masa tu Tok Wan Kedai kat umah aku tuh offer kat suma budak2 kat kawasan tuh , kalo kami suma posa penuh dia nak bagi duit raya sorang seringgit . Sapa yang tak posa penuh tuh dapat 50 kupang ja . Masa dulu2 duit seringgit tuh dah macam duit sepuluh ringgit tau tak . So , semata2 nak dapat duit tuh aku pown posa penuh la . Pastu nanti bila pi raya kat umah Tok Wan , sapa2 yang tak posa penuh tuh memang kena la nanti , kena gelak satu rumah , siap kena ejek lagi , macam2 la . Hahaha.. Bila ingat balik , serius sangat bez anad meriah gilaaa…

Pastu masa zaman budak2 memang tak sah la kalo tak main mercun takpown bunga api . Tapi aku Cuma main bunga api je la , sebab abang2 aku tak bagi aku main mercun kalo tak takmau bawak aku keluaq . Huhuhu.. Bezznya dulu , sampai siap berperang dengan yang dok sebelah kawasan umah kami nih . Macam jenis mercun ada, mercun bola, mercun teluq naga, mercun gurih, mercun lada, mercun roket, mercun ketupat, mercun katak, dan macam2 lagi la . Tapi dulu tak la dengaq macam2 yang budak2 cedera kena mercun la, mati kena mercun la, tak macam sekarang nih . Kreatif tak bertempat, punya nak main mercun lain dari orang len start cipta mercun sendiri pastu meletop kebaboom ! hilang jari tangan habis . Tak beraya la depa pastu menyusahkan makbapak lagi la . Sedihsedihsedih.. dah2 jangan main2 mercun lagi yer adik2, abang2, bapak2..

Lain plak bagi geng2 yang sebaya dengan abang aku selalu depa main meriam tanah . Dulu main kat belakang umah aku ja, kat ladang kelapa sawit . Aku selalu pi tengok, bezzz, tapi bingit telinga bila kebabomm ! Dengaq bergegaq  satu kampong . Start ja esok nak posa, petang tuh dah dah dengaq bunyi meriam dah dan sampai la hari raya pown dok dengaq lagi . Kadang2 depa dok berperang plak ngan geng lain . Kononnya nak lawan meriam sapa bunyi paling kuat . Selalu abang aku no 2 and the geng la yang dok main meriam2 nih..

Disebabkan masa dulu kami nih orang susah, nak beli pelita tak mampu sangat . So, abang aku no.2 pi cari buluh pastu wat pelita . Memang bezz arr, bercahaya rumah aku . Dulu2, kat kawasan rumah aku memang meriah dengan pelita, terang benderang ja tengok . Tapi sekarang cuma tinggal rumah jiran aku sorang ja yang pasang pelita . Kami tak pasang pown, lebih2 lagi sejak ayah aku meninggal . Rumah jiran2 aku yang len pown tak..

Time raya dulu2, arwah ayah la yang paling sibuk sekali . Dia la yang sibuk nak bershopping . Dia la yang dok sibuk nak kemas hias rumah . Dia la yang dok sibuk nak wat kek kuih raya . Sampai beli buku resipi siap . Tiap kali raya, arwah ayah mesti akan masak something special macam nasi beriyani, nasi bukhari, nasi tomato la, sate la dan macam2 la . Dan disebabkan aku kalut dok pi beraya rumah orang, bila balik rumah dah abeh dah makanan special tuh, yang tinggal macam besa la kuih, rendang, ketupat . Tu jaa.. Huhuhu.. Tak sempat nak merasa.. Bila bab2 hias rumah plak arwah ayah jugak la yang buat . Arwah ayah suka letak pokok bunga dalam rumah, dia la yang angkat masuk rumah susun elok2 . Tapi bukan pokok bunga yang comel2 kecik2 tau . Yang nie yang dah besaq dok tanam dalam pasu kat luaq rumah tuh . Arwah ayah jugak la yang tanam . Mak plak lebih kepada makanan tradisional macam buat kuih samperit, kuih siput, kuih Loyang, ketupat. Macam arwah ayah suka buat kuih2 moden. Mak  dulu rilek je bila nak raya, sebab semua benda arwah ayah yang nak buat . Mak aku bizi buat ketupat jer . Bila ingat balik semua tuh rasa rindu sangat kat arwah ayah. Terbayang2 balik kenangan suasana raya dulu.. Huhu..

Rumah aku akan jadi rumah first bebudak nak beraya and berkumpul sebelom pi beraya kat rumah orang len . Sebabnya rumah aku bagi duit raya banyak , RM 2 sorang . Rumah orang lain suma seringgit jek . Dua ringgit tu dulu banyak tau . Hahaha . Aku plak dulu lepas ja siap2 pkai baju raya , tunggu depa suma mai raya rumah aku pastu pi la beraya kat rumah Tok Wan Kedai dulu . Pastu beraya kat rumah semua jiran2. Haa.. Pastu pakat pi berjalan beraya sakan la . Sampai kan bila satu tahap tu, Cuma minum ayaq ja, takmau dah makan kuih ka, ketupat ka, sebab kenyang sangat . Kadang2 mintak duit raya terus ja..hahaha…

Bila dah puas beraya, balik dok kira duit raya pastu dok banding dengan abang2 aku sapa dapat duit paling banyak. Tapi ofkos la depa yang paling banyak sebab bukan main jauh lagi beraya mentang2 la nek basikal . Aku raya dekat2 ja sebab jalan kaki . Nanti jalan jauh2 tak larat plak nak patah balik . Heheh . Start aku masuk sekolah menengah aku dah tak pi beraya dah . Setakat dekat2 rumah je , dah baligh dah masa tuh . malu la  cheq nak pi beraya macam budak2 dulu . Hehehe . Pastu petang raya tuh plak pi beraya dengan family plak . Pi rumah sedara mara sampai la malam . Disebabkan tok nenek  belah mak aku dah takdak dan tok belah ayah aku plak duduk jauh kat Pahang, kami tak penah pi sana . So, takda la istilah balik kampong lagi . Huhuhu . Kadang2 sampai raya ketiga pown dok pi beraya umah sedara mara lagi . Hmmm..rinduuuunyaaaa zaman duluuuu…

Tapi sejak arwah ayah dah meninggal . Meriah raya tuh tetap rasa tapi tak sama macam masa arwah ayah masih ada . Lain sangat rasanya . Rasa macam ada something yang tak lengkap . Macam ada yang hilang , buat la macam mana pown tetap rasa kehilangan tuh . Persediaan nak sambut raya pown tak semeriah dulu . Dah takdak lagi buat kuih raya sendiri , dah takdak lagi pelita yang terang menerangi kawasan rumah , even abang aku pown dah tak main meriam dah . Kuih raya suma beli , rumah juz kemas macam biasa ja . Takdak nak hias2 macam dulu . Hmmm .

Tapi dah nama pown hari raya, mesti la tetap meriah kan . Cuma bezanya sekarang tiap kali raya dapuq la tempat aku . Tukang bancuh ayaq, potong ketupat, bubuh kuih, basuh pinggan cawan . Hehe . Letih tu memang letih . Tapi bila tengok ramai yang datang rumah . Terasa la kemeriahan hari raya tuh dan letih tuh pown beransur hilang jugak . Kadang2 sampai hari raya ketiga pown tak sempat nak pi mana sebab ramai yang datang rumah . Mak pown tak menang tangan nak layan tetamu yang mai . Sampai takdan nak rehat langsung .

Raya kali nie pown sama . Cuma bezanya aku cuma sempat pi raya rumah kawan aku sorang ja . Huhuhu . Sebab takdak transport n kawan aku pown ada yang dah kawen, ada yang dah keja . So paham2 je laa . Huhuhu . Dulu depa la dok mai amek aku pastu pi beraya kat umah kawan2 yang len . Bezzz sangat . Nie aku tengah blajaq lagi . Nanti dah start keja taktau la camna kann .

Mesti hangpa pelik kan , sebab takdak satu gambaq pown dalam entry nih . Sebenaqnya , aku tak sempat nak tangkap gambaq pown . Nak pi beraya pown takdan . Serius . Betoi . Tak tipu . Huhuhu . Anyway , selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin . Kepada sapa2 yang mengenali saya , kalo ada salah dan silap harap dimaafkan . Peace yow !

Okeh , Assalamualaikum . .



p/s : sepatutnya entry nie yang post dulu sebelum entry penganggur tuh , tapi terlupa plak pasai entry nih  . Entry nih dok dalam save dalam draft brape hari dah . Huhuhu . Tapi biaq ja la . Sama jek . Hehehe .
 Siap ucap selamat hari raya dua kali aku . Bhahaha . . 

Monday, 1 July 2013

Mek Au...

Assalamualaikum..

holaaa..yesss..akhirnya cuti sem bermula jugakk..hihi
tapi cuti sem nie la yg paling menyedihkan dalam hidup aku..
sebab kucing yang terakhir arwah ayah aku bela..
yang paling aku sayang sekali Mek Au matiii..huhuhuhu

aku balik 22/6 ari tu..Mek Au plak mati 23/6..keesokannya..

malam terakhir tuh Mek Au seolah2 dah tunjuk yang dia maybe dah nak pergi dari hidup kami...

sebabnya..

Malam tuh aku goreng la kopok lekor sebab abang aku nak makan..dan masa makan tuh..aku bagi la Mek Au makan gak..tapi masa bagi Mek Au makan kopok lekor tuh..dia makan banyak gila..selagi aku bagi kat dia..selagi tu la dia makan samai abeh..padahal selalunya dia makan cket ja sebab gigi dia dah takdak..so susah cket la dia nak *tokak kopok lekor tuh..bila dia takmau dia akan tinggai blah macam tuh jek..wat sakit hati bila dia buat muka tak bersalah bila aku panggil dia perabeh kopok tuh..
*gigit

pastu kan malam tuh Aidil mai umah aku..Aidil nih budak kecik umo dalam 1-2 tahun..kott..adek kawan adek aku..selalu mai umah aku..selalunya bila da budak2 kecik mai umah aku..Mek Au nie akan lari keluaq..sebab maybe dia takot budak2 nih tarik bulu or telinga dia ka..kan..tambah2 lagi si Aidil ni la..tapi malam tuh..Mek Au tak lari pown..dia dok watlek je walaupown Aidil dok mai acah2 dia..diam jek kat situ..padahal seblom nih..kalo dengaq ja sora budak2 teruih dia lari keluaq..malam tu ja takk..huhuhu..

Then, pagi tuh..tetiba ja abang Ee aku tegoq kata Mek Au pelik ja macam sesak nafas dok bawah pokok dengan lidah dia terjelir2..ayaq liuq dia plak dok meleleh2..masa aku tengok tuh..aku rasa macam dah sebak gila..sebab first time nampak dia macam tuh...masa tuh aku terpikiaq jangan la jadi pa2 kat Mek Au..

Pastu mak aku suruh la aku angkat Mek Au masuk dalam reban ayam yang dia selalu dok kalo penyakit gatai kulit dia mai serang...kami semua taktau pasaipa Mek Au jadi macam tuh..pastu abang Ee aku tanya kawan dia..kawan dia cakap maybe Mek Au da termakan racun kott...so kami pown bagi la Mek Au tuh minum ayaq nyok..kawan abang aku cakap ayaq tuh leh lawan racun tuh..

Masa Mek Au tengah dok sakit nazak macam tuh..aku rasa sedih gilaa..tapi aku tahan la takmau nangis..huhuhu..aku dok pi jenguk dia dari pagi sampai la malam...even dia mati pown betoi2 depan aku..terseksa gila tengok Mek Au terseksa dok sakit macam tuh...tiap kali aku pi jenguk dia..aku akan panggil nama dia kuat2..sebab bila aku panggil dia macam tuh...dia akan meoww balik lagi kuat dari aku panggil dia...lagi kuat aku panggil nama dia..lagi kuat dia dok meowww kat aku..hahaha..tapi ari tuh..bila aku panggil dia..dia juz kelipkan mata dia dan gerakkan telinga dia ja..pastu dia akan pandang aku seolah2 nak bagitau yang dia sakit sangat2..pastu aku nampak da ayaq mata mengalir dari mata Mek Au..setiap kali aku panggil dia..setiap kali tu la yang dia wat kat aku..takdak lagi dengaq sora dia yang nyaring tuh..

Ya Allah..hanya Allah ja yang tau betapa sedih dan sebakknya aku tengok Mek Au camtuh...macam mana Mek Au terseksa..macam tu jugak la hati aku terseksa..

Masa dia nak mati tuh...dia muntah2..aku ingat dia dah nak okeh dah..tengok2 dia makin lemah..pastu masa aku pegang dia..dia dah senyap dah..mulut dia pown dah tertutup dah..aku try rasa jantung dia..tapi dah takdak rasa apa2 dah..masa tuh aku tahan ja ayaq mata aku dari jatuh...rasa macam tak percaya ja Mek Au dah matii..

Pastu teruih aku abaq kat mak aku..tetiba mak aku cakap camnie..

"Mek Au nak mati pown dia tunggu hang balik gak kak..dia nak tengok hang dulu..dia dah tau dah la tu dia nak mati.."

aku apa lagi teruih masuk bilik menangis arr...ayaq mata aku tak berenti turun tiap kali aku teringat kat Mek Au..tapi aku rasa terkilan jugak la..

sebabnya..

malam tu Mek Au nak manja2 ngan aku..tapi aku marah2 dia..pastu aku kata kat dia belemoih..comot..huhuhu..tapi bukan marah betol2 pown..sebabnya time tuh aku tengah dok goreng kopok lekor..Mek Au plak dok tenyeh2 pala dia kat aku..aku takot nanti aku tersepak pala dia..sebab tu aku marah..huhuhu..

and sekarang dah seminggu dah pown Mek Au mati..dan setiap kali aku teringat kat dia..setiap kali tu la aku menangis..start dari Mek Au mati tuh... 3 malam aku nangis..betapa aku rindu kat dia..setiap malam terbayang2 Mek Au..sebab tiap kali aku nak tidoq mesti aku bagi Mek Au makan dulu..lepas tuh baru tidoq..selama nih pown aku yang dok bagi Mek Au makan..so bila aku makan nasi...nak bagi sisa ikan tuh dah tak boleh dah..huhuhu

Sekarang nih aku rasa yang paling rindu kat Mek Au..mak aku la..sebab tiap kali da lauk yang tak abeh..mak aku mesti cakap camnie..

"tak leh bagi kat Mek Au dah sebab Mek Au dah takdak.."

kalo tetiba da tikus dok lari2 kat celah almari..mak aku akan cakap

"Mek Au dah tak leh tangkap tikus dah la sebab dah mati dah.."

Boleh kata sepanjang seminggu nih..ada ja mak aku cakap pasai Mek Au..nampak sangat mak aku pown rindu kat Mek Au..mak..Ooo makk..hehehe..

Walaupown Mek Au cuma seekor kucing..tapi kami suma sayangggg sanggaaatttt2 kat dia..kehilangan dia memang bawak kesan dalam hidup aku n kami suma..sungguh aku rindukan Mek Au..huhuhu..damailah kau disana Mek Au..takpe..maybe Mek Au nak teman ayah plak kat sana..dah puas main2 ngan kami kan..so..dia nak main2 ngan ayah plak..hehehe..

Huhu..ayaq mata aku still menitik2 lagi masa tulis entry nih..bila terbayang balik seksanya Mek Au time tuh...huhuhu..
pap2 pown..Mek Au tetap dalam ingatan kami...
luv uuu..

p/s: maybe ni la salah satu ujian yang Allah turunkan kat kami...nie baru amek Mek Au..aku dah jadik camni..kalo Allah amek salah sorang dari kami..aku takleh bayangkan apa yang akan jadi...


Assalamualaikumm..

Wednesday, 22 May 2013

selamat hari lahir sahabatku

Selamat hari lahir sahabatku...
Semoga panjang umur dan dirahmati…
Semoga dimurahkan rezeki dan diberkati…
Dan semoga dipermudahkan segala urusan…
Semoga hari harimu yang mendatang adalah hari-hari yang terindah buatmu…
Semoga hari-hari yang mendatang  lebih membahagiakanmu.. insyaAllah... 
walaupown  rintangan mendatang..
walaupown ujian datang menduga..
janganlah kau goyah…
janganlah kau gentar…
Tabahlah mengharungi segala ujian yang Allah berikan... 
Anggaplah itu hanya suatu dugaan untuk  menguatkan imanmu..

Selamat hari lahir…
Ikhlas dari hati seorang teman…
Terima kasih atas setiap kebaikan…
Terima kasih atas segala-galanya..
Moga persahabatan kita akan terus berkekalan..
Maafkan diri ini yang serba kekurangan..
Yang kadang-kadang sering melakukan kesilapan…
Berbahagialah selalu dalam rahmat Ilahi…
Di dunia dan di akhirat nanti…
Amin..
"I wish you all the best..."
“And may Allah bless u...”
Sekali lagi…
HAPPY BIRTHDAY NINA... ^_^
18/4/2013


 # sebenarnya dah lambat post..huhu
terlupa nak update..

Friday, 8 March 2013

my bezfren..=)


Assalamualaikum..


Ermmm..hari nih aku Cuma nak citer pasal kawan aku kat matrik..my bestiee..nama dia Nina Syamimi Syamsudin..
 Nina Syamimi 
(mybezfren)

kat matrik aku n nina satu klaz masa sem 1..H5T5..aku ingat lagi masa first time kami jadi rapat..masa tu ada lab..aku dok kat tepi dia..n then tetiba dia tunjuk something kat aku..

Nina: ju..hensem tak dia nih?
Aku: hensemmm...pakwe hg ka?
Nina: aah..tapi kami dah break dah semalam *muka slumber takda perasaan*
Aku: hah? *terkejut*

Time tuh aku memang terkejut gila..bukan terkejut yang dia dah putus cinta..tapi terkejut tengok cara dia tuh..muka dia macam slumber gila..seolah2 benda tuh small matter jek..yela..selalunya orang yang putus cinta nih kan selalu sedih2..murung jek..takdak mood..tapi dia besa jer?? Perghh..

Tapi kan..pastu start ari tuh la aku rapat ngan diaa..setiap kali nak pi klaz..selalu pi ngan dia..kadang2 aku tidoq kat bilik dia..kadang2 dia mai tidoq kat bilik aku...nina nie pandai bancuh ayaq n wat maggi..kalo nak tau maggi dia lah yang paling sedap..walaupown juz rendam dalam ayaq panas ja..hahaha..nina tere wat ayaq milo n neslo..memang sedap..aku selalu suruh dia tolong wat kan..hihi. seriussss...memang bezzz sangat2 time tuhhh*sebak tiba2*

Kami dorang sangat rapat..sampai da budak laki klaz aku ingat kami nih lesbian..hahaha...memang gila la..orang yang tak kenai kami plak selalu ingat yang kami nih kembaq..sebab depa kata muka kami dorang sama..bukan sorang dua je yang cakap..ramai gak..*serius..miss dat moment sooo much*

Nina suka menyanyi..n dia pandai main gitar..kadang2 time hujung minggu kan..kami keluaq gi karoeke kat c-mart..hahaha..tibai dua tiga lagu..pastu baru gi beli barang..or jalan2 jek kat Changlun tuh..bez sangattt2..n aku plak..suka amek gambaq syok sendirik guna henset dia..hahaha..memang kadang2 dalam henset dia tuh penuh gambaq aku ja..tapi nina tak kisah pown..maybe sebab kami dorang nih minat amek gambaq kott..nina plak memang pandai amek gambaq..gambaq dia suma cantikk2 n gojess2..aku suka tengokk..hehehee..

Bila dalam kuliah..aku n nina nih kaki tidoq..mai kat subjek yang bnyak membaca nih..contohnya biologi la kan..aku n nina selalu tidoq..hehe..yang paling takleh blah..kami siap wat gilir2 lagi..mula2 nina tidoq dulu setengah jam..pastu aku lak..tapi kadang2 aku tak tidoq sangat pown..tapi nina memang tidoq betoi2..siap mimpi lagi..okeh..aku tipu..hahaha..*jgn marah nina*

Kami penah gak menghilangkan diri dari kuliah...hehehe..tu sebenaqnya kuliah ganti ja..kuliah kimia tak silap..time tuh ada budak klazmate kami masuk pertandingan pakaian merdeka kott..tak ingat sangat..kami dah janji ngn dia nak mai bagi sokongan..tapi malam tuh da kuliah lak..so,,kami pown wat la alasan nak gi tandas..pastu apa lagi...zoooooommmm...terus lari gi dewan..hahaha..dok citu lama kott..hahaha..bila dah abeh pertandingan tuh baru kami balik ke kuliah..dengan penat dok lari..pastu kena berlakon macam takdak pa2..jenuh tahan nafasss... madam tuh plak tengok kami cam pelik jer..yela la..kata gi tandas..tapi lebih dari setengah jam baru balik..padahal tandas kat sebelah dewan kuliah tuh jek..hahaha..Kalo ikutkan banyak lagi kerja gila2 yang kami selalu wat..hahaha

Hmmmm...banyak sangattt kenangan yang kami kongsi..bila kenang balik semua tuh..rasa sedihh sangat2..kalo boleh rasa nak ulang balik semua tuh..*tapi aku takmau masuk matrik balik..huhu*

Setiap kali aku ada masalah..nina mesti ada..dia yang selalu dengaq masalah aku..dia yang selalu bagi kata2 semangat kat aku..sampai la sekarang..walaupown kami dorang dah terpisah jauh..dia dekat UiTM Shah Alam..aku plak kat UniSZA Terengganu..Ninaaa..soryyy sangatt2..sekarang nih aku jarang2 kol hang..mesej hang pown sama gak..kadang aku rasa yang aku nih bukan kawan yang baik..aku rasa aku selalu abaikan hang..bila ada masalah aku cari hang..bila takdak aku diam jek..hmmm..maafkan aku Nina..:(

Masa cuti tuh hang da kol aku..tapi aku tak jawab..hang da antaq mesej kat aku..tapi aku tak balas..hang tau kan yang aku nih bukan jenis melekat ngan henset 24 jam..kadang2 henset pown aku lupa letak tang mana..una pown selalu marah aku sebab aku selalu tak jawab kol dia..hmm...n hang pown tau kan yang time cuti memang aku pokai sangat2..tunggu cuti abeh baru da duit..huhuhu..aku takmau hang anggap aku nih kawan yang time susah ja..aku nak hang tau yang tiap2 hari hang selalu ada dekat ngan aku..aku selalu anggap hang bezfren aku yang terbaikk..






aku suka gambaq nih..hihi
cantikk

miss u soo muchh

Nina..sebenaqnyaaku rinduuu kat hang sangattt2...i’m so sorry..i’m not a good friend for u...


 p/s: bila rindu kat hang..aku selalu stalker fesbuk hang..tengok gambaq2 hang yang gojes tuh..hihihi..jgn marah ehh..*tiap2 ari..hihi*
p/s 2: sory amek gambaq hg tanpa izin..kehkehkeh..*gojes2 nohhh*

Monday, 26 November 2012

rindu~~

Assalamualaikum...


really miss this budak...
hahaha
my bezfren kat matrik..
kami kongsi apa2 saja,,
penah owg ingat kami nie kembaq..
sebab muka lebih kurang sama...
hahaha
bukan sorang 2 tapi ramai..
miss that moment soo muchh..

wehhh..
aku rindu hg tau x...
huhuhu..
sedihhh...

Saturday, 24 November 2012

lalalalala~~~ =)



dun worry..
bahagia itu tetap akan datang..
tak kira dengan siapa..
tak kira tempatnya...
tak kira masanya...
Bahagia itu tetap ada
untuk kita..
=)


Aminnn...
peace (^^)V
=)


Wednesday, 16 May 2012

Kisah Dulu-Dulu...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Hari nie masa aku dok on9 fesbuk, tetiba aku terrjumpa satu page group untuk ex student sekolah rendah aku dulu.. Aku pown buka la tengok, tetiba lak aku terrnampak fesbuk sorang budak laki nih... aku bagitau kat hangpa nama dia K.H ja la, malas nak habaq nama betoi...hehehe.. Budak nie masa aku sekolah dulu selalu buli2 aku...Besa la masa aku kecik2 dulu aku budak baik, naif, innocent..sekarang pown macam tu lagi..muahahaha..

okeh2..sambung balik..

Memang terpahat lagi dalam ingatan aku macam mana aku dibuli dengan budak nie..huhu... Tak silap aku, masa tu aku darjah 3, aku satu kelas dengan dia... Kami dok kat line tepi sebelah tingkap, aku dok kat depan dia... Dia tu suka kacau aku... Pernah sekali masa cikgu tak masuk kelas, dia try la nak buat aksi2 stunt iaitu terjun dari meja, konon2 nak terjun dari bangunan la...Masalahnya, dia terjun nak jatuh kat tempat aku...Kalo nak terjun kat tempat len memang aku tak kisah ar...Hang nak terjun berpuloh2 kali pown aku takmau amek tau... Yang aku geram tu, sebelum dia nak terjun tu ada ka patut dia suruh aku blah dari tempat aku... Rasa macam nak jerit kuat2 kat telinga dia suruh dia terjun kat tempat len... Tapi masa tu kan aku budak baik, so, aku ikut ja la...huhu.. Lepas dah terjun tu dia boleh plak buat muka bangga gila... Macam betoi2 terjun bangunan... Geram betoi aku tengok! huh!

Pastu da satu lagi, dia pernah tolak aku jatuh bangku... Hangpa try bayang tengok, aku masa tu tengah khusyuk dan dedikasinya dok buat keja yang cikgu bagi kat depan tu tetiba ja dia tendang bangku aku sampai aku jatuh... Masa tu apa lagi aku terus teriak la..tunggu lagi... Tapi sebenaqnya aku bukan teriak betoi2..saja nak cover malu...huhu.. Tapi part paling bez bila dia tengok aku teriak terus dia jadi gelabah..haha..tambah2 lagi bila da orang report kat cikgu kata dia tolak aku jatuh bangku... hahaha...

Tapi disebabkan da satu peristiwa nie, dia dah tak buli aku dah... Bagi aku peristiwa nie maybe paling memalukan dia kot... Nak tau? mai nie nak habaq kat hangpa..

Mula2 dia camni..da satu ari tu aku dok sembang ngan kawan aku yang dok kat sebelah meja aku, nama dia Wan... Tetiba si K.H nie mai tegoq Wan, dia kata dia nak kain sekolah si Wan nie... Dia nak pakai... Pastu terus si Wan nie pi report kat cikgu... Cikgu tu pown pesan kat si Wan, esok bawak kain sekolah lebih nak bagi kat si K.H nie pakai... Esok pown si Wan nie bawak la kain tu, pastu cikgu aku pown panggil si K.H nie pakai kain tu... Mula2 tu dia takmau, tapi cikgu paksa gak... Last2 dia pakai gak pastu pi round satu bagunan masuk semua kelas kat situ...tapi tak semua la..sebab baru pi satu kelas dia dah nangis2, berkali2 gak la dia cakap yang dia takmau buat dah..dia janji takkan buli orang lagi.. Aku plak, masa mula2 dia kena paksa pakai kain tu aku rasa heppy gila..rasa macam puas gila..yela, selama nie dia dok buli orang,la nie biaq dia rasa plak... Padan muka..muahahaha..

Tapi kan bila aku tengok dia nangis teruk sangat,aku rasa kesian la plak...Yela,malu gila kot...Dan start ari tu dia dah tak buli aku dah... Kadang2 dia tengok aku pown macam nak marah ja... Mula2 tu aku rasa hidup aku dah aman damai..takdak dah gangguan dari dia tu... Memang heppy gila arr... Tapi lama2 rasa cam pelik plak, rasa cam tak bez ja takdak sapa2 dah buli aku... Pastu masa dia darjah 5, dia pindah sekolah dan sampai sekarang aku tak pernah jumpa dia lagi..huhu..eh,awat aku sedih??

Sebenaqnya da lagi yang aku nak cerita tapi dalam banyak2 cerita pasal aku dengan budak nie..cuma yang aku tulis nie la yang paling aku ingat..yang lain2 tu aku dah tak ingat sangat..hmm..cuma aku harap aku tak jumpa dia dah laa..huhu...mesti nanti taktau nak cakap pa..and dia pown maybe dah tak ingat dah kat aku..hahaha...kalo camtu baguih la..

Bagi aku zaman sekolah adalah zaman yang paling bez sekali...walaupown aku selalu kena buli..huhuhu..besa la masa tu budak2 lagi...hehehe..


si_budak comot
    ^^,