Showing posts with label sukasuka. Show all posts
Showing posts with label sukasuka. Show all posts

Sunday, 28 September 2014

...........

Assalamualaikum..

Hmmm.. sempena kelahiran aku yang 23. Dah semakin mematangkan diri. Soooo, aku dah buat keputusan yang aku nak share semua post pasal "dia" dan Mr.H sahaja.Post lain-lain, aku takmau la sebab ada menyentuh sensitiviti sesetengah pihak. Ecehhh. HAHA.

Yang pasal post depa dua nie sbab bila aku pikir balik. Aku rasa dah takdak apa-apa pown. Padahal memang takdak apa-apa pown. HEHE. Semuanya suka-suka ja. Besa la time tu diri dok terhanyut lagi. HAHA.

Dan mungkin tahun nie dan tahun seterusnya aku dah tak jumpa depa pown. Yela. Depa dok kat Gong Badak nuh. Aku plak kat Tembila. Sekarang nie pown aku tengah final year. Memang takkan jumpa dah. So, lepas nie aku dah takdak cerita pasal depa. YEAY! kehkehkeh.

Dan kalau perasan, setiap entry tu aku da tulis tarikh kan. Tarikh tu adalah tarikh aku post entry tu dalam blog private aku tuh.

Okeh. Tu je.

Adoyaiii..malu plak rasa..


Saturday, 27 September 2014

Sweet 23 =D

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...

Hari nie genap umur aku yang ke 23. Rasa macam satttt ja masa berlalu. Pejam celik pejam celik. Dah 23 tahun dah hidup kat dunia nie. HUHU.

Anyway, sempena hari kelahiran aku yang ke 23 nie..

  1. Aku harap diri aku jadi semakin matang.
  2. Takmau jadi blurry girl dah. HUHU.
  3. More independent. Of course.
  4. More stronger. For the this final year and so on.
  5. Improve in my studies
  6. Nak cari future husband. Ehhhhh. Kihkihkih. =P


And of course, aku masih lagi berusaha nak berubah jadi someone yang lebih baik dari hari ini dan semalam. InsyaAllah. 

Moga tahun ini akan jadi lebih baik. 
Moga tahun ini mampu merubah aku jadi insan yang lebih baik.
Amin.

K. Bye2. 

p/s: rasanya macam lebih kurang azam aku tahun lepas. HAHA. 

Wednesday, 17 September 2014

20 Facts about me

Assalamualaikum...

Sekarang nie ramai yang dok buat "20 facts about me" tu kan. Tapi yang tu kebanyakkannya di facebook. So, aku pown nak try la jugak. But, aku just buat kat sini je la. HEHE

  1. Aku nie jenis yang tak banyak cakap. Tapi sekali aku cakap banyak, sampai nak habis sora aku cakap. HAHA.
  2. Sebab aku nie tak banyak cakap. So, aku lebih suka mendengar. I'm good listener u know. HAHA. If ada apa-apa problems mai jumpa aku. InsyaAllah aku dengaqqqqq ja..HAHA
  3. Aku suka menulis. Tapi tu pown kalau tetiba ada ilham terlintas kat pala otak aku la.
  4. Makanan feveret aku LAKSA, TOMYAM and everythings yang mak aku masak. 
  5. Kalau makan kat luaq, aku selalu order makanan yang sama walaupown aku dok belek menu 2 3 4 5 6 7 8 kali. HAHA
  6. Aku lebih suka dok kat umah berbanding keluaq berjalan. MALAS sebenaqnya. And NO MONEY. HUHU
  7. Aku tak suka marah-marah orang. Sebab nanti lepas aku marah orang tu, aku akan rasa bersalah. Bila aku rasa bersalah, aku marah kat diri aku plak. SO, aku takmau marah.
  8. Aku tak suka menangis. Aku paling benci menangis.
  9. Aku tak reti luahkan perasaan aku. Aku suka pendam semua yang aku rasa. Aku stress, aku diam. Aku marah, aku diam. Aku sakit hati, aku diam. Aku sedih, aku diam. HUHU.
  10. Aku tak suka merajuk.
  11. Sebab aku tak reti memujuk. SERIUS. aku tak reti pujuk-pujuk orang nih. Thats why aku tak suka merajuk.
  12. Masa aku kecik-kecik dulu, cita-cita aku selalu berubah. Ikut mood aku. Sat nak jadi designer, sat nak jadi pelukis, sat nak jadi cikgu dan macam-macam lagi.
  13. Aku suka tidoq. Pantang ada masa aku mesti tidoq. HAHA.
  14. Aku tak boleh makan kacang. Nanti muka aku tumbuh jerawat. Tapi yang tu aku baru tau sekarang. HUHU. Patut la jerawat aku dok tumbuh ja.
  15. Haaa... Aku suka tangkap gambaq. Bukan gambaq aku ja la. Aku lebih suka tangkap gambaq orang lain. Sebab aku suka tengok ekspresi muka depa. Tak kira la sedih, gembira, sukaduka or apa-apa ja la. Aku suka moment-moment macam tuh.
  16. Hmmm..apa lagi ehh. Haaa.. Aku anak perempuan sulung.
  17. Anak no 4 dari 6 Beradik. HAHA
  18. Ciri-ciri bakal suami aku..hmmm..Aku tak pikir lagi sebenaqnya. Malas nak pikir lagi la. Tapi of course la nak yang baik, beragama, hormat orang tua, setia, sedap mata memandang dan yang paling penting, dia boleh terima kekurangan aku. HEHE. Ehhh, dah terpikir plak. HAHA.
  19. Aku lebih suka berkawan daripada berkapel. Sebab..hmm..sebab aku tak suka. Aku pown taktau pasaipa aku tak suka. HEHE. Bagi aku la kan, kalau hang nak kat aku kan. Pi jumpa family aku teruih. Lagi sweet kan. HOHO
  20. Pernah terrrjatuh cinta. Tapi sekali je. Masa mula-mula masuk unisza. Tapiiii bukan dengan MR.H yee. Orang lain. Dan perasaan tu masih ada. Tapi ini cuma cinta dalam hati je. Tak mampu luahkan. HUHU
Okeh. Tu je yang mampu aku pikiaq. And aku rasa yang tu facts pasal diri aku. KOT. HAHA. Sebenaqnya nak lari dari keserabutan final year nih. HUHU. Doakan aku berjaya yeee. Dan mampu grad dengan cemerlangnyaa.. HEHEHE.


Thursday, 2 January 2014

Mamat Hensem Mata Cantik !!

Assalamualaikum . .

Tahun pertama

"Juju! Ko dapat sama kilang dengan aku ehh," Terjah Hanem tiba-tiba seusai kelas MR.T.

"Hah! Kilang apa? Yang kita kena jadi anak angkat tu ka?" tanyaku pula.

"Yela. Ko nie ." Balas Hanem.

"Yela tu kot . Kilang Hock Ki Seng kan . Dekat ja kat rumah aku . "

"Haaa . Betul-betul! Dekat ekk? Okeh aku dok rumah ko nanti. Bhahaha."

"Weeeeeeehhhhh!! Aku dapat kilang Hock Ki Seng !! Sapa dapat sekali ngan aku wehhhh," rengek Majiah tiba-tiba.

"Kami pown". Jawab aku dengan Hanem serentak.

"Yaka?! Yeaaayyyy!!! Ada geng!! Sorak Majiah kegembiraan.

Aku, Hanem dan Majiah terpilih untuk menjadi anak angkat di sebuah kilang. Semua budak kelas aku terlibat dalam program ni masa cuti semester seminggu lagi. Masing-masing dapat tempat yang berbeza. Sebenarnya, aku pun tak pasti dan tak tahu plak kilang pun ada ambil anak angkat. Setahu aku kalo macam program anak angkat tu ye la. Ada family angkat macam family kita jugak. Nie, kilang? Hurmm .

Seminggu kemudian, kami semua berangkat ke kilang masing-masing. Aku, Hanem dan Majiah tinggal dekat homestay yang sudah ditempah khas untuk kami. Walaupun rumah aku dekat je dengan kilang tuh. Tapi sebagai menghargai usaha pihak yang menempah tempat penginapan kami, so, aku pun tinggal dengan diorang. Heehe.

Tiba hari yang dijadualkan, kami pun pergi la melawat kilang tu . Rupa-rupanya kilang tu buat produk untuk pembungkusan makanan. Sebagai contoh bekas makanan, polystryne makanan dan yang sama waktu dengannya. Kami dibawa melawat ke seluruh kilang. Tapi ada something pasal kilang nie yang lain dari yang lain. Mungkin.

Sebab masa kami pergi melawat bahagian production kilang tu, nampak macam dua orang pekerja tengah dok melambung-lambung something. Macam sorang lambung, sorang lagi sambut dan sebaliknya . Setiap seksyen macam tu. Cara yang sangat unik dan pelik. Semua pekerja ada tempat masing-masing dan semua berpasang. Lelaki sahaja.

<'Peliknya cara diorang kerja'.> Gumam hatiku.

"Weh, aku tengok macam pelik ja cara diorang. Seram wehh", kata Hanem tiba-tiba.

"Tau takpa wehh", jwabku pula.

"Cik bertiga nak try tak?" tanya seorang penyelia yang ditugaskan untuk mengiringi kami sekaligus menerangkan kepada kami tentang kilang tersebut.

"Saya nak try!" kata Majiah sambil tersenyum.

Aku dan Hanem hanya berpandangan sesama sendiri. Tak percaya sebenarnya.

"Hanem jom arr, hehehe" ajak Majiah.

Hanem menurut dan aku pula menahan senyum.

"Weh besttt!" Hanem mula teruja.

"Gila la weh. First time aku tengok orang kerja macam ni," balas Majiah pula.

Aku cuma tergelak melihat aksi mereka.

"Cik nak melawat kilang nie tak?", sapa salah seorang pekerja tadi.

Aku menoleh ke arah suara itu. Terpaku aku seketika bila memandang wajah empunya suara itu.

< 'YA, ALLAH ! HENSEMNYA BAQ HANGGGG !!! Mata dia cantik gilaaaaa'>

"Cik?"

"Ehh ye ye, boleh je", jawabku sambil tersenyum malu.

<Aduhhh, awat dia nie hensem sangattttt . Cayaq tengok dia senyum. Rasa macam hati aku dah jadi ayaq dah niee.'>

"Jom cik", katanya sambil tersenyum padaku.

<'ahh, melting!'>

"Okeh jom", balasku pula.

Dia membawa aku melawat kawasan kilang yang belum sempat aku lawati tadi. Sambil itu, dia menerangkan padaku tentang setiap tempat yang dia bawa aku. Aku cuma mengangguk dan tersenyum sahaja tatkala kami berpandangan. Aku bahasakan dia Mamat Hensem Mata Cantik sebab aku tak tanyakan namanya langsung.

Kemudian, kami sampai ke satu tempat yang seperti  tempat rehat untuk pekerja .  Dia menyuruh aku menunggu  disitu , manakala dia pulak hilang entah kemana.

<Hmm..>
<Cantik jugak tempat rehat nie.>
<Dah macam ala-ala warung pulak.>
<Dengan kerusi kayu dari batang pokok.>
<Hmm.>
<Cantikk !>

Tiba-tiba sahaja dia sudah berada di depanku. Ditangannya ada sesuatu. Polystryne putih berbentuk love.

"Nah! Untuk awak", katanya padaku.

"Ohh," hanya itu yang terucap di bibirku.

Aku tersenyum sambil memandang dia. Aku lihat mukanya merah. Menahan malu mungkin. Aku tersenyum lagi. Hatiku rasa berbunga-bunga. Meskipun aku tidak pasti apa maknanya. Kami berjalan lagi. Tapi kali ini tiada suara yang menemani. Masing-masing diam.

Kemudian, kami turun ke bawah . Berjumpa Majiah dan Hanem . Dan beredar bersama-sama ke ruang makan di kilang itu. Kami duduk di sebuah meja bulat disitu. Aku berhadapan dengan Mamat Hensem Mata Cantik itu. Di sebelah Mamat Hensem Mata Cantik pula, ada seorang perempuan cantik dan seorang lelaki . Manakala Majiah dan Hanem bersebelahan denganku. Mulut mereka tidak berhenti bercerita. Terseyum aku melihat gelagat mereka.

"Kenalkan ini Kakak saya," kata Mamat Hensem Mata Cantik itu kepada kami semua. Memperkenalkan perempuan cantik disebelahnya itu.

<Ohh, perempuan cantik itu kakak dia rupanya.>

Kami tersenyum sambil memperkenalkan diri masing-masing. Aku memandang dia. Dia memandang aku tapi lain pandangannya. Seolah-olah sedang menanti sesuatu dari aku.

<Kenape plak la dia pandang aku macam tuh>
<Haish>
<Nak tanya dia ke?>
<Hmmm>
<Tapi malu la. Kakak dia ada. Nanti kata apa pulak>
<Nak mintak nombor dia tak eh>
<Nanti mesej jela. Boleh gak tanya kenapa dia bagi aku love tuh>
<Hehe>
<Tapiiiii camna nak mintak nombor dia>
<arghhhh>

Tiba-tiba Mamat Hensem Mata Cantik itu memberi aku sesuatu. Selotape bulat besar. Dia menyuruh aku membuka selotape tu. Aku memandang ke sekeliling. Masing-masing sedang riuh bersembang dan tidak memandang ke arah kami. Bagaikan hanya kami berdua sahaja yang berada di situ.

"Buka la selotape tuh", arah dia kepadaku.

"Okeh", balasku perlahan. Bimbang didengari.

"Eh!", lantas aku memandang dia.

<Macam taau-tau ja aku nak nombor dia>
<Hehe>

"Ambik nombor tuh, then antaq mesej kat saya", katanya kepadaku.

Aku cuba untuk memotong selotape itu. Namun tak berjaya. Berkali-kali aku cuba putuskan. Gagal. Akibatnya nombor dia sudah tidak jelas lagi.

<Alamak! nombor dah hilang!>
<Camna ni??>
<Ish ! Aku ingat nak potong je selotape yang tertulis nombor tuh>
<Takot nanti Hanem dengan Majiah perasan>
<Alaaa>

Aku memandang dia. Dia hanya melihat aku. Kosong.

"Takpe la. Biar saya je antaq mesej kat awak. Haish!" katanya kepada aku. Mungkin geram agaknya melihat aku terkial-kial nak memotong selotape itu.

<Laa, dah ada nombor aku ke?>
<Nape la tak mesej terus tadi?>


Hensetku bergetar. Lantas aku ambil lalu kubuka mesej yang aku terima.


"Takpe la kalau taknak kat saya . Saya dah lama perhatikan awak . Tapi takpe la .Saya tau saya nie sape . Budak kilang je . Awak tu budak U . Takpe saya paham . "

Lepas aku membaca msej tu, aku terus memanggil dia datang dekat aku .

"Kejap, datang sini jap",

Depan-depan kakak dia aku panggil .

"Tadi saya ada cakap apa-apa ka? Tak kan . Abeh tuh yang buat ayat macam tuh pasai pa ? Masa awak bagi love tuh kat saya, saya sedih ke ? Muka saya ada rasa menyampah ke? Saya senyum kan . Maknanya saya suka la ", kataku kepadanya.

Terus dia tersenyum .

<Ahhh . . melting . >

Aku nampak dia seolah-olah malu dan cuba untuk kembali ke tempatnya. Tapi aku menghalangnya dengan menarik bajunya.

"Jangan nak cakap macam tuh lagi ", kataku.

Dia angguk sambil senyum .

<Melting lagii >

Tiba-tiba kakak dia berkata,

"Dah okay ? Ha, kalo dah okay, jaga leklok ."

Dia senyum  mendengar kata-kata kakaknya .
Aku ? Lagi la . Berbunga-bunga hati aku . HAHA .

Tiba-tiba hensetku bergetar lagi. Kubuka mesej yang diterima.

"Garangnya . Tapi takpe, saya tetap suka awak . (^^,)"

Bibirku terus mengukir senyum sambil memandang dia . Dia turut membalas senyuman ku . Terasa bagaikan aku berada di dunia yang penuh dengan coklat . Manisss sangat . Hatiku bagaikan ditumbuhi bunga-bunga yang mekar mewangi . Bunga-bunga cinta barangkali ?

Lepas makan, kami pergi keluar untuk bermain  ala-ala mini game . Sebagai salah satu cara untuk merapatkan silaturrahim.

Aku suka sangat masa tuh . Ternampak kegembiraan Mamat Hensem Mata Cantik itu ketika seronok bermain. Bila nampak dia gelak and senyum . Cair terus hati aku . HEHE .

<Bahagianyaaaaaaa>
<I think I'm fall in love already ! >

Tahun Kedua

Sudah hampir setahun aku, Hanem dan Majiah menjadi anak angkat di kilang itu. Setiap tahun kami kena pergi melawat kilang tersebut. Tapi kali ini, cuma aku seorang je yang dapat pergi. Sebab Majiah dengan Hanem ada hal katanya. So, diorang wakilkan aku . Lagipown aku yang paling dekat .

Aku jumpa dia lagi . Memang harapan aku nak jumpa dia lagi. Rindu. Tapi muka dia nampak seperti ada masalah . Air mukanya nampak keruh. Suasana kilang itu pun tak macam masa aku datang mula-mula dulu . Suram . Sunyi.

"Ada masalah ke?" aku tanya dia.

Tapi dia tak menjawab . Diam je . Langsung tidak memandang aku. Dan langsung tak ada senyum manis dia . Macam dulu .

Tiba-tiba aku  ternampak kakak dia di luar . Kakak dia pun nampak macam tak terurus . Nampak macam serabai sangat . Pakaiannya kotor dan rambutnya serabut sangat. Aku keluar pergi mendekati kakak dia .

Aku tanyakan soalan yang sama . Kakak dia hanya memandang aku . Kemudian, tertawa dan tersenyum sendirian . Aku bingung .

<Apa dah jadi ?>

Tiba-tiba Mamat Hensem Mata Cantik itu sudah berada di sebelah aku . Dia terus mengarah kakak dia masuk ke dalam . Tak dipedulikan aku langsung . Tapi kakak dia taknak . Kakaknya menjerit-jerit merengek meminta untuk belikan dia sesuatu . Tak aku pasti benda apa . Tiba-tiba ,

"Ada duit ? Aku nak pinjam " .

Dia bersuara juga . Aku cuma mengangguk perlahan . Aku buka dompetku dan memberi duit kepadanya . Tapi belum sempat aku menutup dompetku semula. Tiba-tiba kakaknya terus meragut dompetku dan mengambil semua duitku . Tergamam aku seketika . Kakaknya terus melarikan diri .

Dia cuma melihat dan berlalu pergi . Hatiku panas tiba-tiba . Panas dengan tingkahnya yang langsung tak mempedulikan apa yang terjadi . Aku ambil dompetku dan terus pergi ke arah dia .

"Apa yang dah jadi nie sebenarnya ? Kenapa kakak awak jadi macam tuh ?"

Diam .

"Kenapa awak diam je nie? Kenapa awak biar kakak awak macam tuh? Kenapa?"

Diam . Lagi .

"Awak tahu tak yang kakak awak dah ambil semua duit saya ? "

Diam .

Aku dah mula hilang sabar .

"Awak tahu tak saya dah tak ada duit nak balik U nanti? Dengar tak?!

Tiba-tiba dia melemparkan duit yang dia pinjamkan dari aku sebentar tadi ke lantai .

"Nah , ambil la balik duit ko".

Tu je . Tak pandang aku langsung . Perlahan-lahan aku melangkah ke arah duit itu . Lantas ku kutip dan ku pandang wajahnya . Langsung tak ada riak rasa bersalah . Bagaikan tiada perasaan . Kenapa ?

Aku terus berlalu pergi . Pergi dengan air mata yang mengalir . Pedih rasanya .

Tahun ketiga


Tahun nie aku kena pergi lagi ke kilang itu . Tapi nasib baik aku bukan keseorangan . Majiah dan Hanem turut serta . Dan tahun ini mungkin yang terakhir . Kebetulan dah ada budak baru yang diambil untuk menjadi anak angkat kilang itu . Lagipun, aku taknak terkenang lagi kisah dulu .


Sampainya disana, kami bersembang-sembang berkenalan dengan adik-adik baru kami .

Seusai makan , kami berkumpul beramai-ramai di ruang lobi kilang itu. Dia berhadapan denganku . Aku perasan mukanya masih tetap hensem seperti dulu . Matanya masih cantik dan masih mampu memanah hatiku seperti dulu . Cuma aku perhatikan, yang raut wajahnya lebih matang . Pakaiannya nampak kemas dan segak . Yang itu tak seperti dulu .

"Okeh, sekarang kita nak buat ape?" .

Lamunanku terhenti tiba-tiba apabila mendengarkan suara kakaknya . Ohh ya. Kakaknya sudah kembali seperti masa kami mula-mula berjumpa dulu . Kemas dan cantik . Aku pown tak pasti apa yang terjadi pada kakaknya dulu .

"Kita main game!" Jerit Hanem . Diikuti sorakan riang dibelakang .

"Okeh!! Setuju!! . Ehh , kita nak main game ape?" tanya Majiah pula .

"Hmm . Apa kata kita main game yang masa mula-mula kita main dulu . Kita suruh Juju dengan adik akak main dulu . Diorang terer main game tuh dulu. Okeh tak?"

Aku cuma memandang dia . Melihat reaksi dia . Dia  pun sama memandang aku . Tapi riak wajahnya seolah-olah bagaikan orang yang tiada perasaan . Pandangan matanya kosong . Tapi masih mampu mendebarkan aku .

"Ehh , takpela kak . Saya rasa tak sihat la ." Jawabku pula . Kebetulan, hari tu hari first period aku . Bila-bila masa sahaja sengungut ku akan menyerang.

"La, yeke . Kenape?"

Tiba-tiba Hanem membisikkan sesuatu di telinga kakak Mamat Hensem Mata Cantik itu .

"Ohh. Takpe la. Juju pergi la rehat di atas."

Aku mengangguk dan bangun melangkah pergi ke tingkat atas. Menuju ke tempat itu.

Tempat yang dulunya dia pernah berikan aku kenangan yang cukup manis sudah berubah wajahnya . Tiada lagi kerusi kayu . Sudah digantikan dengan sofa empuk berwarna merah . Mungkin untuk menjaga kebajikan pekerjanya yang berhempas pulas bekerja .

Sampainya di situ, aku terus merebahkan diri diatas sofa empuk itu dan terus melelapkan mata . Seketika kemudian, seorang lelaki datang . Mamat Hensem Mata Cantik .

Dia berhenti sebentar di atas tangga seolah-olah sedang menunggu sesuatu . Terdengar derapan tapak kaki ketika itu . Ohh , Adik Baru rupanya . Dia datang membawa sehelai selimut dah segelas air kosong panas untukku . Mesti Kakak Mamat Hensem Mata Cantik yang menyuruhnya . Mamat Hensem Mata Cantik itu menahan Adik Baru itu . Kemudian, hanya tinggal Mamat Hensem Mata Cantik bersam sehelai selimut dan segelas air . Adik Baru melangkah pergi .

Aku masih lagi terbaring terlelap diatas sofa . Langsung tidak menyedari apa yang berlaku . Mamat Hensem Mata Cantik mula merapati aku . Diletaknya selimut dan gelas air tadi diatas meja . Mamat Hensem Mata Cantik merebahkan punggungnya di sebelahku .

Matanya . Matanya yang cantik itu memandang aku . Terus memandang aku . Aku langsung tak menyedarinya. Langsung tak menyedari Mamat Hensem Mata Cantik sedang memandangku . Tertidur aku tanpa mengetahui apa-apa.

Mamat Hensem Mata Cantik berterusan memandang aku .

**********************************************************************

Okehhh . Sampai setakat itu sahaja . HAHA . Sebenaqnya ini cerita aku pasal mimpi aku masa sehari sebelom exam Enterpreneurship ngn Fiqh Islami tuh . Malam tuh aku mimpi jatuh cinta dengan mamat hensem mata cantik ! Weeee~~~~ HAHA !

Nampak tak betapa terujanya aku . HAHA .

Dalam mimpi tuh aku taktau Mamat Hensem Mata Cantik tu nama apa . So, aku panggil dia Mamat Hensem Mata Cantik ! Sebab apa? Ofkos la mata dia sangattttt cantik okehhhh . Muka dia plak sangaaaaatttt HENSEM ! Bila dia senyum terasa cair abeh hati aku . HAHA . Over !

Yang pastinya dalam mimpi tuh ada aku, Hanem ngan Majiah . Kilang tuh plak dekat kawasan daerah rumah aku . Cuma dia macam berbeza sikit la . Besa la dalam mimpi . HEHE . Nama kakak mamat tuh aku taktau termasuk jugak Adik Baru . Sebab tuh aku buh nickname depa camtuh . Bukan nama sebenaq yee . Aku pown tak pasti Kakak Mamat Hensem Mata Cantik tu kerja apa sebenaqnya kat kilang tuh. Termasuk jugak la Si Mamat Hensem Mata Cantik tuh. Misteri kan. HAHA.

Dan mesti hangpa pelik why dalam cerita tuh ada tahun pertama, tahun kedua dan tahun ketiga kan. Nampak pown macam tergantung jek kan. Sebabnya dalam mimpi aku macam tuh. So, memang cerita ini based on mimpi aku. So, aku cerita camtuh je la. HEHE. 

Tapi sayangnya aku dah tak ingat muka Mamat Hensem Mata Cantik tuh macam mana . Dah muka pown aku tak ingat , ofkos la mata dia pown aku dah tak ingat . HUHU . Yang pasti aku suka gilllaaaaaa tengok dia senyum . Dan mata dia yang cantik tuh . Dalam mimpi tu je la. HEHE . Melting weh !

Bangun pagi tersenyum je aku . HAHA . 

Ehh, tapi dalam cerita kat atas tu takdak la detail sampai macam tuh . Dialog tuh pown sebenaqnya tak wujud pown.  Aku ada la tambah-tambah jugak bagi jalan cerita dia nampak macam best sikit . HEHE . Part mesej tuh betol. Semuanya aku amek 100% dari mimpi aku. Just tambah dialog and ayat kasi best sikit. HEHE.

Ehh, kilang Hock Ki Seng tuh tak wujud tau kat tempat aku. Aku saja ja buh nama tuh. Sebab taktau nak bagi nama apa kat kilang tuh. Kat Kuala Terengganu nie ada la Hock Ki Seng. Tapi supermarket la. HAHA.

p/s: kat mana la nak cari Mamat Hensem Mata Cantik tuh eh . HIHI . 


Wednesday, 1 January 2014

Sayonara 2013~ Annyeong 2014!

Assalamualaikum . .

Ari nie dah masuk ari kedua tahun 2014 . Kejap je kan masa berlalu . Tuptup dah setahun dah . Dah bertambah umor setahun lagi . Macam-macam yang terjadi masa tahun 2013 tuh .

Ada maniss sweet sweet sangatttt . .
Ada pahit kelat kelat . .
Ada tawar takde gula . .
Ada masin kaw kaw . .
Ada masam masam buah pelam . .
Ada macam macam rasa . .

Tapi semua tuh . .
Bagi aku satu pengalaman yang takkan dapat dilupakan . .
Bagi aku satu hadiah kenangan yang tetap tersimpan dalam hati . .

Besa la kan hidup di dunia nih . Tak best ar kalo takde yang mencabar kan . HEHE .

Setakat yang aku ingat kisah-kisah yang terjadi masa tahun 2013 nie :

# Aku still duduk rumah sewa , tak dapat asrama . HUHU .

# Gaduh-gaduh ngan myBezfriend. HEHE .

# Aku tak dapat balik masa kawan baik aku masa sekolah kawen . HUWAAA . .

# Kucing kesayangan aku MEK AU pergi tinggalkan kami sekeluarga . HUHU .

# Aku masuk acara merejam lembing dalam SAF kat u aku . Dan berjaya pacakkan lembing . Ada improvement la dari tahun lepas. HEHE .

# Abang aku kawen . Dapat kak ipaq lagi sorangggg~ Hepyyy~

# Jumpa MR.H banyakkkk kalii . Paling bez masa pesta konvo baru-baru nie. HIHI.

# Aku berjaya bawak kereta kat Terengganu ! HOHO .

# Dan sekarang kat umah plak aku berjaya jugak pujuk mak aku bagi aku bawak kereta . Walaupown amek masa jugak nak pujuk pujuk tuh . HEHE .

# Result sem 4 aku sangat terukkk . Harap sem nie dapat improve . Tapi aku asyik leka jek . HURMM .

# Hurmm . Ape lagi ek . Ntah la . Dah tak ingat dah . HUHU .

Aku dah jadi makin pelupa sejak umor makin meningkat nie . HUHU . Takpe la nanti kalo aku dah ingat aku update lagi . HEHE .

Owhh ya . Lupa lak .

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA !!
SEMOGA BAHAGIA SELALU. 
SEMOGA MAKIN BERTAMBAH IMAN. 
SEMOGA SUCCES SELALU . 

p/s: orang lain selalu post pasai azam baru sempena tahun baru . Aku ? Err. Azam aku sama ja macam tahun lepas . Kot . Selagi tak tercapai . HEHE .

Thursday, 5 December 2013

ANDAI HATIKU BERSUARA . . .

Assalamualaikum . .

Cuma nak share pasai lagu nie je . Sedap sora dia . Chomel namanya . Aku baru dengar lagu dia baru-baru nie ja . Tu pown tau dari fesbuk . Sedap jugak lagu-lagu dia . Tapi aku paling suka lagu nie . HEHEHE . Ehh, penyanyi asal lagu nie namanya Rya Rahman tau . Chomel nie coverkan balik lagu nie. BTW, dua-dua orang sora sedappp .

Layannn . . . .
Lirik Lagu Andai Hatiku Bersuara
Oh Tuhan, berikanlah aku,
Kekuatan menempuhi dugaanMu,
Aku percaya ada hikmahnya,
Di setiap dugaan yang ku terima.

Andainya hatiku bersuara,
Pastinya ia akan berkata,
Cukuplah sayang aku tidak berdaya,
Mengharungi segala sengsara.

Berapa kali harus aku terluka,
Barulah kan ku sedar,
Cintaku tidak layak untuk dirinya,
Mengapa masih aku setia disisinya,
Tidak ku mengerti, tidak ku fahami.

Seperti insan biasa ku ingin bahagia,
Menyintai dan dicintai tiada duanya,
Andai terlampau permintaanku ini,
Maafkanlah kasih.

Nie Chomel yang nyanyikan



Nie penyanyi asal, Rya Rahman


K . Bye~


Wednesday, 20 November 2013

Blogwalking- ish! spoil la!

Assalamualaikum . .

Okeh . Hari nie juz nak citer pengalaman aku berblogwalking kat blog-blog orang . Cewahhhh . Bajet macam blog aku nie baguih sangat kan . HAHA . Sebenaqnya kalo aku rasa boring or malas or takdak idea nak tulis apa kat blog . Aku suka terjah blog orang, konon-konon jadi silent reader ar . HEHE . 

Kalo ada blog yang macam menarik jer dan ada isi yang mampu menarik aku untuk baca entry-entry dia yang sterusnya, memang aku akan follow dan baca . Dan sememangnya jadi salah satu blog yang aku akan terjah tiap kali online . HEHE . 

Kalo aku blogwalking nie kan , aku suka baca pasal review depa dalam produk-produk kecantikan . If kalo aku nak cari info or testimoni pasal satu-satu produk tuh , aku lebih suka cari kat blog . Sebab selalunya blogger nie akan test dulu baru depa buat review . Haaa , so kita sendiri boleh tau or namapak la betol ke kesan produk tuh . 

Kadang-kadang aku suka gak bila depa citer pasal lifestyle depa . Tapi tengok gak la kisah depa camna . HEHE . 

Tapi ada setengah benda yang buat spoil mood aku bila aku terjah blog .


1. Lagu mp3 . Minta maaf ehh . Bukan nak kondem ke ape ke . Cuma macam aku nie bila terjah blog tuh , aku suka terjah banyak blog jadi aku akan buka banyak tab . So , bila ada 2-3 blog tu ada lagu , jadi bercelaru kemain lagi . Last-last aku mutekan speaker tuh . Hah, amannn . Kalo ada yang boleh pause tu maybe ok lagi la macam bawah nie . Tapi jenuh kelam kabut jugak nak cari butang tuh sebab cinonet je. HUHU . Tapi bukan tak bagi hangpa pasang . Terpulang la pada hak masing-masing . 


2. Loading lambat . Yang nie memang boleh membunuh kesabaran ar .  Kadang-kadang bila dah setel baca 4-5 entry 3-4 blog dah , yang blog tuh loading tak abeh-abeh lagi . Last-last terus tutup jek . Tajuk dah menarik dah tapi spoil mood nak baca . Sedihkan . 




3. Background . Ada sesetengah blog nie , background dia rasa macam tak sesuai la . Sebab ada yang seolah-olah tenggelamkan tulisan . Bila nak baca terkebil-kebil nak tengok huruf satu-satu . Selalunya background yang transparent and gambaq yang dia guna plak macam tak kena . 


4. Font dan warna . Yang nie pown mainkan peranan jugak nih . Sebab bila font kecik sangat rasa macam pening je nak baca . HUHU . Warna plak ada yang guna warna teranggg sangat sampai bila tengok kat tempat lain rasa bersilau jek . HUHU . 


5. Pop up window . Haaa . Yang nie selalunya blog-blog yang selalu buat pasal info, gosip, berita semasa . Bila buka ja , keluaq window suruh like fesbuk la , follow twitter la . Kalo takmau like kena tunggu sampai beribu-ribu saat . Jenuh la . Bukan tak boleh tapi bila sekali buka dah like , pastu buka entry lain plak kena like jugak,padahal dah like dah . Dah tu kena unlike , pastu like balik . Kira keja dok like unlike je la kalo buka blog tuh . Haishh~ spoil la camnie .


Okeh . Setakat nie yang tuh je kot yang aku boleh citer sebab selalunya ada banyak blog yang cantik-cantik . Lagiii cantik dari blog aku . Jeless tengok . HUHU . Tapi takpe la aku dah puas hati dengan blog aku nih . Sebab aku jenis suka yang simple-simple jek . HUHU . Ingat nak renovate lagi tapi takdak masa yang sesuai lagi . 

Eh , yang aku teguq nie bukannya nak kondem-kondem hangpa tau . Cuma nak bagitau je la . Terpulang la . Blog hangpa kan .  Cuma bagi aku benda nie maybe boleh spoilkan mood aku nak baca entry blog hgpa ja . Maybe mood aku je la kott . Orang lain taktau la . Jangan marah laa ea . HEHE .

 Yela , sebab blog aku pown bukannya lawa , hebat sangat pown . Follower pown 3 orang jek . HUHU . Dan maybe takdak orang pown nak baca entry aku nie . Hmm . Tapi kalo ada yang nak tegur pasai blog aku pown boleh . Takpa . Mana tau ada yang boleh diperbaiki lagi . 

Okeh . Tu je yang nak citer . HEHE . 
Sehingga berjumpa lagi . 
sumber gambar: Google

Saturday, 16 November 2013

Throwback! First year part 2

Assalamualaikum . .

Hari tu throwback part 1 kan, okeh la nie part 2 plak .  Kat sini lebih banyak pasal dinner je . Hehe .

Potluck




With lecturer kesayangan ramai . Hehe .


Helmi

With ex-dean . Huhu

Mira yg garang~

Dinner Anugerah Dekan 
Tema: Back to school







Okeh . Sampai kat sini dulu . Nak gi cari gambaq banyak- banyak lagi . Huhu .





Sunday, 13 October 2013

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

Assalamualaikum . .

Hari nie nak share sikit pasal makanan kegemaran Rasululah S.A.W . Maybe ramai dah tau kot . Aku amek nie pown dari facebook haa . Hehe . Nampak macam aku gunakan facebook untuk tujuan berfaedah kann . Bukan setakat stalk orang . Lawan komen sampai lebam . Like sampai muntah hijau jek . Facebook jugak boleh dijadikan tempat untuk mencari ilmu . Cuma terpulang la kat kita apa tujuan kita berfacebook . Cewaahhh . Haha . 

Okeh kat bawah nie 11 jenis makanan kegemaran Nabi junjungan kita iaitu Rasululah S.A.W . 
Cekidouttt~
^_^

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.” ~Wallahullam

Saturday, 12 October 2013

Hadiah..weee~

Assalamualaikum . .

Hari nie baru la berkesempatan nak update pasai birthday aku . Walaupown dah berapa minggu lepas dah sambut bezday aku . Tapi tahun nie memang tahun yang tak disangka2 . Serius aku tak sangka aku akan dapat hadiah bezday . Rasa terharu sangat - sangat . Sampai tak terkata la . 

Terima kasih sangat - sangat untuk Una , Mira , Anem , and Anis sebab bagi hadiah kat aku . Aku sukaaaa sangat - sangat hadiah hangpa tuh . Hehehe . Rasa cam serba salah plak sebab aku tak bagi pown hadiah kat hangpa . Huhu . Sory . InsyaAllah nanti aku bagi hadiah kat hgpa plak ehh . 

Btw , nie la hadiah tuh . Hehehe . 


Hadiah bantal . Una bagiiii . Hehe .
Anem n Mira bagi luch box yang comeyyy kiut miut sangatttt . 
Anis bagi bunga toing-toing tuh . Siap da gambaq aku lagi haaa . 
Sukaaaaa . Tq wehhh . 

And nak amek kesempatan nih, walaupown nak post kat facebook dah, tapi aku gak nak ucapkan sekali lagi..,

Terima kasih kat semua budak-budak klazmates aku yang wish bezday kat aku sampai siap nyanyi lagu birthday kat aku walaupown hari tu dah dua ari dah birthday aku berlalu . Haha . 
Terima kasih kat semua yang wish birthday kat aku tak kira la sama ada kat facebook or kat mesej . 
Terima kasih sangat-sangat sebab ingat dan wish . 
Terima kasih sangat-sangat atas doa-doa anda semua . 
Terim kasihhhhh . .
*terharu sangat-sangat . sob . .sob . . *


Friday, 11 October 2013

Keinginanku~

Assalamualaikum . .

Sihat ? Aku sihat Alhamdullilah . Sebenaqnya aku taktau nak post apa kat sini . Kekeringan idea . Aku siap google nak cari idea tapi sikit pown takdak yang menarik hati aku . Ntah la . Boring sebenaqnya . Hurmmm .

Tapi takpa la . Aku nak cerita pasal keinginan-keinginan aku pada sewaktu dahulu . Ceeewaahh . Haha . Dulu aku ada la beberapa keinginan yang aku nak penuhi . Tapi selalunya kekangan masa dan beberapa sebab yang menghantui aku. Antaranya la kan :

Teringin nak buat cerita ala-ala novel.

Aku penah teringin nak buat novel . Tapi yang tu dulu la . Maybe sebab selalu dok baca novel kan . So, jadi teringin la nak buat cerita sendiri . Kan~ Tapi macam besa la bila idea mai je, mula la mengarang tuktaktuktak jari dok menaip kat keyboard . Lepas tu, kering idea terus mati kutu tak sambung-sambung dah citer aku tuh . Hahaha .

Dan lagi satu aku penah try dah karang satu cerita nih . Tapi cerita tuh dah hilang sebab laptop aku kena format . Huhu . Dan juga menjadi salah satu sebab aku terus hilang minat nak buat novel . Huhu . Sekarang nie dah takdak masa nak tulis-tulis novel ke cerita ke apa-apa ja la . Sebab dok sibuk buat lab report . Lab report dan lab report . Huhu .

Teringin nak menjadi seorang photographer .

Time aku matrik dulu, aku dan kawan baik aku Nina, sukaaaa sangat tangkap-tangkap gambaq . Nina la punca aku suka amek gambaq nih sebab dia pown pandai amek gambaq gak . Serius time tu kalau buat apa-apa tangkap gambaq . Dan aku suka tangkap gambaq candid dan ofkos la syok sendiri punya gambaq kann . .Elehh . .hgpa pown penah buat kannnn . . sekarang pown tengah buat kannnn . .

Time dulu-dulu tangkap gambaq guna enset ja . Tapi henset besa-besa la . Tak macam sekarang . Canggih-canggih benorrr , siap boleh edit bagai sampai muka hat berjerawat pown boleh nampak fulus mulus gitu haaa . Pastu siap ada aplikasi macam-macam contohnya Instagram la, nak edit2 kamera 360 la . Kira macam-macam la .Eh, macam dah lari tajuk . Okeh-okeh .

Tapi la nie aku macam dah tak minat nak tangkap gambaq dah . Maybe sebab dah lama tak pegang kamera dannn disebabkan aku cuma pakai henset yang cikai-cikai ja, kamera pown vga punya . So, memang dah tak tangkap-tangkap gambaq dah . Dulu pown pinjam henset sony Nina punya . Haha . Dulu kan henset sony, kamera dia boleh tangkap gambaq memang cantik-cantik walaupown cuma 2mp ja kan . Huhu .

Teringin nak main gitar.

Aku teringin nak main gitar sebab Nina jugak . Nina pandai main gitar dan dia penah main depan aku . Aku suka gila tengok jari jari depa bila main gitar . Dannn sebenaqnya sampai sekarang aku nak sangatttt main gitar . Aku suka la kalau aku da satu macam kemahiran yang aku boleh buat . Macam contoh main gitar la .

Maybe bagi sesetengah orang akan kata,

"Daghi hang dok teringin nak blajaq main gitaq, baik hang pi blajaq masak ka, kemas ghumah ka, takpown pi mengaji nuh. Dapat gak pahala ."

Tapi bagi aku , aku nak sebab . . alaa macam aku cakap kat atas tadi . Mungkin macam buang masa tapi aku suka . Sebenaqnya aku taktau nak explain macam mana . Huhuhu . Dan aku pown tak mampu nak beli gitar . Daripada aku perabeh duit beli gitar baik aku simpan kan . Ye dokk .


Teringin nak cipta lagu . 
Disebabkan aku teringin nak main gitar, jadi lahir la keinginan aku yang nie. Teringin nak cipta lagu . Jangan tanya aku sebab apa . Sebab aku sendiri pown tak paham kenapa aku nak cipta lagu . Padahal kalau nak nyanyi suara aku bukan sedap pownn . Ngaku awal-awal . Hehe .

Okeh . Setakat nie je la yang aku mampu nak cerita . Aku rasa ada banyak lagi . Tapi tak ingat plak . Tapi kalau nanti aku ingat, aku buat siri kedua plak . Hahaha . Till then . Byeee~

p/s: dari taktau nak tulis apa , dah berjela terus aku punya entry . Haha . Eh , awat intro aku macam skema je ayat . Hurmm . .

Sumber gambar: Google

Friday, 27 September 2013

sweet 22

Assalamualaikum . .

Yeah ! !
Hari nie genap umo aku 22 tahun . 
Yeay ! ! 
Rasa macam tak percaya pulak yang aku dah umo 22 . 
Hehe . 

Untuk hari lahir aku yang ke 22 tahun nie , aku harap aku dapat meningkatkan lagi kematangan diri aku . Aku nak menjadi seorang yang mampu buat keputusan sendiri . Aku nak lebih berdikari . Aku taknak jadi Miss Mong lagi . Huhu . 

Yang paling penting , aku nak meningkatkan lagi amal ibadah aku . Aku nak berubah untuk menjadi someone yang lebih baik . InsyaAllah . Aku taknak lalai dan alpa lagi . 

Untuk pelajaran aku plak . Aku nak improve lagi untuk semester nih . Aku taknak kejatuhan aku yang lalu menghantui aku . Tak kira macam mana susah pown aku akan hadapi jugak . Doakan aku . 

Aku tak kisah hari jadi aku kali nie tak disambut macam tahun lepas . Tak disambut langsung pown takpa . Sebab bagi aku sekadar mengingati dan wish pown dah sangat bermakna bagi aku . Bukan senang kot orang nak ingat birthday kita . Aku pown nasib ada facebook . Hehe . Baru tau ari nie birthday sapa . Hahaha .

Aminnnn . .

Monday, 23 September 2013

Sunday, 15 September 2013

S.U.K.A by Encik Mimpi

Assalamualaikum..

Nie ada satu lagu yang first time aku dengaq aku dah suka dah .
Maybe lagu nie dah lama dah tapi aku baru ja jumpa .
Hehehe .

Btw sora dia sangatt sedap .
Lirik lagu dia pown sweet jeer .
Lagu - lagu yang lain pown bez jugakk .
Tapi aku suka lagu nih .
Try la dengaq .
Layannnnn .


Saturday, 14 September 2013

Tips - tips nak memikat lelaki !

Assalamualaikum . .

Haa . Hari nie tengah boring -boring mengadap laptop . Blogwalking kat blog - blog orang , aku da terjumpa satu blog nih . Blog nie da banyak citer yang agak bez -bez jugak la . Hilang la jugak boring aku nih dok baca entry dalam blog tuh .  

So , dari apa yang aku baca dalam blog tuh , ada entry pasal tips -tips nak memikat lelaki . Memang sesuai bangat la untuk aku . Ehh . Untuk orang -orang yang masih single dan sedang mencari pasangan . Yela . Umor dah makin meningkat tapi masih takdak calon lagi  kan . Hehehe . Boleh jugak untuk sapa -sapa yang dah berpunya tapi nak men"sweet"kan lagi hubungan tuh pown boleh try nih . 

Nie tips untuk perempuan tau . Bukan lelaki ehh .
Bawah nie ada 46 tips . Banyak tuuu .
Okeh .
Cekidout !

Apa yang perlu kamu buat untuk memikat hati si dia..??

1. SENTIASA TERSENYUM DAN TIDAK BERSIKAP SOMBONG APABILA BERINTERAKSI DENGAN KAUM LELAKI . SIKAP SOMBONG DAN ANGKUH MEMBUATKAN LELAKI JELAK UNTUK MENDAMPINGI WANITA .

2. PANDAI MEMASAK ADALAH CIRI2 LELAKI MUDAH TERPIKAT PADA WANITA . 

3. BERPERWATAKAN MENARIK MAMPU MENARIK MINAT LELAKI . INI KERANA LELAKI SECARA LUMRAHNYA SUKA PADA KEINDAHAN DAN KECANTIKAN .
 TAPI KALAU LELAKI SUKAKAN SESEORANG TU , SEMUANYA CANTIK DIMATA DIA , TAPI KECANTIKAN ITU TETAP PENTING BAGI MEREKA .

4. BERSIKAP JUJUR DAN SENTIASA MERENDAH DIRI . LELAKI TIDAK GEMAR MENJALINKAN HUBUNGAN DENGAN WANITA YANG SOMBONG DAN SUKA MENINGGI DIRI . LUMRAHNYA , LELAKI SUKAR UNTUK JUJUR BERBANDING PEREMPUAN . 

5. MEMPUNYAI BENTUK BADAN YANG MENARIK(TERPULANG KEPADA INDUVIDU) . MENARIK TIDAK SEMESTINYA KURUS ! ADA LELAKI SUKA WANITA BERTUBUH KURUS , RAMPING NAMUN ADA YANG SUKAKAN YANG SEBALIKNYA MISALNYA PIPI YANG TEMBAM ATAU TUBUH BADAN YANG MONTOK . 

6. MEMPUNYAI TINGKAHLAKU YANG BAIK DAN LEMAH LEMBUT . KELEMBUTAN YANG ADA PADA SESEORANG WANITA AKAN MEMBUATKAN LELAKI CAIR TERUTAMANYA DALAM SUASANA TEGANG .

7. PANDAI DALAM MEMAINKAN PERANAN SEBAGAI SEORANG WANITA KETIKA BERADA DI SAMPING LELAKI YANG ANDA MINAT I. TIDAK HIPOKRIT , MENGADA-NGADA DAN BANGGA DIRI .

8. JANGAN TERLALU MENGONGKONG . LELAKI TAK SUKA DIKONGKONG OLEH WANITA . MEREKA TAK MAHU KEBEBASAN MEREKA DISEKAT . ITU SIFAT SEMULAJADI LELAKI .


9. KETIKA BERINTERAKSI DENGAN MEREKA GUNAKAN BAHASA TUBUH YANG DIKETAHUI SEPERTI MATA DAN TANGAN . INI LEBIH MENARIK PERHATIAN MEREKA AGAR TERTUMPU PADA ANDA .


10. JAGA CARA PEMAKAIAN ANDA . INGAT ! TIDAK SEMESTINYA SEKSI . YANG PENTING BERGAYA DAN TAK SELEKEH .


11. SERING MEMBERIKAN KAD ATAU KATA-KATA UCAPAN(SMS) AGAR DIA GEMBIRA . TAPI JANGAN HARAP SANGAT DIA BALAS SEBAB DEPA BUKANNYA RAJIN SANGAT NAK BALAS UCAPAN KAD ATAU SMS NI . DEPA LEBIH SUKA BERTERUS TERANG SECARA VERBAL .

12. LELAKI SUKA WANITA YANG SUKA BERTERUS TERANG TANPA MENYEMBUNYIKAN SESUATU . TAPI KAN PEREMPUAN KALAU CAKAP TU BERKIAS , TAPIS2 DALAM TERUS TERANGNYA . BETUL TAK ! TAPI LELAKI NI TAK SUKA DENGAN KIAS2 NI , DIORANG SIMPLE .

13. TUNJUKKAN SIFAT JENAKA (JIKA ADA) . INI TAKTIK SENANG TAK..?? HUH..BUKAN SENANG NAK BUAT ORANG BERKETAWA ASLI  DENGAN JENAKA KITA , TAPI KEBANYAKANNYA GELAK BUAT2 . WAH WAH WAH..

14. JANGAN BERSIKAP SELALU JUAL MAHAL APABILA BERADA BERSAMA MEREKA . INI AKAN MEMBUATKAN DIA BOSAN DENGAN SIKAP KAMU DAN AKAN JADI MENYAMPAH .

15. BIJAK MENYESUAIKAN DIRI DALAM APA JUA KEADAAN . LELAKI SUKA DENGAN WANITA YANG PANDAI BAWA DIRI .


16. TAK MUDAH PUTUS ASA DAN SENTIASA BERDIRI DI ATAS KAKI SENDIRI TANPA MENGHARAP PERTOLONGAN ORANG LAIN .


17. JANGAN SUKA BERCAKAP BENDA YANG TIDAK BERFAEDAH KETIKA BERKOMUNIKASI DGN MEREKA , MEREKA AKAN BERASA RUGI , SIA2 DAN BANG MASA BERSAMA KAMU .


18. JANGAN BANDINGKAN DIA DGN LELAKI LAIN YG PERNAH ANDA KENALI . IA AKAN BUAT EGO MEREKA TERCABAR .


19. MENJADI TEMANNYA KETIKA SUSAH DAN SENANG .

20. JADI PENDENGAR SETIA SI DIA . WALAUPUN DIA CAKAP TAK BERAPA NAK ADA POINT . LELAKI TAK SUKA WANITA YANG SUKA MEMBANGKANG .


21. LELAKI SUKA DIMANJAI DENGAN BELAIAN DAN KATA2 ROMANTIK . MEREKA SAMA JUGA SEPERTI KANAK-KANAK YANG PERLU DIMANJA , DIBELAI , DAN DIJAGA HATINYA .


22. TAK SEMUA LELAKI SUKA WANITA PAKAI MEKAP TEBAL. MEREKA LEBIH TERTARIK DENGAN KECANTIKAN SEMULAJADI.


23. MENGINGATI HARI LAHIRNYA DAN HARI2 ISTIMEWA YG LAIN BAGINYA . TAPI KAMU JANGAN HARAP LELAKI INGAT HARI2 ISTIMEWA KAMU .


24. MENGHORMATI DIRINYA , KELUARGA DAN TEMAN2NYA . CUBA AMBIL HATI IBU BAPA ATAU FAMILI MEREKA .


25. BERSIKAP MATANG DALAM TUTUR KATA DAN TINGKAH LAKU . MEMANG LELAKI SUKA WANITA MANJA TP TAK SUKA YG TERLALU BERSIKAP KEBUDAK-BUDAKAN .

26. LELAKI SUKA WANITA YG AGRESIF, BOLEH DIBAWA BERBINCANG SERTA BOLEH BAGI IDEA DAN INFORMASI MEMBINA .


27. JGN TERLALU SERONOK KETIKA BERTEMU DAN BERBUAL DENGANNYA . CONTOHNYA ,BERBUAL TERLALU LAMA MULA2 BERBUAL DI TEPON.


28. JANGAN BERSIKAP KELELAKIAN DAN KASAR DALAM PERGAULAN . LELAKI SUKA WANITA SOPAN DAN LEMAH LEMBUT .


29. JGN TUNJUK KITA TERLALU BAIK DAN SEMPURNA . IA BUAT LELAKI BOSAN DENGAN PERANGAI KAMU .


30. JANGAN SYOK SENDIRI DENGAN PARAS RUPA YG JELITA .


31. SENTIASA SEDERHANA DAN TAK BOROS DALAM BERBELANJA .


32. BERSIKAP KEIBUAN . MACAM..BAGI NASIHAT KE , BERTANYA KHABAR , SENTIASA PEDULI  PADANYA .


33. SENTIASA BERCAKAP LEMBUT LEMBUT DENGANNYA . KELEMBUTANMU MENCAIRKAN DIA.. HAHA..

34. KETAHUILAH BAHAWA MEREKA GOLONGAN YANG SENSITIF .


35. KENALI SIAPA DIRINYA YANG SEBENAR SEBELUM KAMU MULAKAN LANGKAH UNTUK MEMIKAT . MANA LAH TAHU KAMU TERSILAP PILIH LELAKI YANG PANAS BARAN DAN CEMBURU BUTA , NAYA KAMU NANTI.


36. LELAKI SUKA WANITA YANG SUKA JAGA KULIT . JANGAN BIARKAN DIRIMU DIPENUHI JERAWAT BATU . KULIT YG BERSIH MELAMBANGKAN KAMU SEORANG YANG PRIHATIN.

 37. JANGAN BERSIKAP TERLALU KUNO .

38. KERAPKALI BERTANYA KHABAR AGAR PERSAHABATAN TAK PUTUS .


39. USIA DAN BENTUK BADAN TAK PENTING TAPI KECERDIKAN , KEJUJURAN , TINGKAHLAKU YG SOPAN DAN KEIMANAN KAMU .


40. LELAKI SUKAKAN WANITA BERIMAN DAN BERAGAMA SUPAYA MEMBIMBING MEREKA KE JALAN YG DIREDHAI ALLAH WALAUPON SUAMI SEPATUTNYA MENJADI PEMBIMBING KEOADA ISTERI .


41. TUNJUKKAN BAHAWA KAMU BUKANLAH SEORANG WANITA YANG MUDAH DIPERMAINKAN . INI PENTING !


42. JANGAN TERLALU MERENGEK DAN MENGADA-NGADA . IA AKA BUAT LELAKI MELUAT DAN BENGAN DGN SIKAP KAMU .

43. TIDAK TERLALU TUNJUKKAN KELEMAHAN KAMU IA AKAN BUAT LELAKI TAK JUJUR AMBIL KESEMPATAN KE ATAS KAMU .

44. LELAKI SUKAKAN WANITA YG BIJAKSANA DAN MATANG SERTA MUDAH DIAJAK BERBINCANG .

45. SEBAGAI WANITA , KAMU KENA BERJAYA DALAM BIDANG YG DICEBURI .


46. LELAKI SUKA WANITA YG TAK TERLALU MEMINTA DAN TAK MATERIALISTIK .



OPS..!!! ADA SATU  SARANAN . .
SEMASA KAMU BERCINTA DENGAN PASANGAN KAMU , JANGANLA KAMU HANYA MENONJOLKAN YANG BAIK2 JE ATAUPON YANG MANIS2 JER SEPANJANG HUBUNGAN KAMU, DAN SIKAP BURUK ATAU SIKAP YANG NEGATIF KAMU SEMBUNYIKAN . MAKLUMLA MANUSIA KAN SENTIASA PAKAI TOPENG IKUT SITUASI.  ITU SEBENARNYA TIDAK ELOK DALAM HUBUNGAN KAMU DENGANPASANGAN KAMU. SEBAB..??

APABILA KAMU BERKAHWIN DENGAN PASANGAN KAMU NANTI, SEGALA SIKAP BURUK KAMU AKAN TERBONGKAR DAN PADA MASA YANG SAMA PASANGAN KAMU TIDAK BOLEH MENERIMANYA, KALAU DIA TERIMA XPELA...


DAN SEBAB INI JUGA RAMAI DALAM KALANGAN PASANGAN YANG BERKAHWIN BERCERAI SEBAB TAK DAPAT TERIMA SIKAP PASANGANNYA.. ADA JUGA KES PERCERAIAN DILAPORKAN BAHAWA SI ISTERI MINTA CERAI DENGAN SUAMI SEBAB SUAMI BAU BUSUK.. MASALAH REMEH TEMEH  NI PON JADI KES PERCERAIAN.. AYOYO..

Menarik kan ? So , boleh cuba la . Hehehe . 
Ohh ya . Kalau nak gi melawat blog tuh boleh gi kat SINI . 
Okeh . 
Gud luck bebeh . 
Hahahaha . 
Tata~


SUMBER : Fafarahaz @BlOg