Monday, 1 June 2015

End of degree life.. :(

Assalamualaikum..

Dah lama sangat tak potpetpotpet kat sini kan. Hmm. Semalam secara rasminya aku dah habis belajar degree. Dah 4 tahun belajar kat UniSZA nie. Dah 4 tahun bersama dengan budak kelas. Huhu.

Memang rasa sedih gila. Rasa macam tak percaya pown ada. Rasa macam kejap sangat 4 tahun tu kat sini. Rasa tak cukup lagi ilmu yang aku dapat kat sini. Huhu. Sebab aku balik esok, so semalam dan hari ni memang ramai la yang dah start usung beg bawak balik. Dah la dekat bilik aku suma budak budak kelas je. Bila diorang dah balik, memang rasa kosong gila. Takde dah nak dengar riuh rendah suara2 diorang tu. Takde dah orang yang nak melepak kat bilik. Takde dah orang nak mai meronda dari bilik ke bilik. 

Aku bangun pagi tadi keluar dari bilik, tengok bilik2 klasmate aku dah kosong. Takde dah kasut bersepah tersusun kat tepi bilik diorang dah. Takde dah pintu bilik yang terbuka. Semuanya dah tertutup. Huhu. Senyap je.  

Time final year nie memang mencabar gila bagi aku. Dengan final year projeknya, product developmentnya macam2 lagi. Bagi aku sem last nie la yang banyak bagi kesan kat aku. Sangat2 bagi kesan kat aku. Sampaikan aku rasa kenangan aku sebelum nie dengan diorang dah tak rasa apa2 dah. Aku dah tak rasa manis tu dah. Apa yang aku rasa pahit je. Pahit nak ingat apa yang terjadi dulu dengan terjadi waktu sem last nie. 

Memang betul la cakap senior, time final year nie la yang rapat jadi renggang, yang renggang jadi rapat. Aku rasa nie first time aku gaduh teruk gila dengan orang. Mungkin bagi orang tu takde la teruk sangat. Tapi bagi aku memang teruk. Aku bukan jenis cari pasal dengan orang. Aku bukan jenis suka marah- marah orang. 

Tapi tak pe la benda pown dah lepas. Masing masing dah bawak haluan masing. Aku cuma sedih sebab lepas nie dah susah nak jumpa. Lepas nie dah takde nak merayap bilik ke bilik. Takde dah nak memekak, hingaq bingaq, bising bising dah. Lepas nie dah tak stay bersama dah. Tu je.

Semoga berjaya kat luar sana nanti.

Sunday, 1 February 2015

POST 10: my happy day?? maybe..

TUESDAY, 5 MARCH 2013


Assalamualaikum..

holaaaa...
weee~~
happy gila aku hari nih..
walaupown dok pening pala dok pikiaq 2 lab report tak siap lagi...
padahal esok dua2 kena antaq!!!
huhuhu..
tapi sebab aku terrrjumpa someone hari nih..
terussss haaaapyyyyyy~~~
kihkihkih...

nak tau sapa??
hehehehe...
Mr.H!
hohoho..
kat pasar malam..
walaupown time tu aku dah nak balik..
dia baru mai..
tapi dapat jumpa dia face to face..
betol2 depan aku!!
dekat lak tuh..
hoohoii!!
rasa hepy melonjak2 dalam diri..
kihkihkih..
hepyhepyhepy...

wehhhh...
dia memang hensem gilaaaaa wehhhh...
dengan pakai baju tshirt biru laut n seluaq askar..
dia nampakkk sangaaaatttt hensemmmmm...
perghhh..serius baq hang..
aku tak tipu...
hohohoho..
tetiba rasa semangat nak wat lab report...
hahahaha..
tiap2 minggu rasa cam nak pi pasar malam..
hakhakhak...

k tu ja..
hikhikhik..
saya sangatsangat hepppyyyyy...
k bye2..>.<

p/s: nape aku sangat hepy bila jumpa dia ehhh...hmmm...ehh taktak..aku SUKA jaaa..takmo lebih2..huhuhu

Tuesday, 27 January 2015

POST 9: dia lagi

SATURDAY, 2 MARCH 2013


Assalamualaikum..

Haaii..dah lama dah tak tulis kat sini kan..sebab aku dah jarang on9..huhu..hmmm…
Sebenarnya aku still lagi ada cerita pasal “dia”..walaupown aku try nak lupakan dia..aku try nak buang perasaan tuh kat dia..tapi hakikatnya aku tak boleh nak lupakan dia..aku tak boleh nak buang perasaan tuh kat dia..huhu..aku taktau pasaipa...aku taktau nak wat macam mana…huhuhu..tolong aku plezzzz…

Nie citer pasal “dia”…

Baru2 nih aku da terserempak ngan dia..masa tuh kat café..dia pakai baju jersi biru muda..walaupown mula2 tuh aku nampak belakang dia ja..tapi hati aku dahdupdapdupdap..rasa macam nak meletop tau tak..tapi aku ofkos la kena control cun jek..hahahaha..ehh, lawak jak..kena wat besa2 je la..macam nothing happens…so, aku pown jalan la sambil wat muka innocent taktau pa2 pi kat meja yang kami nak duduk..aku pi antaq payung je..pastuh g beli makanan..lapaq kottt..

And then,  masa aku tengah amek makanan tuh..aku tak nampak sangat dia..actually, cewahh... aku tak pikir pown pasal dia time tuh..maybe dah lapaq tahap kronik kott..bila jumpa makanan terus pikir pasal makan ja..hahaha..pastuh cam besa la..lepas bayaq terus gi meja tadi..nak makan..seriussss lapaq tahap gilagila..elok jek aku pusing terus nampak dia mengadap belah aku..tapi tak sure la dia pandang aku ke tak..sebab lepas nampak dia camtuh..aku terus pandang ke depan jek..straight ke meja yang aku nak gi tuh...rasa macam robot pown ada..and masa aku lalu depan dia tuh lagi la..aku wat2 macam tak nampak dia jek..hahaha…tapi masa tuh aku ada perasan macam dia seolah2 tengah tengok aku…ntah la..maybe aku perasan je kott..takkan dia nak tengok kat aku kan..

Time makan aku memang tak ingat pa dah..lapaq kan..so tengah syok aku makan..tetiba dia ada kat gerai buku tak jauh dari tempat aku duduk..tapi betol2 depan aku…nasib baik aku tak tercekik..nanti tak pasal2 malu camtuh je…huhuhu..aku terus tunduk makan laju2..hahaha..cam lawak pown ada...bila aku angkat kepala tengok2 dia dah takda dah..phewww..lega gila..mujur la time gawat camtuh takde sorang pown kawan2 aku yang perasan..hehehe..kalo tak lagi maluuu…

Lepas aku jumpa dia kat café tuh..aku ingat yang lepas nih aku dah tak jumpa dia dah..tapi rupa2nya aku terjumpa dia lagi..kali nie kat mydin..dia n kawan dia..dua orang jek..masa tuh aku n 4 orang kawan aku tengah tolak troli nak g kat keta..nak balik dah la kan..masa tengah dok syok sembang2..dok gelak kukikukikuki..tetibe bila aku pandang depan terrrrnampak dia betol2 depan aku..walaupown sebenarnya jauh lagi la kott jarak dia ngan aku..tapi aku taktau pasaipa time tuh aku rasa cam jantung aku nak berenti..gila terkejut..pastu aku cepat2 control perasaan aku..wat2 cam besa jek..nasib la time tuh dia tak pandang aku..tapi aku tak sure lak kawan dia nampak ke tak muka aku yang terkejut kalah beruk tuh…huhuhu…lepas tuh aku memang tunduk gila arr muka aku.. masa aku selisih ngan dia..dia betol2 lalu kat sebelah aku..time tuh aku rasa aku wat macam takde orang lalu kat sebelah aku..haha..straight jek..tak pandang kiri kanan langsung...muka dia pown aku tak tengokk..diam jek..kawan2 aku lak memang tak perasan langsung…diorang dok gelak2 sakan lagi...hahaha…tapi..fuhhh..memang nasib baik la kan…kalo depa perasan lagi gawat rasanya..

Hmm..aku pown tak pasti apa dah jadi kat aku pas aku jumpa dia tuh..masa depan mata aku langsung tak tengok dia…langsung tak pandang muka dia..tapi lepas tuh mula la menyesal sebab tak tengok muka dia..tetibe jek rasa macam rindu..rasa macam nak jumpa dia lagi..padahal kalo boleh aku nak lupakan dia..nak buang perasaan aku kat dia tuh jauh2..lagipown dia dah ada girlfren dah kan..takkan aku nak suka kat dia lagi..bila lama2 pikir camni..mula la rasa macam kecewa..tapi takdak la kecewa mcam orang yang betol2 putus cinta tuh..maybe..hmmm..

Okeh la...setakat ni je la yang aku nak citer..aku nak pi cari mr.H lak..hahahahaha…kawan2 aku  kata depa dah tak penah nampak dah mr.H tuh ngan budak pompuan tuh… ada chance la kan.. hihi..
Ehh…aku ada peluang ke??? Hmmm..sape la aku nie kannn…
K bye2..

Assalamualaikum….. >.<

Monday, 5 January 2015

POST 8: I'm happy for U..

FRIDAY, 23 NOVEMBER 2012

Assalamualaikum...

semalam aku dpat tau sumthing pasal Mr.H..una ckap yang dia da jumpa Mr.H tgah wat assigment kott.. kat cafe..tapi bukan dia sorng je..dia and sorang pompuan..depa cakap pompuan tu cantik n manis..first bila aku dengaq pasal nie..aku tak rasa pa2 pown..aku rasa besa2 je..tapi bohong la kalo aku cakap aku tak rasa kecewa..huhuhu

pastu bukan una sorang je yang nampak..aiman..mira..kak ema..pown nampak gak..huhu..malu wehh..depa dah tau aku suka kat Mr.H..aiman cakap yang bila dia nampak Mr.H ngn budak pompuan tu..rasa macam dalam novel hlovate..sebab pompuan tu ala2 macam tomboy cket..tapi sangat cantikk...huhu

tapi ntah la...aku sendiri pown taktau apa yang aku rasa..memang da cket rasa kecewa..tapi sedihh aku tak rasa sangat pown..btw..i'm happy for him..sebabnya the reason i like him coz he was a really handsome boy and i like to see his face and his attitude..that all..not more than that..i know who am i...

for Mr.H>> saya doakan awak bhagia..hehehe..
for my friends>>don't worry...i'm happy ok!..takde pa2 la..aku bukan CINTA dia pownnn!!!haish..

smmiileeeee ^^,

Monday, 29 December 2014

Stresssss!!!!

Assamualaikum..

Aku rasa memang kali nie exam yang paling mencabar dan menyakitkan hati! Dah jawab dua paper and dua-dua paper tu dah jadi hancuq..
lebuq..
berkecai..
berderai..
bertaburan di bawa angin..
huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuuuuuuuuuuuuu...

First paper exam aku hari ahad 28/12.
Food Product Developement. 

And then, ari nie plak,
Food Law and Regulations.

HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!

I'm so sad~~~~~~


Wednesday, 24 December 2014

Pray For Pantai Timur

Assalamualaikum..

AllahuAkhbar..
AllahuAkhbar..
AllahuAkhbar..

Kali nie kat pantai timur banjir teruk sangat-sangat. Sebelum nie aku pernah merasa banjir tapi tak seteruk nie. Bila aku belajar kat Terengganu nie, baru aku rasa betol-betol banjir. Rumah aku kat Kulim tu tak pernah lagi banjir. Walaupun kat belakang rumah aku tu dah jadi macam tasik dah. Paling teruk pown, aku tak ingat tahun bila, masa tu memang banjir agak teruk. Lagi sedepa lagi je air nak masuk rumah aku. Nasib baik hujan berenti turun dan air cepat surut.

Kat tempat aku belajar nie, UniSZA, hampir setiap hujung tahun akan hujan lebat dan banjir. Dah memang musim dia. Masa tu aku kat Kampus Gong Badak. Selalunya time nak dekat final exam la yang selalu hujan lebat dan banjir. Sampai bila ada kelas terpaksa harung air banjir. Dan Alhamdulillah, bila dah pindah ke Kampus Tembila nie dah tak rasa banjir. Cuma hujan lebat dan angin kencang ja. Tu pown rasa nak melayang jugak badan nie.

Kawasan Berdekatan Asrama

Kawasan Asrama

Kawasan Asrama

Depan Asrama

Depan gym

Masa banjir gelombang pertama hari tu, Kampus Gong Badak memang teruk banjir. Sangat teruk. Sebelum nie takde la teruk macam tu. Sekurang-kurangnya air takde la setinggi tu. Sampai UMT pown air naik paras dada. Dekat Kampus Tembila pulak, kawasan luar kampus memang banjir, kami semua tak dibenarkan keluar dari kawasan kampus. Bandar Jertih pown banjir. Laluan nak pergi Besut dari kampus memang dah takleh lalu.

Dan sekarang banjir gelombang kedua pulak. Kali nie lagi teruk. Lagi dahsyat. Bila tengok gambar-gambar yang dipost dalam facebook. Mesej-mesej memohon bantuan. Keadaan mangsa-mangsa banjir tu. Ya Allah sangat-sangat sedih. Rasa sayu gila. Kesian tengok depa. Kalau ikutkan hati nak sangat pergi tolong selamatkan depa.

Kebetulan, salah sorang kawan sekelas aku, family dia terlibat dalam banjir nie jugak. Daerah Kuala Krai. Allahu. Lagi terasa. Sebak dengar dia cerita. Dia kata rumah dia air naik sampai bumbung dah. Tak sempat nak selamat barang-barang semua. Habis semua sijil-sijil, dokumen penting. Air naik cepat sangat. Dan dari hari mula rumah dia dinaiki air sampai sekarang dia selalu contact family dia. Tapi start hari nie, dia dah lost contact dengan family dia.

Dia dah call pusat gerakan banjir, dan dia diberitahu yang memang diorang sendiri pown dah lost contact. Semua hubungan dah terputus. AllahuAkhbar..

Sekarang nie memang bertawakal la. Harap-harap selamat semuanya..Amin..

Kami kat sini hanya mampu berdoa. Berdiri kat sebelah dia. Bagi kata-kata semangat. Dah la sekarang dengan nak hadap final exam lagi. Kena siapkan proposal FYP lagi. Memang berat sangat-sangat dugaan sekarang nie.

Mohon doakan mangsa-mangsa banjir di sini.
Doakan mereka semua selamat.
Doakan banjir ini cepat surut.
Doakan untuk Pantai Timur.

Kepada Nur Afza,
InsyaAllah semuanya akan selamat. Kami semua kat sini sentiasa mendoakan yang terbaik. Jangan risau kami semua ada dengan Afza. Anggap la semua nie dugaan dan ujian yang Allah hadirkan untuk kita. Allah tahu Afza kuat, sebab tu Allah uji Afza. Banyak-banyakkan berdoa, buat solat hajat. Mohon mereka semua selamat. Amin.

# gambar-gambar di atas diambil dari sumber Google dan facebook.

Monday, 22 December 2014

no pain, no gain


No pain, No gain.
Be stronger!!


Sunday, 21 December 2014

Hati

Assalamualaikum..


Hati.
Tolong jangan terjatuh.
Aku belum kuat.
Aku belum bersedia.

Hati. 
Jangan berpaling lagi.
Tetapkan yang SATU ini.
Jangan kau pandang yang lain.

Hati.
Moga kamu kuat.
Sebab aku perlu kamu
Untuk jadi lebih kuat.

Hati.
Aku mohon dengar kataku.
Aku mohon sama kamu.





Saturday, 20 December 2014

Please..be strong!

Assamualaikum..

Be stronger.
Please.


Thursday, 18 December 2014

POST 7: bahagia??

THURSDAY, 8 NOVEMBER 2012


Assalamualaikum..

7/10/2012
Rabu

- Semalam aku jumpa Mr.H..sepatutnya ari tu daa klaz mlm tp terpksa di batalkn..n then aku n suma bdk umah sewa aku decide nak g makan kat luar..n masa kat kedai makan tu aku terrjumpa dia..weee~~~..mula2 tu aku tak perasan pown..pastu una yg gtau..heee~~hepyyy...time tu dia kat belakang aku..bila tau aku terus tukaq tempat dengan kak ema..kononnya nnt nak usha dia...hahaha..gila gatai aku..yg bebudak len plak dok pelik tgok aku..awat yg hepy semacam je..pastu baru depa tau aku tgah usha someone..hahaaha...malu~~

-sepanjang aku dok kat situ..mata aku tak lepas dari nak tengok dia..rasa cam tak puas pandang dia sat je..nak pandang lama2.. tapi payah la sebab diorg suma ada..huhu..una lak tak habis2 nak usik aku..depa yg len dok tercari2 sapa yg aku usha tu..tp aku tak gitau pown..last2 sampai ke sudah depa taktau..hahaha

-yg beznya bila tengok depa ni dok selidik gak aku tengok sapa..nak tau gak sapa yg aku dok usha tu..hahaha..pantang mata aku kat len..suma pakat kalih nak tgok..hahaha..serius lawakk..

-tapi sku sangat hepy..aku taktau napa aku rasa hepy sangat2..bila nampak muka dia aku rasa cm bahagia je..hepy..ntah la..bila pkir blik..aku suka je..takkan la smpai nak rsa cmtu kan..hmmm...

Sunday, 7 December 2014

Part 3: I Love You Till Jannah

Part 3

“Awak cakap taknak kapel. Kita kawen la,”

“Pergi la Tanya mak saya. Kalau dia bagi kawen, saya kawen la,”

“Okeh, nanti saya suruh mak ayah saya jumpa mak awak ehh,”

Aku hanya mampu tersenyum.

“ehh, mana rambut? Haha,”tanyaku setelah aku baru perasan kepalanya botak.

“owhhh, gelakkan saya eh. Takpela. Dah botak. Tak hensem dah,”

“Alalala, ciannya dia. Ala botak pown macho ape,”

“Yeke? Okeh. Taknak pakai rambut palsu dah,”

Aku hanya ketawa melihat tingkahnya sambil terngiang-ngiang ditelingaku permintaan mak Qhasiff tadi. Maknya sudah memberitahu aku yang Qhasiff selalu bercerita tentangku. Malah dia sudah menyuarakan hasrat untuk berkahwin denganku. Maknya juga memberitahu aku yangdia ingin Qhasiff bahagia sebelum Qhasiff dijemput pulang oleh Tuhannya.

Aku tahu Qhasiff sukakan aku. Sudah berapa kali dia memberitahu aku. Cuma aku menganggap itu hanyalah gurauan memandangkan Qhasiff agak nakal dan berperangai gila-gila.

Setelah ibu dan ayahnya berjumpa makku. Akhirnya kata putus telah dicapai. Aku dan Qhasiff akan dinikahkan hujung minggu ini. Di hospital. Disebabkan kesihatan Qhasiff yang belum lagi sihat sepenuhnya. Majlis kami hanya akan dihadiri oleh keluarga terdekat.

Mulanya makku menentang. Katanya dia taknak aku kahwin disebabkan rasa simpati dan  kesian sahaja. Setelah puas aku dan ibu bapa Qhasiff memujuk baru lah makku setuju.

Ya.

Memang mulanya aku setuju untuk berkahwin disebabkan aku simpati dengan Qhasiff. Dia juga berhak bahagia macam orang lain. Sekurang-kurangnya bila suatu hari nanti ditakdirkan dia pergi selama-lamanya, dia pergi dalam keadaan bahagia dan gembira macam orang lain.

Selesainya majlis pernikahan kami, aku duduk berduaan dengan Qhasiff. Manakala ibubapanya berada diluar bersama dengan keluargaku. Berbual mungkin.

“Terima kasih sayang,”

“Sebab?”

“Sebab sudi terima abang,”

Aku tersenyum lalu berkata,

“Sama-sama kasih abang. Jue janji Jue akan sayang abang sepenuh hati,”

“Haa, taknak panggil nama. Panggil sayang-abang eh. Cantik sayang hari ini. Macam princess,”

“Yela. Sayang memang cantik dari dulu lagi. Cuma orang je tak Nampak. Haha,”

“takpe. Biar abang sorang je Nampak,”katanya sambil tersenyum.

Dari saat Qhasiff melafazkan akad nikahnya dan aku sah menjadi isterinya. Aku sudah berjanji dengan diriku sendiri yang aku akan mencintai dan menyayangi Qhasiff sepenuh hatiku sebab dia suamiku. Aku akan bahagiakan dia walau apa pown yang terjadi. Walaupown aku sedar yang aku tak mungkin akan bersama dengannya selama-lamanya. Mungkin masanya sudah makin singkat.

Seminggu kemudian, Qhasiff sudah dibenarkan keluar dari hospital. Kami tinggal bersama di rumah ibu bapanya.

Kini enam bulan telah berlalu, Qhasiff makin lemah. Aku dapat rasakan yang dia akan pergi bila-bila masa je lagi. Sudah hampir seminggu Qhasiff terlantar dihospital. Doctor juga menasihati kami agar bersedia menghadappi segala kemungkinan.

Aku sentiasa berada disisinya. Dan Qhasiff masih lagi seperti dulu. Suka mengusikku, menyakatku dah selalu tersenyum walaupown dia sedang menanggung sakit.

Aku tak pernah menangis dihadapannya kerana aku tak mahu dia bersedih. Aku sentiasa ingatkan diri aku yang aku mesti kuat.

Dan akhirnya hari itu tiba juga.  Qhasiff pergi meninggalkan aku. Pergi meninggalkan dunia ini. 

Masih aku ingat lagi. Malam terakhir Qhasiff di dunia ini,

“Sayang,”panggil Qhasiff.

“ye abang. Abang nak makan ke? Nak minum? Sayang ambilkan eh,”

“tak-tak. Abang nak peluk sayang,”

Aku terus berbaring disebelahnya dan memeluk dirinya.

“Terima kasih sayang sebab sudi terima abang. Sudi jaga abang. Sudi sayang abang. Walaupown abang tak mampu nak beri apa-apa untuk sayang,”

“abang, jangan cakap macam tu. Sayang terima abang. Sayang memang betol-betol sayanggg kat abang. Sayang tak kisah pown janji abang ada dengan sayang, okeh?”

“Sayang tahu tak?”

“Ape?”

Dia merapati tubuhku lalu berbisik ditelingaku,

“I love you till jannah,”

“Me too. I love you more and more,”jawabku pula.

Dia tersenyum dan seketika kemudian, dia terus terlena sambil memelukku.

Dan pagi itu aku terjaga. Aku cuba mengejutkan dia tapi tiada reaksi. Lantas aku terus memeriksa nadinya. Tiada denyutan. Aku terus menjerit memanggil doctor.

Saat doctor keluar dan dari riak mukanya, aku tahu Qhasiff dah pergi tinggalkan aku.

Aku redha walaupown air mataku tak berhenti mengalir.

Sehari selepas Qhasiff pergi, adik Qhasiff, Qhairina datang kepadaku ketika aku mengemas bilik kami. Dia memberiku sepucuk sampul surat berisi pendrive. Didepan sampul itu tertulisnya “for my lovely super cutiey wife”.

Lalu aku pasangkan dalam laptopku. Didalamnya ada sebuah video. Qhasiff!

“Hai sayang, ehh bukan. Assalamualaikum sayang. Sayang sihat? Abang nak mintak maaf sebab mungkin masa sayang tengok abang dalam video nie abang dah takdak dah kat sisi sayang dan kat dunia ni. Abang buat video nie khas untuk sayang. Sayang tahu kan yang abang memang sayanggggg sangat kat sayang.

Sayang tahu tak? Masa first time abang jumpa sayang dulu. Abang dah jatuh cinta kat sayang. Abang tak pernah jatuh cinta kat mana-mana perempuan tau. Cakap dengan perempuan pown abang takot. Betol. Tak percaya Tanya ibu. Tapi bila abang jumpa sayang. Abang terus cakap dengan sayang. Masa tu abang cakap yang abang nak jumpa sayang kan. Tak  silap macam nie, “hai awak, saya nak jumpa awak boleh?”

Kan?kan?kan? abang pown taktau la camna boleh cakap camtu. Dah tu sayang pulak cakap boleh nak jumpa. Terus abang rasa berbunga-bunga hati abang. Tapi abang punya tunggu. Punya tunggu. Sayang tak mai pown. Dah la abang dok bagi hint dah suruh mai jumpa. Last-last tak mai pown. Nasib la abang jumpa henset dengan pass kad sayang. Memang masa tu abang rasa macam nak sakat sayang cukup-cukup. Hahaha.

Abang betol-betol suka tengok muka sayang masa gelabah. Comel sangat. Tapi dalam gelabah-gelabah pown garang jugak sayang nie. Itu pown dok cakap kata takot nak jumpa abang. Ish-ish. Yang part abang terpegang tangan sayang tu memang abang tak sengaja. Automatic reaction. Hahaha.

Seriously sejak jumpa sayang abang rasa hidup abang bahagia sangat. Abang tak sangka yang sayang akan terima abang sebab abang tahu yang abang takkan hidup lama. Sayang pown tahu kan. Kadang-kadang abang rasa rugi sangat. Kenapa la abang tak jumpa sayang awal-awal lagi. Tak puas hidup dengan sayang lagi.

Tapi sekarang abang dah tak ada dah. Abang harap sayang teruskan hidup sayang. Abang harap sayang bahagia walaupown bukan dengan abang. Jadi…Abang nak sayang kawen lagi. Sayang kan muda lagi. Jangan sia-siakan hidup sayang. Abang nak sayang bahagia.

Jangan lupa kawen tau. Hahaha. Walaupown nanti orang tu mungkin tak sehensem, tak macho macam abang. Hahahha. Okeh yang tu abang lawak ja. Haha.

Tolong jaga diri sayang yee.. dan tolong jaga mak ayah dan adik abang elok-elok ye.

Terima kasih kerana membahagiakan abang. Mengisi ruang dalam hati abang. Terima kasih sudi sayangkan abang, cintakan abang. Sayang tetap dalam hati abang selamanya. Terima kasih sayang.

I love you till jannah. Muahh!

Bye-bye sayang. Assalamualaikum..”

Tanpa aku sedar air mata aku mengalir laju. Tangisan ku semakin kuat. Aku benar-benar rindukan Qhasiff. Aku benar-benar sayangkan dia.

Andai abang bahagia. Sayang bahagia..

I love you till jannah too..

TAMAT.

*******************************************************************************

Okehhh. Ini cerita I dapat dari mimpi tau. Haha. Dan dalam mimpi takde la sedetail macam yang cerita atas nie. Dalam mimpi Cuma sampai setakat yang dia ajak aku kawen jek. Hahaha.

Tapi memang masa part mula-mula dia jumpa aku, dia suruh budak tangkap gambaq time aku keja part time dan masa dia pengsan masuk hospital ajak aku kawen tu ye. Memang dalam mimipi aku macam tu. Kira part mula sampai part dia ajak aku kawen tu memang dlam mimpi aku. Cuma ikutkan dalam mimpi aku bukan kat tempat praktikal aku. Tapi kawasan rumah aku. Sebab apa aku buh tempat praktikal aku sebab memang ada kaitan pown. Hahaha

Aku nak cerita pown satgi aku pening hgpa pown pening. Nama dia memang betol Qhasiff. Muka dia aku dah tak ingat Cuma gaya dia kpop stail. Maybe gaya kpop tu terbawak sebab kat tempat praktikal aku ada sorang abang nie yang aku paggil abang kpop. Haha. Sebab stail dia la. 

Btw mimpi nie memang sedih. Wuwuwuwu. Dia memang ada penyakit takleh hidup lama. Lepasdia ajak aku kawen tuh, aku tak sempat nak jawab apa-apa. Sebab aku terjaga terus. Hahaha.


Tu ja. Okeh . byeeee

Friday, 28 November 2014

Part 2: I Love You Till Jannah

Part 2

Seminggu telah berlalu. Aku kini bekerja separuh masa di sebuah kedai menjual alat telekomunikasi ataupown bahasa mudahnya, kedai jual henset di kompleks membeli belah terkemuka di tempatku.

Sedang aku menunggu pelanggan datang, tiba-tiba aku dihampiri dua orang budak perempuan yang masih lagi berpakaian sekolah.

“Selamat datang dik. Ada apa-apa kakak boleh bantu?”tanyaku sambil tersenyum.

“Hai kakak, kami nak mintak sesuatu boleh?”Tanya pula salah seorang budak perempuan itu.

“Ha? Mintak? Mintak apa?”

“Nak mintak tangkap gambaq akak. Hehe,”

“Nak gambaq akak? Nak buat apa?”

“Adalah,”

“Okeh. Done,”tiba-tiba kawan kepada budak perempuan tadi yang dari tadi tidak mengeluarkan suara mencelah.

“Dah? Okeh jom. Tenkiu akak,”kata budak perempuan yang asyik bercakap denganku tadi sambil tersenyum.

“Hah?” aku terkedu sebentar. Pening. Apa benda yang budak-budak nie buat nie?

“Akak! Mintak maaf la eh. Kami Cuma membuat apa yang di suruh je. Sebab kami dah amek upah. Sorry na,”kata budak perempuan itu lagi.

Aku jadi makin pening. Disuruh? Upah? Sapa plak suruh depa amek gambaq aku nie. Aku bukan segak pown. Haish!

Tiba-tiba hensetku berbunyi. Owh, whatsapp rupanya.aku terus membukanya.

Terbuntang mataku melihat mesej tersebut.

Gambar aku. Gambar aku yang budak-budak perempuan itu ambil tadi. Ada 5 keping semuanya.
Aku terus melihat nombor si penghantar mesej tersebut. Okeh. Aku dah tahu siapa punya keja nie.


<<QHASIFF!! Awak nie memang takde keja eh..suka ati awak je kan...>>

<<Hahaha..ehh, saya paling suka gambar nie tau..>>



Dia menghantar satu lagi gambar aku. Gambar aku sedang tersenyum semasa budak perempuan itu mula-mula datang. Oh ya, namanya Qhasif. Umurnya 25 tahun. Itu yang diberitahunya melalui mesej-mesejnya kepadaku.



<<Haha..See..comelnya..tapi saya comel lagi.. =P>>


<<Okeh..Jom..>>
<<jom?>>

<<jom jumpa..saya nak jumpa awak sekarang..>>

<<Yeke..Alhamdullillah2x..akhirnya nak jugak awak jumpa saya kan..>>

<<tunggu dekat tangga tepi lif..aras nie..>>

<<Okeh sayang.. =D =D>>
 



Setelah aku meminta izin kepada boss aku, aku terus berlalu pergi ke tempat yang dijanjikan.


Dari jauh aku sudah Nampak kelibat dia yang sedang menyandar di dinding sambil melihat hensetnya.

“Assalamualaikum. Sorry lambat sikit,”

“Wa’alaikumussalam. Takpa. Saya paham,”balasnya sambil mendongak kepalanya memandang aku dan tersenyum.

Aku mula pelik bila memandang wajahnya. Wajahnya pucat sekali. Bagaikan tiada darah. Takkan jumpa aku pown boleh pucat macam nie? Dengan dahinya berpeluh. Dah kenapa dia nie?

 “Eh jap, kenapa muka awak pucat nie? Tak sihat eh?”

“Ehh, takda apa la. Sihat ja,”balasnya sambil terus memalingkan mukanya ke arah lain.

Aku terus memandangnya.

“Muka pucat sangat tu. Takkan jumpa saya terus pucat muka tu? Berpeluh-peluh pulak tu”

“Haha. Awak dah makan? Jom kita makan?”

“Awak, saya Tanya nie. Awak sihat ke tak?”

“Sihat,”

“Yeke nie?”


Belum sempat dia menjawab, dia sudah mula rebah ke lantai. Nasib baik lah aku sempat menyambutnya. Aku terus menjerit meminta tolong orang yang lalu disitu sambil memanggil-manggil dia. Cuba untuk sedarkan dia.

Sudah hampir satu jam dia dirawat. Aku hampir-hampir menangis. Tak tahu nak buat apa. Ibu bapanya pown sudah sampai menunggu bersama aku di hospital. Aku hanya mampu menenangkan ibunya. Walaupown aku tak kenal ibu bapanya sekurang-kurangnya dapat la aku meredakan kesedihan mereka. Bapanya pula duduk berhadapan dengan kami sambil mulutnya tak henti-henti berzikir.

Seketika kemudian, doctor mula keluar dari bilik rawatan itu dan kami terus menerpa ke arah doktor itu.

“Anak puan tak ada apa-apa. Biarkan dia berehat dulu,”

“Terima kasih doctor,”balas ayah Qhasiff.

Aku menarik nafas lega. Ibunya terus memeluk aku dan aku membalasnya kembali.

“Jom, kita turun makan dulu. Jue ikut la sekali. Boleh jugak bersembang kenal-kenal sekali,”kata ayahnya kepadaku sambil tersenyum.

Aku hanya menangguk sambil memandang wajah ibu Qhasiff. Ibunya turut tersenyum.

Seusai makan dan bersuai kenal dan tentulah bercerita tentang perkenalan aku dengan Qhasiff, kami terus pergi ke bilik Qhasiff. Qhasiff masih lagi tidak sedarkan diri.

“Mak cik, pak cik. Pergilah rehat dan solat dulu. Biar saya tengokkan Qhasif,”kataku kepada ibubapa Qhasiff. Kasihan melihat wajah mereka yang kepenatan dan risau tentang keadaan anak mereka.

“Kalau macam tu, Mak cik dengan pakcik nak pergi solat dulu. Terima kasih ye,”kata mereka sambil berlalu pergi.

“Sama-sama mak cik, pak cik,”

Aku duduk dihujung katil sambil melihat Qhasiff. Perasaan aku bercelaru. Setelah mendengar cerita ibubapanya, aku tak pasti apa yang aku rasakan sekarang.

Menurut cerita ibubapanya, Qhasiff menghidap penyakit yang membawa maut. Mereka sendiri tidak pasti berapa lama lagi Qhasiff boleh bertahan. Katanya lagi, penyakit ini dikesan ketika Qhasiff sedang belajar di sebuah university. walaupown dia Berjaya menghabiskan pengajiannya, tetapi disebabkan kesihatannya yang semakin merosot, dia tak mampu bekerja. Dia hanya mampu membuat kerja-kerja yang tidak membebankan dirinya.

Dan dari ibu bapanya la, baru aku tahu semasa kali pertama aku berjumpa dengannya ketika majlis anak-anak OKU dulu, dia adalah salah seorang sukarelawan dan penjaga anak-anak OKU tersebut.

Memang patut la aku tak pernah berjumpa dengannya dulu.

Ibunya memberitahuku yang dia terkejut bila mengetahui Qhasiff berkawan denganku. Katanya, selama ini dia tidak pernah mendengar Qhasiff bercerita tentang perempuan atau berkawan dengan perempuan apatah lagi sejak dia disahkan menghidap penyakit itu. Di universitinya pula, dia memang tak berkawan dengan perempuan disebabkan dia mengambil jurusan kejuruteraan yang kesemua budak kelasnya lelaki. Tetapi sejak Qhasiff pulang dari sebuah majlis berbuka puasa di sebuah syarikat minggu lepas, dia ada memberitahu tentang seorang budak perempuan. Dan itulah pertama kali ibu Qhasiff mendengar Qhasiff bercerita tentang perempuan.

 Tiba-tiba aku terasa sesuatu bergerak. Mematikan terus segala ingatan aku tentang perbualan aku dengan ibu bapanya tadi. Aku memandang Qhasiff.

Dia tersenyum ke arahku.

“Qhasiff,”aku memanggil namanya sambil berjalan merapatinya.

“Hai sayang,”dia membalas panggilanku sambil tersenyum.

“ish! Sakit-sakit pown sempat lagi. Nie mak ayah awak ada kat surau. Solat. Nanti depa mai sini,”

“okeh sayang,”

“Kenapa awak tak bagi tahu saya yang awak sakit?”

“Saja. Awak?”

“hmm,”

“Kita kapel nak?”

“Ish! Dah sakit-sakit pown ada hati nak bercinta lagi. Gatai la awak nie,”kataku sambil mencucuk pinggangnya.

Dia cuba mengelak sambil tersenyum.

“Okeh, kalau macam tu kita kawen,”

Aku terdiam. Aku tak tahu nak menjawab ya atau tidak.


Bersambung....